Bagpack jenama LV digalas.Ezleana mengorak langkah menuju ke pintu luar rumah.Dia kemudian mencapai kasut sport dan menyarungnya dengan kasar sekali.Kalau dah lambat memang macam tu lah.
"Pa, Ezz pergi dulu ek? Jangan minum manis malam-malam, jangan asyik suruh Mina urut kaki papa je, lagi satu..."
"Jangan lupa makan ubat.Papa tau la Ezz.Dah pergi elok-elok tau" Ezzleana menyalami Datuk Hisyam dituruti ibu, abang dan adik kesayangannya.Mina pun ketawa kecil sahaja lah.Seketika kemudian kereta Honda Civic berwarna hitam itu meluncur laju menuju SMKBSP.
××××××××××
"Saya tak nak dengar ada yang mengadu hilang harta ke, barang kemas ke, sebab saya dah pesan jangan bawa barang yang berharga.Kalau hilang, ia adalah tanggungjawab sendiri" suara garau Cikgu Hasan bergema di segenap ruang perhimpunan.
Ezzleana dan Akmal mendengar dengan endah tak endah je.Peraturan yang biasa sangat dengar.Yang pergi bawak siapa suruh?Pelajar yang lain pula hanya tertumpu pada cikgu yang terkenal garangnya itu.
"Hemph! takde telinga ke nak dengar? Berbual-bual je keje"Akmal tiba-tiba bersuara.
"Entah, lagi satu, kenapa nak bercakap time cikgu nak bagi taklimat eh?" Ezzleana merungut.
"Aku tak tau nak cakap macamana lagi dowh!"Akmal pula merungut sekarang ni.
"Hoi! Kau ni ada telinga ke takde? Pekak sangat ke sampai orang tegur tu tak boleh nak ikut?!" Akmal dah bertukar menjadi singa lah!
"Eh, sorry" budak itu terus berhenti pok pek.Maklumlah, kalau ketua pengawas dah marah, macam tulah jadinya.
Azzad memandang semacam kepada Akmal.'agaknya kalau aku rampas Ezz dari dia dia belasah aku tak?' Fikirannya melayang pula.
Bas sekolah dipenuhi dengan 40 orang pelajar dan lima orang guru.Pak cik bas memandu bas terus menuju ke Pahang.Sepanjang perjalanan, Ezz hanya melayan buku novelnya begitu juga Akmal. Aida pula sibuk dengan cameranya.Azzad pula tak lekang mata memerhati Ezz.Sempat pula pak cik itu menyinggah ke Petronas dan membeli Milo nuggets.Hai pak cik pun layan jugak ke benda-benda tu?
"Zad, kau memang jeles ke Ezz dengan Akmal tu? Secantik Aida kau tak nampak..Yang berpunya tu jugak kau nak kan?"
"Berpunya? Bukan diorang tu kawan baik je ke? Lepastu aku jumpa boyfriend dia haritu.Siap pegang tangan lagi."
"Pegang tangan? Takdelah.Tu abang dia lah.Diorang memang selalu macamtu.Lagipun Ezz tak pernah pegang tangan lelaki selain ayah atau abang dia.Kau apa tau?"
"Lagi satu, kau percaya ke kawan baik rapat macamtu? Kalau aku, cari yang lain jelah.Tak pun besar nanti baru pikir.SPM tak habis lagi kau sibuk mencari jodoh ye?" perli Hafiz.
Sementara itu...
"Aida, tengok tu! Bukit Colmar kan?"Sape Ezz excited
"Ha'ahlah! Cantiknya! Tangkap-tangkap!"
"Hahaha..'tangkap' pun boleh".
Akhirnya bas mereka sampai tepat pukul 11:30.Setibanya di sana, mereka mula mengeluarkan pelbagai alatan perkemahan masing-masing.
"Aduh!" sebuah beg berwarna coklat terjatuh dari tempat menyimpan beg mereka dan terkena kaki Ezz.Belum sempat lagi Azzad datang, Akmal sudah berlari ke arah Ezzleana dan mengangkat beg itu dari kaki Ezz.Dalam hati..
'Errh! Geramnya!'
Mereka terus menyusun peralatan di tempat yang diarahkan oleh Cikgu Ayra.
Pada malamnya, mereka diarahkan berkumpul di tengah-tengah bulatan kemah masing-masing.Ezzleana, Aida, Mei Lan dan Syazana tidur dalam kemah yang sama.Ditengah sekali mereka mendirikan unggun api dan dikelilingi peserta perkemahan.
YOU ARE READING
Bestfriendku Suamiku?
Teen Fiction"Paa.. Kenapa Ezz kana kahwin dengan Akmal? Dia tu kawan baik Ezz kot", soal Ezzleana sayu. "Papa tak tau nak cakap apa Ezz,Ezz kena jugak kahwin dengan anak kawan papa.Papa dah buat perjanjian,jadi papa kena tunaikan. Papa minta maaf sayang.."j...