Hujan mula melompat-lompat ke permukaan bumi.Ezzleana bangun dan bersiap untuk ke sekolah.Selesai mandi,solat dan sebagainya dia pun turun untuk bersarapan pagi.Kelihatan abangnya berada di meja makan bersama ibunya.Nampaknya mereka berbual dengan rancak sekali.
"Hai maa..hai abang"sapa Ezzleana kepada mereka.
"Abang dah nak habis diploma.." jawab ibunya.
"Waa..bestnya abang.."puji Ezz.Gembira abangnya yang seorang tu.
Setelah selesai bersarapan,dia memakai kasut sekolahnya dia hadapan pintu.Tangan ibu dan abangnya disalam.Pemandu kereta mewah keluarga itu sudah bersedia menghidupkan enjin kereta dan terus meluru ke sekolah Ezzleana.
Di dalam kelas, Cikgu Rosdania telah memberi mereka beberapa tugasan sebelum menghadiri mesyuarat. Maklumlah, penolong kanan..
Ezzleana, Akmal,Ain,Shasha,Aida,Sarah dan beberapa pelajar cemerlang lain di dalam kelas itu juga sudah menyiapkan tugasan tersebut.
"Aida, kau sejuk tak?" soal Sarah.
"Sejuk jugaklah.Kenapa Sarah?"
"Aku rasa macam nak demamlah.Aku taulah sekarang ni hujan kan.Tapi aku rasa tak sedap badan." kata Sarah lagi.
"Yeke? Cakaplah dengan Ezz.Dia kan ketua kelas.Kau nak aku cakapkan?"balas Aida kasihan melihat keadaan Sarah yang agak pucat itu.
"Tak pelah.Aku pergi sendiri."
Sarah terhuyung- hayang berjalan ke arah tempat duduk Ezzleana. Dia semakin lemah dan pucat.
"Eh, Sarah! Kau kenapa?" soal Ezzleana menggelabah apabila melihat keadaan rakannya itu.
"A..ak..aku, sakit perut sangat."Habis saja ayatnya, dia terus rebah ke atas lantai.Pelajar yang lain berkerumun mengelilingi Sarah. Manakan tidak, melihat orang pengsan pasti nak kelilingi mereka.Ezz meluru laju ke arah Sarah.
"Semua! Dengar sini.Aku, Irfan dengan Akmal akan bawak Sarah pergi bilik kesihatan.Hafiz, take care the class." arah Ezzleana kepada penolong ketua kelasnya.
"Jom, Ezz." ajak Akmal dan Irfan serentak.
"Angkat dia perlahan- lahan tau.Pergi terus bilik kesihatan,baringkan Sarah.Aku nak cari Cikgu Rosdania."arah Ezzleana. Mereka mengangguk tanda faham.
Setelah mendengar berita tentang Sarah daripada Ezzleana, Cikgu Rosdania terus menuju ke bilik kesihatan.Kelihatan wajah Sarah amat pucat.Mereka sama-sama membawa Sarah ke hospital menaiki kereta Cikgu Rosdania.
×××××××
"Sarah, kau dah sedar? Kau okey tak ni? Nak air ke apa? Boleh bangun tak?" soal Ezz bertubi-tubi.Satu pun tak terjawab Sarah.Gadis itu hanya tersenyum ke arah sahabatnya.
'Ezz ni, kalau orang tersayang sakit,mesti caring gila'. Fikir Sarah."Aku okey." jawab Sarah sepatah.
"Kau gastrik,kau tak cakap.Kan dah masuk wad dah."marah Akmal.
"Entah,kau ni! Aku risau tau tak. Harini kau buat aku nervous gila!" sambung Ezzleana pula.Sarah hanya terdiam. Memang salahnya pun.Sendiri buat,sendiri tanggunglah kan.
"Yelah,aku mintak maaf.Sorry susahkan korang."Sarah meminta maaf kepada mereka bertiga sambil menundukkan kepalanya.
"Kitorang tak marah kau lah..Kitorang risau tau tak.Kenapa tak bagi tau kitorang kau gastrik tadi? Kalau tak, takdelah sampai macam ni sekali." kali ini,Irfan pula bersuara.Akmal dan Ezzleana mengangguk sahaja.
Seketika kemudian ibu bapa Sarah pun sampai.Ezzleana, Akmal dan Irfan keluar sebentar tidak mahu mengganggu mereka dengan anak gadis mereka.
Puan Zatia dan Encik Hairul keluar dari bilik itu dan menuju ke tempat mereka bertiga duduk.
"Terima kasihlah,kamu bertiga sebab tolong tadi.Kalau tidak tak taulah apa jadi kat Sarah tadi." Puan Zatia mengucapkan terima kasih kepada mereka.Encik Hairul pula senyum kepada mereka.
Ezzleana membulatkan matanya tiba-tiba.
"Weh, korang dah bagi tau mama dengan papa korang yang kita dekat hospital ke?"
"Alamak,dah pukul berapa sekarang ni!?"Akmal cepat-cepat melihat jam tangannya.
"Habislah.Dah pukul 3:30 dah.Dua jam kot kita kat sini."kata Akmal.
"Nah,guna telefon aunty, call your parents" kata Puan Zatia.
Cepat-cepat mereka mengambil telefon yang wanita itu hulurkan.
×××××××
Tiba dirumah, Akmal menukar baju sekolahnya dan terus baring.Dia mejamkan matanya.
"Hah...Akmal tak mandi eh? Wekk bau busuk!"tegur seseorang.Ya,itu adalah abangnya,Danish.
"Jap lagi Akmal mandilah.." jawabnya sambil memejamkan matanya itu.Dia membuka matanya.
"Abang ni!" teriak Akmal kepada abangnya.Dia memukul lembut lengan abangnya yang sasa itu.Ceh ceh..
Seketika kemudian, Datin Dahlia mengajak mereka untuk makan malam bersama.
"Eee..Akmal tak mandi! Tak nak kawan! Hmmph bau busuk!"" perli abangnya.
"Abang ni kacaulah..Akmal tau lah.Dah sekarang keluar! Akmal nak mandi."arah Akmal persis komander askar sambil menolak abangnya keluar.Danish pun keluar dengan lemahnya.
Setelah selesai makan, mereka menyambung kerja masing-masing.Akmal mengulangkaji pelajaran, manakala Danish pula melayan game COC.Hmph! Dah tua pun layan game tu lagi..
"Akmal.."abangnya memanggil sayu.
"Hah?"
"Abang kene balik kolej hari khamis ni."
"Hah!? Biar betul! Abang..janganlah pergi..Akmal bosanlah duduk sorang-sorang kat rumah..Papa kerja, mama pulak dengan kursus yang tak sudah tu."rayu Akmal yang sudah mula mahu mengeluarkan air mata.Macam budak-budak pulak.Eleh benda kecik je pun.
"Entahlah..abang kene jugak balik sana.Nak buat macamana? Akmal nak pergi tuisyen tak?"Danish segera menukar topik.Tak sanggup melihat adiknya yang keseorangan itu.
Terdetik juga di fikiran Danish untuk mendaftar Akmal di tuisyen berdekatan.'Papa tak terfikir ke nak masukkan Akmal tuisyen? Kan tahun ni Akmal SPM.' fikirnya.
'Mesti papa sibuk dengan kerja.Tapi tak mungkinlah sampai tak terfikir kot?' Danish semakin bimbang akan adiknya yang 'dipinggirkan' atas alasan sibuk bekerja itu.
Dia terus ke biliknya untuk berehat.Akmal hanya memandang sayu kepada Danish tak mahu ditinggalkan abang kesayangan.
"Krikk krikk.."
"Hah! Cengkerik? Kau buat apa hah? Menyibuk je curi dengar.Tak malu." teriak Akmal kepada cengkerik itu.Sebijik macam orang gila.
"Krikk krikk.."
"Kalau aku faham apa yang kau cakap kan best.." kata Akmal lagi.
"Krikk krikk.."
"Ishh! Diamlah! Aku nak tidur pun tak senang."
××××××××
Keesokan paginya, terkeluarlah pengumuman penting yang membuatkan seluruh murid tingkatan lima itu daripada mulut Puan Pengetua Zainah.
"....anda akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM pada tiga minggu dari sekarang.Saya harap kamu meninggalkan sikap pemalas kamu tu dan..rajin-rajinlah belajar ya..Good luck."
🔳◾🔲◾🔳◾🔲
Hai..untuk bab ni,Akmal dan Ezzleana akan menghadapi banyak cabaran.Nanti masa dekat nak SPM betul², mereka akhirnya akan tahu ttg jodoh masing-masing.Macamana mereka akan menghadapi peperiksaan besar itu dalam keadaan yang hebat aghihihi. Kalau nak tau, jangan keluarkan Bestfriendku Suamiku daripada library korg. Keep vote and comment ya..Please..Syg korg sume..hihihi..
YOU ARE READING
Bestfriendku Suamiku?
Teen Fiction"Paa.. Kenapa Ezz kana kahwin dengan Akmal? Dia tu kawan baik Ezz kot", soal Ezzleana sayu. "Papa tak tau nak cakap apa Ezz,Ezz kena jugak kahwin dengan anak kawan papa.Papa dah buat perjanjian,jadi papa kena tunaikan. Papa minta maaf sayang.."j...