part 7

2.5K 92 3
                                    

Habis sudah shift kerja Qaisara. Sekarang dia perlu balik ke rumah. 'Rindu ibu.' memang anak manja. Padahal anak sulung. Hatinya tiba-tiba gusar. 'Ada orang ikut aku ke?kenapa macam tak sedap hati ni?'.
Tiba-tiba tangannya ditarik masuk kedalam sebuah lorong gelap yang mungkin tiada siapa-siapa akan lalu.
"Hai adik manissssss." Sengaja perkataan 'manis' dipanjangkan
"Ss..siapa korang hah?" Qaisara mula panik.
'Sesiapa tolong lah aku. Ya Allah bantulah hamba mu ini' doa Qaisara dalam hati.
"Kitorang lah jejaka paling kacak dekat sini. Memang pun paling kacak sebab lorong ni banyak maknyah. Ahahahahaha" jawab salah seorang lelaki tadi agak kurang siuman. Bertiga semuanya. Mereka mula mendekati Qaisara. Baju kerja Qaisara ditarik. Fabrik yang sedia reput itu terus terkoyak. Menampakkan bahagian badan Qaisara yang putih gebu. Qaisara ditolak sehingga jatuh. Kudrat wanita apalah sangat.
"Mat aku dulu ah rasa." Kata salah sorang daripada mereka.
"Okay, memandangkan kau yang jumpa dulu cikaro ni".
Pemuda tadi mula menindih badan Qaisara.
"TOLONG!!TOLONGG!!!SESIAPA" jerit Qaisara sekuat hati. Macam nak tercabut anok tekak den.
"Woiii buat apa tu hah!" Amzar menjerkah.
"Oh mak kau meletop!".
'Hek eleh melatah eh mamat ni' gumam Amzar didalam hati.
"Hak aduh kacau daun ah. Kau nak apa lah gemok. Mat setel" pemuda yang menindih badan Qaisara memberi arahan. Qaisara menangis teresak-esak. Takut. amzar dan dua orang lagi saling bertumbukan. dengan bantuan perutnya yang pejal. Serta lebiha lemak yang terkumpul di lengannya membekalkan Amzar tenaga tumbukan yang padu. Mengelupur dua lelaki jahat tadi.
"Hishh. Tak senang aku nak buat kerja lah. Kejap eh sayang,abang setelkan budak gemok ni". Qaisara yang ketakutan terus menarik lututnya rapat ke dada. 'Ibuu,sara takut'. Teresak-esak sendirian Qaisara.
" kau tak apa-apa?" Amzar lantas menghampiri Qaisara. Gadis itu kelihatan ketakutan. Bahagian tubuh Qaisara yang terdedah ditutup dengan jaketnya. Qaisara masih teresak-esak. Sangat takut lantas memeluk Amzar tanpa sedar. Mengongoi menangis di dada Amzar.
"Tak pe kau dah selamat. aku hantar balik eh. Rumah kau kat mana?"
'Wanginya rambut dia.woi Amzar kawal sikit. Dia tengah takut tu dol'
Amzar mengangkat dagu wanira tersebut. Alangkah terkejutnya. Wanita itu merupakan wanita yang dikenakan di restoran tadi.
"kau? Okay sekarang mana rumah kau. aku hantar eh? Dahh lah ssshhhh jangan nangis." Pujuk Amzar lembut.
Amzar membawa Qaisara ke keretanya. Amzar yang baru keluar dari kedai runcit di kejutkan dengan jeritan orang meminta tolong setelah berpenat lelah mencari punca suara tersebut akhirnya menjumpainya dibelakang bangunan kedai runcit tersebut.
"Lain kali jangan jalan sorang-sorang bahaya. But siapa nama kau eh. Banyk kali kita jumpa tapi tak tahu nama pula." Amzar sekadar berbasa-basi.
"Qai...qaisara" jawab Qaisara sepatah. Mungkin takut lagi kot.
.
.
.
Sesampai saja rumah Qaisara, Amzar lantas mengejut Qaisara yang tertidur. 'Tak sampai hati pula nak kejutkan. Adush'.
"Weyh bangun. Dah sampai rumah kau ni." Perlahan sahaja suara Amzar.
"Meh aku papah kau masuk rumah." jelas kelihatan raut wajah ibu Qaisara yang bimbang akan anaknya.
"Anak ibu.. ke..kenapa jadi macam ni. Ya Allah. Lepas dah jangan kerja kat situ lagi. Malam-malam ni banyak orang tak betul." tegas ibunya melarang.
"Nak terima kasih ye selamatkan anak mak cik. Nama anak ni siapa?"
"Saya Amzar. Daniel Amzar makcik." Terpana Qaisara. Tapi mahu memandang wajah itu dia dah tak larat. Seakan mahu rebah. Dan 1..2..3.. gelap. Memang dah rebah pun. Pengsan.
.
.
.
"Ibu Qai nak pergi kerja ni. Salam." Ujar Qaisara ceria. Sambil menghulurkan tangannya.
"Kan kamu tu baru sihat. Takkan nak pergi kerja dah. Rehat lah lagi kat rumah. Teman ibu. Adik-adik semua ke sekolah". Sedih sahaja butir bicara ibunya itu.
"Ibu kalau Qaisara tak kerja. Siapa nak tolong ibu. Adik-adik siapa nak tanggung. Qaisara sayang ibu. Qai pergi kerja dulu eh. Assalamualaikum." Setelah bersalaman dengan ibunya Qaisar belalu keluar untuk pergi ketempat kerjanya di sebuah gym. Qaisara meletakkan jawatannya di restoran itu atas faktor keselamatan. Ibunya bimbang akan terjadi lagi perkara hitam tersebut. Tiba-tiba fikirannya teringat pemuda yang selamatkannya. Daniel Amzar. Nama itu seakan terulang-ulang di mindanya. Sehinggakan lampu isyarat bertukar hijau pun tak perasan.
"Pin!!pinn. Woi jalan lah." Pekik pemandu yang berada betul-betul dibelakang motor Qaisara.
"Sorry". Sepatah sahaja yang keluar.
'Nama sama . Mungkin orang lain kut. Amzar kurus kot. Dia tu gemok gedempol. Tak mungkin.' Pelbagai persoalan yang muncul di benak Qaisara sampai tak perasan dah sampai ke tempat yang ditujunya.


hai kamu semua. Sebenarnya saya tak tahu nak guna wattpad ni cemana. Tapi saya main tulis je apa yang saya suka. Hope you'll enjoy it. Maafkan segala typo yang ada eh. Saya bukan insan yang sempurna. Cehhhh. K bai. Keep reading.

GemokWhere stories live. Discover now