🍂🍂🍂🍂
Eunji tidak keluar dari biliknya selama seminggu mendatangkan kerisauan kawannya. Mingyu dan Bomi tidak boleh berhenti memikirkan Eunji dan tidak boleh berhenti menelefon Eunji. Ingin ke rumah Eunji, mereka tidak tahu di mana. Mereka tidak mempunyai nombor telefon eomma dan appa Eunji.
"Eotteokhae? Eunji dah lama tak pergi sekolah. Khabar tentang Eunji satu pun tak dengar. Mingyu.. Aku risau la tentang Eunji." risau Bomi. Mingyu melihat Bomi seperti orang gila. Rambut serabai. Baju tak terurus.
"Sabar la weh. Aku tengok kau macam baru lepas kehilangan anak je. Kau fikir kau satuorang aje risaukan dia? Aku lagi risaukan dia kau tahu tak? Eunjiyaaaaaaa mana awak?" Mingyu menutup mukanya dengan tapak tangannya yang besar dan kasar.
"Asal aku tengok korang berdua macam orang gila ni?" tegur seseorang dari belakang. Mingyu dan Bomi cepat-cepat pusing kebelakang.
"Eunji!" jerit Mingyu dan Bomi serentak. Mereka lari dan memeluk Eunji seerat yang mungkin.
"Yah! Yah! Oksigen pleaseuuuuu!" jerit Eunji ditengah pelukan dua sahabatnya. Dengan cepatnya mereka melepaskan pelukan mereka. Eunji menarik nafas sedalam yang mungkin. "Boleh mati aku korang peluk aku macam tu. Korang pahal tiba-tiba peluk aku ni?"
"Kau dah lama tak sekolah weh. 1 minggu weh! Dahlah tak angkat orang call, tak jawab mesej, tak bagitahu apa sebab tak pergi sekolah selama seminggu.. Risau weh... Kitaorang risau gila kat kau." Mingyu terus memeluk Eunji. Eunji diam. Dia tidak mahu cakap apa yang berlaku terhadap dirinya. Kesan lebam di pipinya makin kurang kelihatan tapi disebabkan masih ada sikit lagi kesan lebam itu, Eunji mengambil keputusan menutup lebam itu menggunakan foundation yang mampu menutup lebam itu. Dia tak akan membenarkan siapa-siapa melihat lebam itu sehingga sembuh.
"Mianhae..." itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Mingyu mengeluh. Mingyu melepaskan pelukannya dan mengusap rambut lembut Eunji.
"Lain kali bagitahu kami berdua. Jangan biarkan kami macam ni. Jangan buatkan kami kelihatan seperti orang gila, ok?" Eunji angguk selepas dengar kata Mingyu.
"Uuuuuuuu sweetnya drama ni. Mengalir air mata aku tengok." kata Bomi sambil lap air mata guna sapu tangannya. Eunji dan Mingyu ketawa.
"Dahlah. Jom masuk kelas. Dah nak start kelas dah ni. Siapa lambat masuk kelas, dia yang kena belanja makan!" Eunji lari duluan. Meninggalkan Mingyu dan Bomi terpinga-pinga. Eunji ketawa sambil berlari ke kelas. Hanya di sekolah sahaja dia boleh merasakan keseronokan dan kebahagiaan. Hanya di sekolah....
🍂🍂🍂🍂
Eunji berjalan kaki pulang dari sekolah ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Eunji terdengar bunyi dari semak. Eunji takut tapi pada masa yang sama Eunji rasa ingin tahu. Eunji menghampiri semak itu. Eunji menunduk badannya. Eunji diam memerhatikan semak itu bergoyang dan tiba-tiba..
"meow.."
Keluar seekor anak kucing dari semak itu.
"Eomo! Kyeopta!" Eunji mengusap badan anak kucing itu. Ia berwarna coklat kerana kotoran. Eunji merasa kesian terhadap anak kucing itu kerana kelihatan kurus dan kotor. Eunji melihat kiri dan kanan untuk mencari ibu kepada anak kucing itu. Eunji siap mencari lagi di dalam semak. Tetap tiada. Eunji diam memerhatikan anak kucing itu yang sedang mengiau kelaparan.
YOU ARE READING
HURT [HIATUS] [Malay]
FanfictionJung Eunji adalah seorang gadis yang comel yang baharu sahaja berpindah dari London ke Korea atas kerana urusan kerja ayahnya, CEO pada satu syarikat terbesar di Korea. Eunji dimasukkan disekolah Shinhwa High School. Eunji tertarik dengan seseorang...