part13

2.3K 77 0
                                    

"Fuhhhhh"

Masing-masing melepaskan lelah setelah siap mengemas. Rumah yang disediakan papa Amzar sudah dilengkapkan dengan perabot dan barang keperluan lain. Jadi tidak perlulah mereka bersusah payah untuk membeli yang baru. Hanya membawa pakaian sahaja sudah cukup.

"Awak nah. Air." Qaisara menghulurkan secawan jus oren kepada Amzar. Barang basah juga sudah disediakan. Jadi tidak perlu mereka keluar membeli-belah.

"Thanks." Sepatah Amzar membalas sambil menyambut huluran Qaisara.

" meh lah duduk sat." Amzar mengajak Qaisara duduk di sebelahnya. Siap ditepuk-tepuk tempat itu.

'Aik dapat mana loghat ni Amzar? Ah lantak lah.'

Qaisara hanya menurut.

"Kenapa awak terima cadangan mama awak tu?"

Qaisara mula menyoal. Dari tadi benaknya tertanya-tanya. Padahal boleh sahaja dia menolak. Malahan Qaisara melihat yang sebaliknya. Amzar hanya menerima tanpa banyak membantah.

"Entah lah mungkin itu yang terbaik. Aku sayang mama aku. Aku putus cinta ni sebab aku tak ikut kata mama lah. Mama suruh putus dengan Anne tapi aku degil. Bahananya aku jadi macam ni lah."

Ujar Amzar dan menunjukkan perut buncitnya. Qaisara hanya menahan gelak. Sekejap sahaja moodnya berubah. Tanpa tertahan lagi pecah sudah ketawa Qaisara. Amzar mendekati Qaisara dan mengunci kedua tangan Qaisara di sofa. Qaisara cuak.

"Awak nak buat apa?"

"Haa ketawalah lagi. Kenapa tak sambung ketawa." Amzar sengaja mengejek Qaisara.

"ahahahaha. Ehem." Sekejap sahaja Qaisara ketawa lantas dia berdehem apabila muka Amzar semakin mendekati mukanya. Tak sampai satu inci pun. Sehinggakan nafas Amzar boleh dirasa Qaisara. Mereka saling bertentangan mata. Lama.

'Cantik' gumam Amzar didalam hati.

'Hensem' gumam Qaisara didalamhati pula. Amzar seakan boleh membaca hati Qaisara.

" Hensem kan aku." Masuk bakul angkat sendiri. Nada suaranya perlahan sahaja.

"Manade. Awak hodoh tahu?" Nadanya ditahan. Matanya beralih ke bibir merah delima Amzar. Jaraknya semakin rapat.

"Kalau hodoh takkan kau boleh suka aku masa sekolah dulu? Emm?" Masing-masing seakan terpukau. Lantas bibir merah Amzar mencium lembut bibir Qaisara. Qaisara membalas ciuman Amzar.Terbuai. Lama mereka berkeadaan begitu. Pergelangan tangan Qaisara di lepaskan. Amzar mula mengganas. Tangannya mula meliar didalam baju Qaisara.

kedengaran azan maghrib di surau terdekat menyentakkan mereka berdua. Bibir yang lama bertaut tadi dilepaskan serta merta. Mereka memperbetulkan kedudukan mereka.

"Saya mandi dulu. Pastu kita solat jemaah tau.kat bilik awak."

Qaisara yang mula merah mukanya menahan malu segera melarikan dirinya keatas. Amzar dan Qaisara tidur di bilik yang berasingan. Ini atas permintaan Qaisara.

"Okay. Aku pun nak mandi. Nanti aku tunggu." Amzar membalas. Malu juga

'Kenapa aku tak boleh tahan dengan dia. Aku dah jatuh cinta dengan diakah? Habis Anne bagaimana? Ah persetankan perempuan murahan itu. Sekarang mungkin aku perlu masa untuk menyedari sesuatu. Sesuatu yang buat aku tak keruan kebelakangan ni.' amzar bermonolog sendirian. Dan membawa dirinya ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap untuk solat berjemaah di biliknya.
.
.
.
Setelah selesai solat berjemaah Qaisara menyediakan makan malamnya bersama Amzar. Simple sahaja masakkannya. Tambahan pula Amzar harus makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada mulanya Amzar menolak salad buah-buahan tersebut tetapi setelah menyuap sesudu terus dihabiskannya. Sedap barangkali. Seusai makan malam Amzar kembali ke ruangan membaca yang berada diantara biliknya dan Qaisara. Qaisara pula terus menonton televisyen. Malam itu latihannya bersama Amzar ditangguhkan dahulu.

"Aduh boringnya." Qaisara merungut.
Lantas mengambil gitarnya di biliknya dan menuju ke kolam renang. Qaisara memang minat menyanyi sedari kecil memandangkan bapanya juga suka muzik. Bapanya jugalah yang mengajarnya bermain gitar. Qaisara mula memetik gitar dan mula menyanyi.

Do you hear me,i'm talking to you
Across the water,across the deep blue ocean
Under the open sky,oh my,baby i'm trying

Boy i hear you in my dream
I feel you whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard.

Qaisara terkejut apa bila bahunya di sentuh. Dia berhenti memetik gitar coklatnya.

"Sambunglah main."

Suara merdu Amzar terus menyambung bait lagu yang seterusnya. Mereka menyanyi bersama sambil menikmati sinaran bulan dan taburan bintang di langit.
.


.
.
Seusai habis menyanyi bersama,Qaisara mula memgantuk. Dia ingin tidur. Dia menghulurkan tangan kepada Amzar. Amzar pelik.

"Dah kenapa?" Amzar menyoal.

"Salam lah saya nak masuk tidur ni."

"Ohhh" pantas sahaja Amzar menyambut tangan Qaisara. Qaisara mencium lembut tangan Amzar. Sama seperti akad mereka siang tadi. Belum sempat Qaisara menarik tangannya kembali,Amzar menarik dirinya dan mencium ubun-ubunya.

"Goodnight."
"Hmm,assalamualaikum" ucap Qaisara dan berlalu ke biliknya. Masih terkedu dengan tindakan Amzar.

'Qaisara dia suka orang lain lah. Dia kahwin dengan kau sebab mama dia. Ingat tu'

Berkali-kali juga dia mengingatkan dirinya agar jangan jatuh cinta dengan Amzar. Dia tidak mahu dirinya terluka. Cukup lah perkara masa lalu yang begitu perit baginya iaitu melupakan Amzar. Saat dirinya sudah kuat untuk bangun semula Amzar pula kembali dalam hidupnya dalam ikatan yang sah pula.
.
.
.
Amzar hanya tersenyum mengingati adegan tadi.

"Aku rasa, aku jatuh cinta. Ishh tak leh jadi ni kena bagitahu Aiman ni". Amzar mencapai telefonnya dan mendail nombor Aiman.

"Hello. Assalamualaikum. Man, aku rasa.."

"Hmm..apa?" Aiman menjawab malas. Yalah Amzar menganggu tidurnya.

"Aku rasa..." Amzar masih lagi berjeda.

"Apa kau rasa ni? Aku rasa aku nak tumbuk kau sekarang ni." Aiman mula hilang sabar.

"Ahahahaha. Man aku dah jatuh cinta." Terus sahaja Amzar berseloroh. Mata Aiman yang mengantuk automatik terbeliak. Tapi Amzar mestilah tak nampak kan. Serius muka dia macam ayam berak kapur. Hodoh gila.

"Weyhhh dengan siapa?" Suara yang mulanya lemah terus naik seoktaf.

"Aduhh sakit lah telinga aku. Kalau pecah gegendang telinga aku ni siap kau."

"Siapa weyhh.. bagitau lah." Aiman mula membuat suara comel.

"Eh please lah jangan buat suara gitu. Aku rasa bukan eardrum aku je pecah, tapi tambah bernanah."

"Alah kau ni. Siapa?" Aiman mula tak sabar.

"emm Qaisara fatihah binti Adam."

"Alhamdulillah baguslah."

"Dah tu je aku nak bagitahu kau sebenarnya. K bai."

"Hek eleh poyo. Ehh jap ah." Amzar yang baru sahaja ingin meletakkan gagang telefonnya terhenti gerakkan tangannya.

"Hmm nak apa?" Amzar membalas malas.

"Ohh kau cenni sekarang. Dah lama tak hang out kan. Kau pun cuti honeymoon. Boring ah weyh."

"Habis tu expect aku buat apa?"

"Yok gi camping." Amzar berfikir sejenak.

"Bila?"

"Hari minggu lah. Kau bawak Qaisara aku bawak Damia. Cun?"

"Okay cun. Aku nak tanya Qaisara jap. Pape aku roger."

"Alright. Roger and out." Aiman membalas acacah menggunakan walkie talkie.




Hai readers.

GemokWhere stories live. Discover now