part9

2.4K 82 0
                                    

"Sukalah kau dah nak kahwin" usik Amzar . Aiman hanya tersengih menampakkan baris gigi yang tersusun kemas.

"Ni hasil usaha aku dan Qaisara tau." Aiman memandang Amzar pelik.

"Siapa Qaisara?"

"Alah budak yang berduet dengan aku tu. Tapi kau ingat tak masa kita sekolah-sekolah dulu. Ada budak bagi aku buku luahan tu." Aiman mengangguk.

"Kau tak rasa ke dia Qaisara yang tu?"

"hmmm mungkin tak kot. Tapi mungkin ya. Ehh dah lah aku nak sambung buat kerja. Nanti makan gaji buta pula."

"Eh weyh. Nanti malam aku dah start dah latihan tu."

"So goodluck lah ye. Kalau betul-betul nak kurus kena ada azam."

"Yelah semenjak berat badan aku bertambah ni, asma aku makin teruk."

"ish kau ni ajak berbual pula. Aku nak sambung kerjalah. Kbai". Sejurus selepas itu Aiman terus keluar dari ruangan pejabat yang dikhaskan memang untuk Amzar.
.
.
.
Amzar pulang memang sudah lewat. Maklumlah orang penting lah katakan. Tapi dia tidak terua ke rumah. Dia membelokkan keretanya untuk pergi ke gym.
"Tumpang tanya, siapa Qaisara?"
'sejak kebelakangan ni kenapa banyak orang nama Qaisara eh.' Amzar mengomel sendirian di dalam hati. Kamal menunjukkan seorang wanita yang memakai baju ungu lengan panjang,serta mengikat rambutnya satu.
'Macam kenal eh'

"Ehemmm. Cik Qaisara?" deheman panjang dari seseorang membuatkan Qaisara memberhentikan perlakuannya.

"AWAK?!!" Serentak Amzar dan Qaisara. Kaget barangkali.

"Awak ke yang mama saya lantik tu?" Ujar Amzar.

'Jadi betullah dia ni Amzar yang aku minat dulu. How times flies.'

"Haa apa? Haah Datin lantik saya. So can we start?" Ceh speaking eh Qaisara sekarang.

"Oh kejap aku tukar baju."
.
.
.
"Okay awak pun dah tukar baju. Saya nak cakap sikit pasal peraturan saya."

"Aik.. peraturan apa pula ni. Kau kan cuma kena pandu aku je supaya aku bersenam. Tak nak ah ikut. Jatuh ego aku."

"Okay kalau awak tak nak ikut. Saya balik dulu lah ye."
'Aduh kalau dia balik siapa naknjadi trainee aku.'

"Ishh yalah. Kau mesti dendam dengan aku kan."

"Dendam apanya.?" Soal Qaisara pelik.

"Alah yang kat restoren hari tu"

"Ohh no worries. Saya bukan pendendam. And now the rules is
1. Awak kena ikut cakap saya.
2. Datang tepat pada waktunya. Kalau awak ada meeting bagitahu saya.
3. Jangan malas nak bersenam.
4. Kalau takde saya pun awak kena bersenam jugak
Simple kan?" Panjang lebar penerangan Qaisara membuatkan Amzar sedikit terlopong.

"Hek eleh tu senang je. Celah gigi lah" Angkuh sungguh Amzar membalas.

"Okay jom start training. Tapi awak kena panaskan badan dulu. Nanti awak kejang. Saya jugak yang susah. Nak angkat awak? memang tak lah. Patah riuk saya nanti."

"Okay" sepatah sahaja Amzar membalas. Hanya menuruti.

"Saya nak tanya awak."

"Hmm tanyalah" malas-malas Amzar menjawab.

"Kenapa nak kurus?"

"Huh. Aku nak pikat balik girlfriend aku. Anne." Amzar mengeluh.

"Kenapa awak tinggalkan dia.?"
'Aish banyak pula kau tanya Qaisara. Kau suka dia lagi ke?'

"D..dia curang dengan aku. Dah lah kau sebok hal aku pahal?" Amzar sebak apabila mengingat kembali perbuatan Anne.

"Saya tanya je. Dah siap panaskan badan belum.?"

"Dah" sepatah sahaja jawapannya. Baru membuat regangan sedikit Amzar sudah berpeluh dan tercungap-cungap.

"Okay good. Bernafas melalui perut. Okay.?"

"Okay dah."

"Okay sekarang awak pergi ke mesin berlari tu. Saya nak makan kejap lapar lahh."

"Okay"

"Jangan ngelat eh. Buat dalam masa around lima belas minit.
.
.
.
'Sedapnya dia makan donut tu. Dia taknak bagi aku sikit ke'
"Eh kau. Lepas ni nak buat apa?"

"Hah?apa?" Qaisara yang baru menikmati donut itu terkebil-kebil.

"Hahahahaha" Qaisara membuat muka pelik.
'asal dia ketawa macam orang gila pula ni?'

"Kau ni dah besar-besar pun makan comot lagi. Mulut kau bocor pe. Sini aku lapkan." Spontan tangan Amzar mengelap kotoran yang berada di sekitar mulut Qaisara itu. Qaisara tergamam.

"Eh awak saya boleh buat sendiri lah."

"Dah pukul sepuluh ni aku kena balik."
Setelah hampir dua jam juga dia Amzar berada disitu. Penatnya ditolak tepi. Demi azamnya.

"Haa ni lagi satu aku nak cakap." Qaisara memandang Amzar menunggu butir bicaranya yang seterusnya.

"Kau jangan sibuk hal aku. K bai. Asslamualaikum". Qaisara tergamam.

'Haa tulah kau Qaisara. Banyak tanya lagi. Kan dah kena. Menusok terus.'

"Emm okay. Sorry. Wa..waalaikumsalam.". Tergagap Qaisara.
.
.
.
Setelah Amzar balik dia terus mengambil tualanya dan terus ke bilik air untuk mandi. Terasa melekit satu badannya. Seusai mandi dan menunaikan solat, Amzar terus merebahkan dirinya diatas tilamnya yang empuk itu.

"Mama papa pergi event. Aku nak buat apa ni sekarang. Boring seh."

Amzar bangun dari pembaringan dan mengambil kotak di bawah katilnya. Berhabuk.

"Mak mah tak bersihkan ke bawah katil aku ni. macam-macam ada bawah ni."
Amzar mengambil sebuah buku didalam kotak berwarna hitam. Tiba-tiba....

dont the water grows the trees
dont the moon pull the tides.
Dont the star light sky
like you need to light my life..

Nyanyian Austin mahone menyentakkan Amzar.

"Sapa pulak lah telefon ni. Aduhai"

Nama tertera. 'Aiman hodoh'

"Ha. Waalaikumsalam."

"Kau kat mana bro?" Aiman sekadar berbasa-basi.

"Kat London."

"Ehh bila kau balik sana. Tak cakap pun"

"Tak lahh aku kat rumah lah. Asal?"

"Tak aku nak cakap ngan kau yang aku... Rinduu" kedengaran hilai tawa Aiman di hujung talian.

"Alah cakap lah betul-betul. Aku letak karang. Haaa"

"Eleh tak takut pun. Ni haa aku nak bagi tahu. Aku dengan Damia nak kahwin hujung bulan ni. Kau jadi pengapit aku eh. Mana tahu berkat jadi pengantin lepas tu. Ahahahahaha"

"Lawak ke weyh. Asl gelojoh noh. Kau ni memang miang kan."

"Aku miang dengan Damia jeee. Ahahahaha"

"Baguslah kau bahagia. Ni ha aku ni ha. Setia di curangi. Hmm. Apa lah nasib." Amzar mengeluh.

" Hoi tak baik lah mengeluh."

"Mana de aku mengeluh. Cuma tak cukup nafas je." Kalis Amzar.

"weyh aku rasa Qaisara tu betul lah Qaisara yang 'itu'"

"Qaisara apa?" Amzar pelik dengan kawannya.

'Qaisara apa pula dia ni. Skandal dia ke?. Ehh shuh! shuh! Pergi lah prasangka buruk.'

"Hoi aku cakap ngan kau ni.Orang cakap dengan dia. Dia boleh berangan pula" Aiman mula berang.

"Yalah sorry. Apa dia kau kata tadi?"

"Qaisara tu, Qaisara yang minat kau dulu."

"Macam mana kau tahu?"

"Damia bagi tau."

"Ish dah lah. Panas telinga aku dengar kau cakap. Aku nak letak ni. Baii"
Tett..tettt.tett.
Amzar menamatkan panggilan telefon.

GemokWhere stories live. Discover now