BAB 3

98 9 3
                                    

Telefon Ezzleana bergegar tanda mesej masuk.Dengan berat hati, Ezzleana membuka mata.Terbeliak biji mata Ezzleana sebaik sahaja melihat mesej yang diterimanya.

"Hah? Nani nak datang? Yayyy!"sorak Ezzleana teruja.Dengan lajunya seperti bayang-bayang dia bersiap.

Dalam perjalanan bersama ahli keluarganya,Ezzleana tak henti-henti menjenguk Iphone-nya ada sebarang mesej atau panggilan.Rindu sangat dengan nenek lah tu.Nani tinggal di negara Arab,tempat lahirnya.Keluarga Ezzleana berketurunan arab.Sebab itulah ramai yang meminatinya di sekolah kerana matanya yang menggoda.Tak hairanlah dia ada menyimpan beberapa helai purdah di dalam almari tudungnya.

Mereka tiba di destinasi yang dituju tepat pada masanya, KLIA 2.Kelihatan tubuh kecil Nani kesayangan sedang menghampiri kenderaan mewah itu.Ketiga beradik itu melompat keriangan.Seperti anak jakun pun ada.Mereka terus keluar dari kereta dan menuju kepada Nani mereka untuk bersalaman. Sementara pemandu mereka meletakkan beg Nani ke dalam bonet kereta.

"Hey,Aiman,Ezz,Mina! Careful,kereta tu!"jerit Datin Fatimah.

"Hmmph..Budak-budak tu,kalau pasal Mak,kita yang anak dia pun kalah."cebik Dato' Hisham.

"Biasalah tu".Balas Datin Fatimah.

×××××××

Tiba di rumah mereka teruja kerana Nani ada menghadiahkan sepasang baju jubah setiap seorang.Bukan apa,disebabkan Nani yang bagi,baju jubah simple itu pun boleh jadi special.

Malam itu mereka perlu menghadiri tahlil arwah baba mereka,yang dibuat pada hari itu.Mereka mengenakan jubah yang diberi oleh Nani tadi.Ezzleana dan Mina melengkapkan jubah mereka dengan sehelai purdah.

Sahabat Aiman,Mina dan Ezzleana juga dijemput menghadiri tahlil tersebut.Akmal dan beberapa murid lelaki yang lain turut menghadiri tahlil arwah datuk Ezzleana.

Mereka langsung tidak dapat mengecam Ezzleana dalam purdah tersebut.Malah Mina juga hairan mengapa Akmal tidak jumpa-jumpa lagi kak Ezz.

"Eh, abang Akmal! Kenapa duduk sini sorang-sorang?"

"Abang tak jumpa kak Ezz lah Mina.."jawab Akmal hampa.

"Ishh abang ni..Tu lah kak Ezz! Apalah.."jawab Mina menggeleng kepalanya.Lalu Mina beredar membantu di dapur.

"Ezz!aku tak nampak kau dari tadi pun.Kau pergi mana?"

Sebaik sahaja Ezz toleh ke belakang,terpaku,terkedu, terbeku Akmal melihat mata Ezzleana yang menggoda berpudah itu.Semua 'ter' dah habis keluar.Tak tersusun kata-kata di bibir Akmal untuk bertanya.'Mashaallah,ini Ezz ke bidadari?'fikir Akmal.

"Eh,kau kenapa Akmal? Macam orang tak betul je."sapa Ezzleana.

"Hah? Err, takda apa.Aku just tak dapat cam kau.Tu je."jawab Akmal tersekat.'Ishh..jangan Akmal,dia tu kawan baik kau.' larang Akmal kepada mindanya sendiri.Persis orang sakit mental pula.

Setelah tamat tahlil tersebut, Akmal,Irfan,Sarah dan sahabat rapat Ezzleana pulang ke rumah dengan sedikit buah tangan daripada Dato' Hisham.

Selesai sudah majlis tahlil yang ditunggu-tunggu Nani itu.Sepanjang tahlil tadi,Nani asyik mengalirkan air mata sahaja.Begitu juga Dato' Hisham.
Tugas Ezz dan Datin Fatimahlah yang terpaksa menghentikan air mata mereka.

×××××××

Ezzleana menyiram pokok bunga sambil menyanyi.Ezzleana suka berkebun.Hanya kerana ingin melihat bunga-bungaan sahaja. Ish Ish Ish...Kenapa tak beli saja? Tak payah susah-susah.Aiman pernah bertanya kepada Ezz tentang pokok bunga tersebut.Katanya ingin melihat hasil tangan sendiri.

Tiba-tiba Iphone Ezzleana berbunyi.'Kenapa call banyak kali?Ada hal penting ke?' fikir gadis itu.

"Hello?"

"Apa!?"

"Aku datang sekarang jugak!"

Cepat-cepat dia ke rumah Akmal.Sarah menelefon Ezz hanya kerana ingin memberitahu bahawa Akmal demam panas.Risau betul Ezz.Macam suami pulak yang demam.Nanti kejap,suami?!

"Akmal,kau okay ke? Dah makan ubat? Nak aku ambikkan air ke apa-apa?"soal Ezzleana seperti salahnya kerana Akmal demam.

Akmal hanya diam.

"Aku tak sakitlah..Tak perlu ubat bagai..Aku boleh ambik air sendiri..Takpa,aku boleh lagi ni,bukannya dah nak mati pun."jawab Akmal teresak-esak.

"Dah sakit tak nak mengaku,sekali kena masuk wad nanti baru tau! Nak? Aku call ambulans sekarang jugak!"segera Ezz mengambil telefonnya berpura-pura mendail.Cepat-cepat Akmal memakan ubat tadi. Ezzleana tergelak besar bersama Sarah.Ezzleana memang geli hati dengan perangai Akmal yang tak berubah dari tingkatan satu itu.

Datin Dahlia sendiri pun tewas dengan Akmal.Segala pujuk rayu wanita itu supaya Akmal menelan ubatnya pun tak menjadi.Nasib baik Ezz ada.Kalau kawan baik tu,memang kawan baik betul.'Beruntung siapa jadi suami Ezz.'fikir Datin Dahlia lagi.

Lusa,Akmal pun sembuh berkat paksaan daripada Ezzleana setiap hari.Tiga hari beturut-turut Ezz datang ke rumah Akmal.Datin Dahlia bahagia betul melihat keakraban dua sahabat itu.Risau benar Ezzleana akan kesihatan kawan baiknya.

🔳⚪🔲⚪🔳⚪🔲

Hai..untuk bab 3 nie,saya buat pendek je..Tengoklah betapa caringnya Ezzleana.hihihi.. Keep vote and comment yaa..syg peminat wattpad semua..

Bestfriendku Suamiku?Where stories live. Discover now