part11

2.3K 79 0
                                    

"Mak cik bongkok lagi sikit makcik." Qaisara membetulkan posisi badan seorang wanita ketika kelas yoganya dijalankan.

"Kau panggil aku mak cik? Ehh kau ingat aku kawan mak kau ke? Panggil aku Datin Rahmah. 'Datin' okay." Angkuh sekali Datin Rahmah menuturkannya.

"Datin maaf. Tapi rasanya Datin tak perlu kot nak libatkan ibu saya." Qaisara cuba membela dirinya. Pantang kalau orang gaduh tapi salahkan orang tuanya.

"Ish kurang ajar budak ni". Pelajar Qaisara yang mengikuti kelas itu hanya menjadi penonton tegar sahaja. Tangan Datin Rahmah diangkat untuk dilayangkan ke pipi mulus Qaisara. Qaisara hanya berserah pada Allah. Dia memejamkan matanya. Takut akan tamparan yang bakal diterimanya.

Pang!!

Bergema satu ruangan itu.

'Aik asal tak sakit.'

Qaisara membuka matanya. Dan tak semena-mena badannya terganjak ke belakang.

'Raksasa apakah yang selamatkan aku ni.'

"Datin Rahmah. Datin tak sepatutnya berkelakuan seperti orang tak de maruah. Sepatutnya kita saling hormat-menghormati. Kira okaylah tu dia pun dah minta maaf kan?" Ujar Amzar bersahaja. Amzar menarik tangan Qaisara untuk keluar dari ruangan itu.

Datin Rahmah? Apa lagi malu lah dia kena tegur dengan Amzar depan khalayak pula tu.

"Aduh sakit jugak eh orang tua tu tampar. Haa kau ni, tak reti-reti nak pertahankan diri tu ha. Aishh aku tak tahu lag nak cakap apa dengan kau ni." Amzar mula membebel sambil tangannya tak berhenti menggosok pipinya. Amzar pergi ke gym untuk berjumpa mamanya. Tapi dia ternampak adegan yang berlaku antara Datin Rahmah dan Qaisara. Apa lagi. Acacah hero lah gitu.

"A,,awak okay tak?" Bimbang juga Qaisara memandangkan pipi Amzaryang ditampar kelihatan memerah.

"Aku okay lah. Kau okay tak?.alah takat kena tampar okay lah..."

"Tapi macam sakit je. Kenapa awak datang. biar je lah saya yang kena. Kan dah kena awak. Nanti kalau awak jumpa klien awak dengan muka macam ni,awak juga malu nanti."

"Ish.. bebel jelah kerja kau kan. Kan Aiman ada . Lek lu sap kok lu." Gurau Amzar. Entah kenapa bila dengan Qaisara dia selesa.

"Terima kasih awak."

" Apalagi belanja ah."

"Eeee tolong tak ikhlas. Selekeh."

"Eh mana de benda free sekarang ni. Kan kau gaji harini"

"Gaji saya dengan gaji awak, awak punya sepuluh kali ganda dari saya punya tau."

"Alah itu pun berkira."

"Ish yelah. Jom lunch.saya belanja." Amzar mengerling pada pergelangan tangannya. Sudah pukul 12 tengah hari.

"wokeyh cun"

"Gembira noh."

"Yalah ada orang nak belanja. Aku pilih restoren eh."

"Emm" Qaisara hanya boleh mengiyakan.
'Kalau aku bantah pun bukannya dia makan saman pun.' Qaisara mengomel sendirian'

"Haa kutuk aku lah tu" Amzar menyergah.

"Ish manade. Naik apa?"

"Kereta aku lah. Takkan nak naik motor kau. mana muat. bontot aku je dah hampir penuh seat kau tu. Dah jom ah. Lapar"

"Ehh awak tu kena ingat bukan takat betsenam je. Awak kena pandai pilih makanan jugak lah." Amzar dan Qaisara terus ke kereta Amzar. Dan ketika Amzar menaiki kereta tersebut."

"Awak,,"

"Hmm" Amzar madih fokus untuk memulakan pemanduannya.

"Awak.." panggil Qaisara lagi. panggilan tersebut memaksa Amzar untuk memandang Qaisara.

"Mendak sebelah awak jee. Ahahahahahahaha." Qaisara ketawa tak ingat dunia.

"Haa ketawa lah lagi. Yelah aku sedar lah aku ni gemok. Dah diam ah." Qaisara lantas menutup mulutnya menahan gelak. Tapi malangnya ketawanya tidak boleh dibendung lagi..
.
.
.
Amzar dan Qaisara mengambil tempat betdekatan dengan pentas. Di situlah restoren yang Qaisara pernah bekerja dan dibuli Amzar.

"Awak tempat ni mahal lah"

"Ah tak de aku suka makan kat sini. Dah duduk." Arah Amzar tegas.

seorang pelayan membawa buku menu. Amzar memesan hampir sepuluh jenis hidangan.

'Habis pokai duit gaji aku' Qaisara hanya memesan air kosong sahaja. Takut nanti duit yang dibawanya tidak mencukupi pula kalau dia menambah pesanan. Amzar pula hanya tersenyum kemenangan.

'Haaa tadi gelakkan aku kan. Padan muka kau. Ahahahahaha'

"Asal tak pesan."

"Karang nanti kalau saya pesan.saya kena basuh pinggan pula sebab tak mampu nak bayar.

"Nah makan ni" Amzar menghulurkan sepinggan spaghetti kepada Qaisara.

"Tak pe awak makan lah. Dah kenyang."

"Ish.. aku suruh apa?" Amzar menjegilkan matanya.

"Ishh yalah. Awak ni suka memaksa lah."

"Jangan ingat hutang kau dah langsai tau."

"Aduh apa lagi awak nak ni?" Qaisara mula tak senang duduk. Bimbang .
'Karang tak memasal dia suruh buat perkara yang memalukan diri aku sendiri.' Hati Qaisara mula gusar.

"Nyanyi." Sepatah sahaja yang keluar dari mulut Amzar.

"Awak. Malu lah"

"Okay aku bagi kau choice nyanyi kat sini atau malam nanti je.

"Malam" Qaisara menjawab yakin.
'Kalau malam ada aky dengan dia je. Taklah malu sangat.'

"Okay. Habiskan makanan tu cepat. Kejap lagi aku ada meeting. Aku tuntut eh janji aku.malam ni."

Seusai sahaja membayar harga makanan tadi Amzar terus memandu keretanya laju. Makanan tadi semua dibayar Amzar. Tak macho pula kalau perempuan yang bayar. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Amzar, Qaisara terus memulakan rutin hariannya di tempat kerjanya. Halnya dengan Datin Rahmah dibuarkan.
'Bukan salah aku pun kan.'

GemokWhere stories live. Discover now