part 3

2.9K 109 0
                                    

"Sara.. kenapa ni nak emm?" Ibu Qaisara bimbang melihat anaknya yang sudah beberapa hari tidak ke sekolah. Dah kenapa budak ni asyik termenung je.
"Sara tak de pape. Sara okay." Pembohongan Qaisara tidak menjadi. Ibunya yang menjaganya dari kecil. Mana mungkin dia tidak tahu yang anaknya sedang mengalami masalah.
.
.
.
Qaisara teringat akan kejadian yang berlaku di sekolah sehinggakan dia tidak ingin bersekolah.
"Well...well aku ada peminat aku kat sini weyh." Jeritan Amzar membuat kan Qaisara terpaku. Lantas dia mencari mana puncanya suara itu.
Alamak! Baik aku lari. Tetapi malabg sekali tali kasut Qaisara membuatkan Qaisara tersadung. Dan tak semena mena mencium kaki Amzar.
"Opss. Eh perempuan kenapa kau terdesak sangat ke nak aku jadi bf kau ha sampai nak cium kaki aku bagai. Stop it. Kau ingat aku suka permpuan macam kau ni ke ha?" Amzar menunduk dan memegang dagu Qaisara lalu mengangkat mukanya. Qaisara menangis. Ya Allah. Malunya. Hanya itu yang Qaisara rasa waktu ini
"Kau dengar sini eh. Kau dah jatuh kan air muka aku. Jadi kau kena tanggungjawab. Eh dah lahh tak yah nak buat drama air mata kau. Aku tak kesian pun." Kata-kata itu membuatkan Qaisara lebih gerun.
"Woii kau buat apa tu hah." Damia menjerit lantang. Lantas membantu Qaisara .
Amzar and the geng berlalu dengan ketawa yang kuat.
"Sara kau okay tak?" Damia membantu Qaisara untuk bangun dan membetulkan tudung damia yang mula senget benget.
Selepas rehat adalah waktu cikgu Tan. Qaisara berlari masuk ke kelas. Dia membiarkan perkara itu berlaly. Biarlah nanti orang lupa gak.
.
.
.
Sangkaan Qaisara ternyata meleset sama sekali. geng fabulosso tak henti henti menganggunya. Sejak dari hari itu, Qaisara terpaksa membawa dua helai baju. Ada yang disimbah air, tepung.Qaisara serik!!
"Woi. Korang ingat aku tak de perasaan ke apa ha." Lantang suara Qaisara meluahkan apa yang berbuku di hatinya selama ini.
"Hoi. Berani kau melawan eh? Nah amik kau." Ketua geng fabulosso menampar pipi Qaisara. Kuat. Berdarah hujung bibir Qaisara.pipinya yang putih mulus tampak kemerahan.sakit.
"Sakit lah bodoh. Harap je muka cantik tapi hati busuk. Sampai bila bila lah kau tak kahwin."
"Kurang ajar kau. Berani eh kau nak sumpah aku."memerah muka ketua geng itu.Laju saja tangannya ingin memukul muka Qaisara. Dengan pantas tangan Qaisara menahan tangan lembik Zana dari terus menampar mukanya kali kedua.
"Nak tampar muka aku lagi? Jangan harap." seusai memuntahkab amarah Qaisara terus menumbuk perut Zana. Zana terdorong kebelakang.
"Ya Allah, apa kamu buat ni haa. " suara lantang cikgu Tan membuatkan Zana membatalkan niatnya untuk menarik tudung Qaisara.
"Kamu berdua datang ke bilik disiplin sekarang!!!" Terkedu.


Emm..assalamualaikum. hai ni baru pertama tama kalinya saya try tulis benda alah ni. Keep supporting me yaa😊😊

GemokWhere stories live. Discover now