part 10

2.4K 84 0
                                    

Amzar menyelak buku yang diterimanya lebih kurang sepuluh tahun lalu daripada seorang gadis yang menyukainya.

Qaisara fatihah binti Adam

Pertama kali saya fall in love dengan awak. Dari masa form1 lagi. Entah lah macam mana saya boleh tersuka awak. Masa minggu orientasi, awak satu kumpulan dengan saya. Sikap kepimpinan awak buat saya jatuh cinta dengan awak.

"Pergh ayat perempuan ni, jiwang."

Amzar cuba mengingati waktu dirinya mula-mula menjejakkan kaki di sekolah itu. Sekolah itu tidak lah menakutkan baginya kerana ramai lagi kawannya yang diterima masuk ke situ.

"Owhh masatu ke dia jatuh cinta dengan aku. Tak de lah hensem mana.selekeh je masa form1"

Saya suka awak bukan sebab awak hensem ke apa. Saya suka awak sebab itu awak. Bukan orang lain.

"Aik macam tau-tau je aku persoalkan." Amzar terus menyelak ke muka surat seterusnya.

Masatu kita form 3. Ada aktiviti perkhemahan. kita satu kumpulan lagi. Dalam hati saya gembira sangat. Saya hampir lemas. Dan alangkah eksaitednya saya awak yang selamatkan saya dan sekali lagi saya jatuh cinta.

"Gatal jugak eh perempuan ni" Bibir merah Amzar terus mengukir senyuman. Tidak semena-mena dirinya teringat senyuman manis Qaisara semasa di restoren.

'Dupdapdupdap'

"ishh asal jantung aku ni. Dah jatuh cinta dengan dia ke." Amzar mengambil handphonenya. Lantas mendail nombor seseorang.

"Hello. Assalamualaikum. Qaisara." Amzar memulakan bicara.

"Eh. Waalaikumsalam. Ya Encik Amzar."

"Tak yah lah formal sangat. Panggil Amzar je."

"Iya awak nak apa Amzar?"

"Aik marah ke? Aku suruh mama jangan naikkan gaji kau. Haaa."

"Ehhhhh mana de saya marah.saya suka niii." Sengaja menekan-nekan nada suaranya.
'Asal macam annoyying pulak mamat ni malam ni. Something fishy here.' bicara hati Amzar.

"Kau buat apa ni?"

"Mestilah tidur awakk.. kan dah pukul dua belas"

"Eh lek ah baru pukul dua belas. Tadi mimpi apa?"

"Mimpi awak lahh."
'Aik Qaisara kau cakap apa nii' Qaisara menutup mulutnya. Aduhh.

"Apa?kau mimpi aku. Mimpi apa. Aku jadi suami kau eh."

" ehh mana de saya mimpi awak punya mama. Kan dia nak bagi gaji esok."
'Boleh lah ni ayat kalis-kalis.'

"Ohhh kalau kau mimpi aku jadi suami kau memang gerenti takkan menjadi punyalah" sengaja Amzar mahu memancing Qaisara untuk bergaduh.

"Ishh. Awak ni tepon malam-malam nak apa?" Qaisara semakin panas.
'Biarlah aku nak mimpi apa. Sibuk je. Heyy mind your own bussiness lahh'

"Tak saja je. Menganggu ketenteraman kau. Boring. Mama dan papa keluar."

"Habis awak harapkan apa dari saya memalam ni. Esok saya kerja. Dengan malamnya train awak lagi."

"Ishh bebel macam mak nenek. Opah aku pun tak macam tu." Perli Amzar.

"Ha jangan lupa esok macam biasa tau. Jangan lupa bawak air. Tak payah beli macam tadi. Kan dah membazir."

"Lahai. Setakat dua ringgit. Apa lah sangat."

"Awak tahu dua ringgit tu awak boleh beli macam-macam tau."

"Habis kalau aku tak beli,siapa nak beli ha. Karang nanti syarikat tu bankrupt pula."

"Ish suka hati awaklah." Qaisara membalas malas. Malas mahu berbalah. Baik mengalah je lah. Matanya juga mula memberat.

"Woi kau dengar tak?"

"Haa apa awak cakap tadi. Saya terlelap."

"Aku tanya kau suka aku sejak dari form1 ke" sengaja Amzar mahu mengenakan Qaisara. Manakala Qaisara yang sememangnya tidak larat membuka mata terus membalas...

"Emmm"

"Jadi betullah kau Qaisara yang tu?"

"Emm"

"Weyh.." tiada sahutan.

"Weyhh.." kali kedua Amzar memanggil Qaisara dan terdengar dengkuran halus nya.

Kruhh! Kruhh!.

"orang tanya dia tido pula. Dah lah bai"

"Emm" balas Qaisara pendek.
.
.
.
"Aduhh macam mana ni dia dah tahu. Malu lah aku nanti". Sebenarnya Qaisara kembali segar apabila Amzar bertanyakan perkara tersebut. Sengaja dia membuat mengantuk.

"Haaa esok buat macam aku tak dengar apa-apa lah. Ok. Buat macam biasa. Okay sekarang tidur eh. Mata jangan buat macam-macam esok aku kerja. Tidur eh. Alah dia esok lupalah tuu". Badannya dikalih kekiri kemudian ke kanan. Selepas itu, dia berpusing. Masih tak boleh tidur.

"Ish tak leh jadi ni.". Qaisara memboloskan dirinya ke tandas dan mengambil wudu' untuk membuat solat sunat.
.
.
.
Tenang hati ibu Qaisara melihat anaknya solat dan mengaji.

'Abang. Anak dara abang ni anak yang baik. Saya sayang dia. Dia banyak tolong saya bang. Ya Allah kau berilah kebahagian kepada anak-anak ku.' Mengalir air mata ibu Qaisara.
Suaminya meninggal ketika Qaisara tamat SPM. Qaisara tidak menyambung pelajarannya kerana ingin menolongnya. Tambahan pula adik-adiknya masih kecil. Sejak dari itu Qaisara yang membantunya. Ibu Qaisara berharap anaknya cepat kahwin. Agar bebannya berkurang sedikit. Mana tahu rezeki selepas berkahwin. Tapi Qaisara degil. Katanya masih mahu berbakti kepada keluarganya.

assalamualaikum hai. Keep voting and reading yaaa. 😘😘

GemokWhere stories live. Discover now