Part 8

325 27 1
                                    

🌹🌹🌹🌹


Eunji terbangun dari tidurnya kerana berasa sesuatu berat di badan kecilnya. Berasa sesuatu  melingkari pinggangnya. Eunji membuka matanya lalu terkaku. Wajahnya dengan wajah Jungkook begitu dekat. Pipi Eunji terus memanas. Eunji melihat tangan Jungkook melingkari pinggangnya. Eunji cuba mengangkat tangan Jungkook perlahan-lahan supaya dia boleh turun dari katil dan pada masa yang sama juga tidak mahu Jungkook terjaga dari tidurnya tetapi waktu Eunji hampir berjaya mengangkat tangan Jungkook, Jungkook menarik Eunji ke dalam pelukannya. Eunji terkejut. Jungkook mencium dahi Eunji lalu senyum.

"Good morning." sapa pagi Jungkook sambil senyum.

"Good morning too." balas Eunji sambil senyum juga.

"Did you know that you have a beautiful face walaupun baru bangun dari tidur?" kata-kata Jungkook membuatkan pipi Eunji mula merah. Jungkook ketawa kecil. Jungkook mencubit pipi chubby Eunji. "Pipi dia merah la. Malu ke? Hihihi" usik Jungkook.

Eunji tutup mukanya menggunakan tapak tangannya. Jungkook ketawa kerana betapa comelnya Eunji apabila dia malu. Jungkook menarik tangan Eunji dari menutup mukanya. Eunji berkeras mahu tutup mukanya yang sedang merah.

"Jangan la tutup muka tu. Nak tengok muka isteri comel saya yang tengah malu ni." kata Jungkook. Eunji geleng.

"Alaaaaaa pleaseeeeee."

"No."

"Pleaseeeeeeee."

"No."

"Bolehlahhhh."

"No."

"Ok. Majuk."

Eunji terus buka tangannya. Eunji pantang betul dengan orang merajuk. Dahlah dia bukan jenis pandai memujuk.

"Tahu takut." kata Jungkook membuatkan Eunji jeling Jungkook. Jungkook ketawa. Jungkook mendekati wajahnya ke wajah Eunji. Eunji terkaku.

"Wae..waeyo?" soal Eunji.

"Saja nak tengok muka comel ni dekat-dekat." jawab Jungkook. Eunji diam. Malu (////) Eunji cepat-cepat turun dari katil.

"Ermm saya nak ke bilik air cuci muka dan gigi lepas tu nak pergi ke kantin makan sarapan. Hmmm ok bye!" Eunji terus berlari ke bilik air. Jungkook ketawa kecil lagi. Eunji awal pagi lagi sudah buat dia berasa bahagia. Jungkook diam seketika. Adakah benar Eunji untuk dirinya? Tapi... dia sudah menyeksa diri Eunji hampir 5 bulan. Jungkook cuba turun dari katil kerana ingin ke tingkap melihat pemandangan di luar tapi dia jatuh..

"Ah..." Jungkook kesakitan.

"Jeon Jungkook!" jerit Eunji berlari ke arah Jungkook. "Gwaenchana? Macam mana awak boleh kat atas lantai ni?" soal Eunji cemas.

"Saya ok je. Saya nak ke tingkat tengok view kat luar tapi.. Kaki saya sakit.." kata Jungkook. Eunji tunduk kepalanya memandang kaki kanan Jungkook.

"Kaki kanan awak patah.. Awak tak boleh berjalan selama 2 bulan. Tu doktor sendiri yang kata.." Jungkook memandang kaki kanannya.

"Pa..patah? Macam mana saya nak berjalan? Bagaimana saya nak memandu? Bagaimana-"

"Everything saya bantu.... kecuali mandi dan berkaitan yang tak sepatutnya saya bantu." kata Eunji.

HURT [HIATUS] [Malay]Where stories live. Discover now