BAB 8

98 7 0
                                    

Azzad duduk di sebelah Hafiz, penolong ketua kelas.Baru sahaja kelas hendak bermula, tiba-tiba dua orang pengawas perempuan bernama Sophia dan Asma dari kelas 5 Berlian berlari anak ke kelas 5 Ametis.

"Eh, kenapa Phiaa?" Ezzleana sudah biasa memanggil Sophia dengan gelaran 'Phiaa'.

"Err...hah..hah.." Phiaa tercungap-cungap menarik nafas.

"Cikgu Rosdania nak adakan perhimpunan mengejut.Katanya urgent. So 5 Ametis, tolong segera pergi dewan utama ya.Bye Ezz.Aku kena inform kelas lain pulak." Phiaa segera beredar sebaik sahaja Ezzleana mengangguk.

"Siapa nama budak perempuan tu?" soal Azad kepada Hafiz.

"Oh, nama dia Ezzleana Zahra. Ketua kelas kita." balas Hafiz

"Yang tu pulak Sarah, Irfan and Akmal.Diorang kawan rapat dari dulu lagi.Senang cerita, macam isi dengan kuku.Tapi Akmal lagi rapat dengan Ezz sebab dia kawan baik dari form one lagi." jelas Hafiz lagi.

"Berminat ke? Kau kenalah berdepan dengan Akmal dulu..." Hafiz bergurau.

"Banyaklah kau ni Hafiz..."

"5 Ametis! Sila beratur ke dewan utama sekarang.Ada taklimat penting dari Puan Rosdania." ujar Ezzleana lagi.

Mereka segera mengemas alat tulis dan buku-buku di atas meja.Hafiz selaku penolong ketua kelas mengunci pintu kelas mereka sementara Ezzleana selaku ketua kelas pula menghantar buku kawalan kelas ke pejabat.

Aida dengan mengejut menyergah Ezzleana.

"Baaaah!"

"Omakkau hijau!"

"Aida! Ezz ingatkan hantu manalah yang seru tengahari buta ni.Ish! Buat orang terkejut je" marah Ezzleana.

"Hahhaa...tak sangka Ezz melatah mak kau hijau eh.Kelakarlah Ezz ni."

"Hah, nak apa makcik?" soal Ezzleana bergurau.

"Budak baru tu handsome gila kan."

"Hmmn..not bad."

××××××××

"....kamu perlu menyediakan sebuah persembahan bagi meraikan hari guru pada minggu hadapan.Persembahan ini haruslah class by class.Saya harap semua dapat melibatkan diri ya." ujar Cikgu Rosdania lagi.Pelajaf SMK Bandar Seru Putra sudah beratur untuk keluar dari dewan utama.

Akmal beria-ia mencadangkan kelas mereka untuk membuat sebuah lakonan kerana ini adalah peluang terakhir mereka bagi meraikan hari sebegini kerana tak lama lagi mereka akan menduduki SPM.

Nampaknya semua setuju dengan cadangan Akmal kerana disokong oleh empat sekawan itu.Hafiz mencadangkan cerita tentang seorang murid yang tidak beradab kepada guru akhirnya mereka gagal dalam mata pelajaran tersebut kerana tiada keredhaan daripada cikgu tersebut.

"Terbaek lah Fiz." puji Akmal dan Ezzleana.

"So...siapa yang nak lakonkan watak murid derhaka tu?"

"Aku!" seorang pelajar lelaki bernama Khairul berserta rakannya Farhan menawarkan diri.Memang sesuai dengan perangai diorang yang gangster semacam tu.Gangster tapi brilliant okay.

"Okay memang sesuai dengan korang.Jangan sentap eh.."celah Akmal.

"Siapa pulak nak jadi cikgu tu? Kalau boleh perempuan pulaklah" Sarah yang diam daripada tadi bersuara.

Semua mata tertumpu ke arahnya.Jangan tanya kenapa.

"Whaat!? Apahal aku pulak?"

"Sebab Sarah sesuai jadi cikgu.Ade kriteria dia." kata Shasha.

Bestfriendku Suamiku?Where stories live. Discover now