part12

2.3K 83 1
                                    

"Aduh lupa pula nak tanya pasal buku tu."
mana taknya lupa. Amzar begitu teruja dengan makanan yang berada didepan matanya.

"Tak pelah malam ni kan ada."
Amzar terus memandu keretanya ke pejabat. Memandangkan dia terpaksa berbincang dengan salah seorang pelanggan penting syarikatnya. Dato' Rahim.
.
.
.
"Saya tak setuju dengan perbincangan ini."

"Tapi Dato' segalanya dah dipersetujui kan sebelum ini. Why so sudden?" Tahap kesabaran Amzar semakin nipis.

"Apa kata kita bincang balik" cadang Aiman cuba membantu Amzar deal dengan Dato' Rahim.

"Okay. Kita bincang balik." Dato' Rahim dan setiausahanya beredar dari bilik mesyuarat itu. Amzar yang sememangnya sedang marah hanya mendiamkan dirinya. Takut apabila berkata menyakitkan hati orang di sekelilingnya. Amzar mengangkat punggungnya yang mula panas tapi malangnya punggungnya tersekat di kerisi tersebut.

"Ish kenapalah beli kerusi macam ni. Dah tahu aku ni gemok. Sediakan kerusi kecil. Apa benda ni" Amzar mulai panas.

"Tak pe nanti aku suruh orang tukar ye." Prihatin terhadap sahabatnya. Padahal dia tahan ketawa sedari tadi.

"Nak ketawa tu ketawa jelah. Nanti pengsan pula tahan gelak." Seloroh Amzar.

"Ahahahahahaha. Dah lah kau tak payah lah fikir sangat pasal orang tua tu. Dia memang dah nyanyok sikit. Lek ah"

"Haah dia dah nyanyok agaknya." Amzar memandang jam di pergelangan tangannya.

"Aduh dah lambat."

"Nak pergi mana?". Tanya Aiman.

"Nak pergi gym lah." Amzar pantas berlari kemuka pintu. Bergegar lemak yang terkandung di badannya.
"Oi jangan larilah. Nanti roboh syarikat ni sebab hentakkan kaki kau tu."

"Lantak lah. Aku dah lambat. Bai"
.
.
.
Sekejap sahaja masa berlalu. Padahal dia merasakan bahawa baru sekejap tadi dia lunch bersama Qaisara. Sekarang dia bersama Qaisara. Amzar memakirkan keretanya dan mengambil gitarnya di tempat duduk belakang.

'Macam nak hujan je.'

Amzar pantas masuk kedalam gym mamanya itu.

"Yo bro." Amzar menegur Qaisara yang sedang makan mee goreng di pantri.

"Siapa bro awak. Assalamualaikum." Amzar sengih kerang busuk.

"Hehehe. Waalaikumsalam. Makan je kau ni. Nanti jadi gemok macam aku padan muka. "

"Eh biarlah."

"Dah?. Shall we?" Melihatkan Qaisara yang sudah menghabiskan makanannya dia terus memaksa Qaisara untuk memulakan latihan.

"Weyh boleh tak hari ni aku nak tumbuk punching bag. Aku tengah geram ni"

Amzar ingin melepaskan kemarahannya terhadap Dato' Rahim melalui punching bag tersebut. Tak semena-mena punching bag yang tak bersalah tu pun kena penangan Amzar. Kesian Qaisara yang terpaksa mendengar bebelan Amzar.

" Awak ni macam mak nenek lah. Bebel je.". Komen Qaisara.

"Yeahhh!!!!" Dengan sekuat hati Amzar melepaskan tumbukan kearah punching bag tersebut. Dan serentak dengan itu. Bekalan elektrik terputus. Blackout!!!

"weyh. Kenapa gelap ni. Aku dah buta ke. Qaisara!!Qaisara.!!"jerit Amzar sekuat hati.

"Jangan lah jerit. Saya ada kat sebelah awak je."

Suasana gelap itu membuatkan Amzar sesak nafas. Asma nya kembali. Yang tinggal disitu hanyalah, Qaisara dan dirinya. Semua pekerja sudah pulang. Nafas Amzar sudah tidak teratur.

"Qaisara,,aku t,,tak leh.. n,,nafas..t,,tolong aku. Sara." Bicara Amzar tersekat-sekat.

"Awak.. awak okay tak? Awak bawak ubat tak? Mana ubat awak.?" Qaisara merasakan Amzar sudah terduduk di sebelahnya. Dia turut duduk. Cemas melihat keadaaan Amzar tika itu.

"A..a..aku t..tt..tak bawak" Bersusah payah Amzar menuturkannya.

"Kenapa tak bawak. Macam mana ni."Qaisara hampir menangis.

"Awak.. tarik nafas slow. slow."

"T,,tak boleh. Tersekat." Qaisara tiada cara lain selain membuat bantuan pernafasan kepada Amzar. Qaisara buat dengan berhati-hati. Menitis air matanya sangat bimbang keadaan Amzar. Amzar sudah kelihatan terbatuk-batuk.

"Uhuk..uhuks" amzar terbatuk.

"Awak okay tak?" Qaisara mula takut dan terhambur juga esakkan tangisannya. Amzar yang sudah hampir boleh bernafas dengan betul terkejut mendengar esakkan tangis Qaisara.

"Weyhh dah lah aku okay lah. Tak yah lah nangis." Amzar mula memujuk Qaisara. Tiba-tiba ada cahaya terang yang menyuluh mereka berdua.

"Assalamualaikum, kami dari jabatan agama islam mendapat maklumat bahawa ada dua orang yang bukan muhrim berdua-duaan disini." Amzar kaget. Qaisara terkedu.

"Maaf encik, kami tak buat apa-apa. Dia cuma beri bantuan pernafasan kepada saya. Saya hampir mati tadi."

"Ini mungkin alasan awak. Kami nampak sendiri bersama empat orang saksi." Sambung orang tua yang berkopiah itu.

"Tak encik betul. Keadaan yang gelap ni tadi sebab blackout" bela Qaisara pula.

"Saya perlukan nombor telefon penjaga kamu berdua."
.
.
.

"Aku terima nikahnya, Qaisara fatihah binti adam dengan mas kahwinnya...." Qaisara sudah menjadi isteri yang sah Daniel Amzar. Datin Syakirah mencadangkan majlis yang lebih elok daripada menikah di jabatan agama islam tersebut. Kedua ibubapa mereka hanya meredhai kerana mereka tahu perkara sebenar yang berlaku. Tapi Datin Syakirah memaksa juga mereka berkahwin memandangkan dia memang amat berkenan dengan Qaisara.

"Lepas ni Qaisara ikut cakap suami ya nak. Ibu sayang Qaisara." Pesan ibu Qaisara lirih hatinya ingin melepaskan anak daranya yang seorang itu. Masatu bukan main nak anaknya itu berkahwin.

"Am jaga menantu mama baik-baik. Kamu buat dia sakit siap kamu." Sempat Datin Syakirah menguggut Amzar.

"Mama lebihkan menantu mama je. Papa tengok mama ni" Amzar mengadu pada papanya. Dato' Syakir.

"Betul cakap mama tu" Dato' Syakir membela Datin Syakirah. Mereka tersenyum mesra.

"Weyh Qaisara, tahniah. patutnya aku dengan Aiman yang kahwin dulu. Senyap-senyap eh korang." Sengaja Damia mengusik.

Qaisara tampak anggun dalam busana pengantin warna putih. Memandangkan mereka menikah koboi, Datin Syakirah sempat buat apa yang patut sahaja dibantu besannya, ibu Qaisara. Selepas ini, Qaisara akan balik ke banglo Amzar yang dihadiahkan papanya sempena hadiah perkahwinannya. Qaisara hanya banyak mendiamkan diri. Hanya mampu mempamerkan senyuman sahaja. Amzar juga begitu. Tak tahu apa yang patut di rasa mungkin. .
.
.
.
Amzar memandu terus ke banglo yang dihadiahkan papanya.

'Sedap je eh dia tidur. Ahahahahaha ni lah peluang aku nak kenakan dia.'

Amzar memberhentikan keretanya ditepi jalan. Dia mengejut Qaisara.

"Weyh dah sampai. Bangun lah. Jangan harap aku nak angkat kau eh."

Dengan mamainya Qaisara membuka pintu dan terus ke bahagian bonet kereta.

'Aish kenapa rumah dia ni macam kat jalan raya.'
Setelah Qaisara membuka matanya kesemuanya. Barulah dia sedari bahawa dia telah ditipu oleh suami yang baru dinikahinya tadi. Lantas Qaisara masuk semula ke kereta. Mukanya merah menahan marah. Ditambah lagi dengan gelak mengejek Amzar membuatkan Qaisara bertambah sakit hati.

"Haaa gelak lah lagi. Gelak. Biar perut yang bulat tu pecah. Gelak ah."

"Ahahahahaha." Amzar meneruskan pemanduannya.






assalamualaikum. Hai saya khabar baik. Ceh tak tanya khabar pun. Ahahaha. Saya tak tahu sangat pasal kesihatan ni so saya tulis apa yang saya suka je lah ahahahahaha. Harap suka lah. Segala typo tu maafkan lah ye. Bukan sengaja. Tapi jari ni ha dah makin gemok. Typo memanjang. Kbai. Keep reading and voting eh. Lot of love from me. Yeayyy!!

GemokWhere stories live. Discover now