"Selamat Hari Guru!!" pentas dewan berlian bergegar dengan suara 5 Ametis.Persembahan mereka disambut dengan tepukan gemuruh dari pelajar dan guru.
Di belakang pentas..
"Ehh Sarah,Cikgu Ariana dengan Cikgu Farah menangis doh!"
"Eh, ha'ahla.Jom pegi kat cikgu"
Ezzleana dan Sarah menuju kearah cikgu kesayangannya lantas memeluk kedua cikgu itu serentak.
"Laa cikgu janganlah nangis, nanti kitorang pun nangis sekali.."pujuk Ezz dan Sarah.
"Mana ada kitorang menangislah.Apalah korang ni."Cikgu Ariana cuba merahsiakannya namun tak berjaya.
"Tersentuh ke cikgu? La.. janganlah macamni cikgu.Kitorang janji kitorang dapat straight A's." Sarah pula bersuara.Erhh akhirnya.
"Jangan janji je tapi tak tunaikan macamana? Ha, jawab, jawab."perli Cikgu Farah."Err.."
"Semua diminta memasang telinga ya.Ada pengumuman penting saya nak sampaikan.Minggu hadapan akan diadakan perkemahan bagi kem pengakap.Saya harap semua dapat sertai yaa.Pengawas sedang mengedarkan surat kebenaran ibu bapa untuk menyertai lawatan ini."
"Aduuh..Malasnya nak pergi!"Anita membantah.
"Awal-awal lagi dah merungut. Bukan kau masuk kadet polis ke? Yang kau over semacam ni dah kenapa? "sindir Aida sambil ketawa sinis.
"Eh, yeke pengakap je?" soal Anita blur.
"Tulah..cikgu dah pesan pasang telinga tadi".Anita memalingkan wajahnya dan beredar dari situ.
Sebelum keluar dari Dewan Berlian, Akmal,Ezzleana dan Aida berkumpul seketika kerana mereka bertiga dari Persatuan Pengakap untuk berbincan sedikit.Manakala Sarah dan Irfan pula Kadet Bomba.
×××××××××
Akmal tiba di rumah tepat pukul 2:00 petang.Dia lalu melabuhkan punggung ke atas katil empuknya.Secara tak sedar badannya perlahan-lahan mengendur dan..terlena.
"Akmal, aku nak jugak mandi sungai tu! Nampak tak air dia jernih"
"Tak boleh, nanti kau lemas nanti macamana?"
"Alaah, nak jugak! nak jugak!"
Splassh
"Ezz?"
"Urk urgh. Ah, Akmal! Tolong aku!"
"Ezz, tunggu sana aku datang!"namun kaki Akmal terasa seperti terikat pada sesuatu.'Hah?Tali?'
"Kau nak selamatkan Ezz kan? Tak payah,biarkan dia!" tiba-tiba Azzad datang.
Akmal cuba membuka ikatan tali itu.Setelah beberapa minit akhirnya dia berjaya.Dia melompat ke dalam sungai serta-merta.
"Arghh,Akmal........!!!"
"Ezz? Ezz!" Ezzleana telah lemas dan tidak lagi bernafas.Denyutan nadinya juga telah terhenti.Akmal meraung dalam hutan ditemani Azzad.Ezz telah meninggalkannya buat selamanya.
"Ezzleana!!!"
Akmal cuba menggoncang tubuh Ezzleana tapi dalam masa yang sama seperti seseorang menggoncang tubuhnya juga.
"Akmal, bangun sayang dah Asar dah ni."
Akmal membuka mata.Dia memeluk mamanya sambil berkata-kata dalam mamai.
"Maa, Ezz dah...pergi"
"Hah, Apa Akmal cakap ni? Dah bangun solat asar cepat.Tulah tidur petang-petang lagi".Mamanya mengelap peluh di dahi Akmal.
YOU ARE READING
Bestfriendku Suamiku?
Teen Fiction"Paa.. Kenapa Ezz kana kahwin dengan Akmal? Dia tu kawan baik Ezz kot", soal Ezzleana sayu. "Papa tak tau nak cakap apa Ezz,Ezz kena jugak kahwin dengan anak kawan papa.Papa dah buat perjanjian,jadi papa kena tunaikan. Papa minta maaf sayang.."j...