"Abang,tolong ajarkan Ezz Math ni.tak fahamlah.."pinta Ezzleana.
Huh.bilik abangnya macam sound sistem.Lagu 'Sugar' daripada Maroon 5 bergema di segenap ruang bilik itu."Hah?apa Ezz nak?abang tak dengarlah."
"Ishh abang ni kan.Nak jadi pekak ke pasang lagu kuat-kuat ni.Tolonglah ajarkan Math ni...tak fahamlah",rengek Ezzleana.
"Hmmph.tu pun tak tau.Nama je kelas science,"sindir Aiman, abang Ezzleana.
Nasib Ezzleana ternyata seperti abangnya.Aiman pula pernah dipaksa belajar di luar negara sejak kecil lagi kerana Dato' Hisham mahu anaknya 'briliant'. Tetapi nasib baik mak ngah menegah perbuatan ayah mereka.Huh. Aiman betul-betul bersyukur mak ngah membantunya.Kalau tidak,pasti dia dipaksa menetap di negara orang.
"Haa..camni lah caranya.faham tak apa yang abang ajar dari
tadi?"Ezz hanya mengangguk tanda faham."Akmal,Ezz,jom makan sama-sama."ajak Datin Fatimah. Mereka berdua hanya mengangguk.
Setelah selesai makan,Ezz mengajak Mina keluar bersama.Hmmn biasalah..kaum perempuan ni mesti nak berjalan.
"Ezz dah study dah?"tanya Dato' Hisham.
"Dah paa."
"Nak keluar lah ni?Nak pergi mana?"
"Ha'ah paa.Saje je nak keluar dengan Mina.Dah lama kitorang tak gi jalan sama-sama."jawab Ezz mengharapkan papanya memberi izin.
"Emmn..Ezz tolong papa boleh tak?"tanya papanya dengan nada membisik.
"Hah?tolong?tolong apa paa?"
"Tolong papa belikan coklat dan bunga ros warna merah."
"Papa nak buat apa dengan benda tuu?",tanya Ezz hairan.
"Ezz tak ingat ke harini hari apa?
"Entahlah..hari a..ahad? Eh,hari ulangtahun peperiksaan SPM abang kan?"
"Hah? Ishh budak ni.Buat apa pulak papa nak bagi ros dan coklat kat abang kau? Hari ni ulangtahun anniversary papa dengan mama lah."
"Oo..hahaha.Ezz tak ingat pulak. Oh.ok paa nanti Ezz dengan Mina carikan."
********
"Akak,yang ni cantik tak?"
"Cantik.Sesuai kalau Mina pakai.Ambiklah sayang,akak belanja Mina puas-puas hari ni"
"Emnn..kenapa akak baik sangat ek hari ni?huh macam nak something je."tanya Mina curiga.
"Eh,budak ni.Orang nak belanja, dia ingat lain pulak."cebik Ezzleana.Mina pula tersengih macam kerang busuk.
"Mina rasa..Coklat ni cukup besar tak untuk mama?atau does'nt enough?,"soal Ezzleana.
"Ini cantiklah kak.Nanti kita balutkan reben kat corner dia."jawab Mina.
"Hmmn..Okay".
Mereka singgah di kedai cenderamata dan membeli ros merah untuk mama tersayang. Seketika kemudian,mereka menyinggah pula ke kedai lain untuk mencari reben dan pembalut hadiah.Corak ros kembang berwarna deep rose dipilih.Mereka membayar barang tadi lalu keluar daripada pusat beli belah tersebut.
Mereka segera naik ke atas dan terus menutup pintu perlahan.Ala ala pencuri pun ada.Bimbang Datin Fatimah ternampak hadiah yang dipesan oleh bapa mereka.Mina memanggil Dato' Hisham ke ruang tamu.
"Wow.Cantiknya korang buat.Tak sia-sia papa pesan dekat Ezz tadi."
"No problem lah paa.Pembalut hadiah yang cantik ni,Mina yang pilih"jawab Ezzleana.'Memang tak dapat disangkal, papa yang nampak garang ni, rupanya romantik jugak orangnya ye'.Bisik Ezz dalam hati.
××××××
Dato'Hisham ingin membawa anak-anaknya keluar untuk membeli keperluan sekolah.Tetapi dia tidak dapat pergi bersama kerana dia perlu hadiri mesyuarat yang penting.Jadi Ezz,Aiman dan Mina bertiga sahaja pergi bersama.Datin Fatimah pula keluar untuk membeli barang dapur.Fikirnya ikan dan ayam akan rosak jika tidak disimpan ke dalam peti sejuk lama-lama.Jadi mereka tidak pergi bersama-sama.
"Abang,akak,baju ni rasanya muat tak dengan Mina?"soal Mina.Ezzleana dan Aiman menyelesaikan keperluan Mina dulu baru Ezzleana.
"Akak rasa kecik kot.Sebab lengan dia pendek."
"Abang pun rasa macam tu.Cuba Ezz ambikkan saiz besar sikit untuk Mina."pinta abangnya.
"Ni okey tak?"
"Muat-muat je.Ambiklah besar sikit"arah abangnya.
"Hah,ini okey kan Mina."soal Ezzleana.
"Hah ok,ok"jawab gadis kecil itu.
Seterusnya mereka ke tempat beg sekolah pula.Selesai memilih beg sekolah,mereka beralih ke tempat alat tulis pula.Aiman mengambil pen gel jenama Pilot dengan rakusnya.
"Eh,apa abang ni? Tamaknya!" tegur Ezz dan Mina serentak.
"Eh,mana ada."jawab Aiman selamba.
"Kalau ambik refill je kan lagi bagus."tegur Ezz lagi.
"Oh,yelah..Lupa pulak ada refill" jawab Aiman malu.
Mereka berdua hanya menggeleng melihat Aiman.
Seketika kemudian,mereka ke kedai KFC berhampiran tempat barangan sekolah.Orang ramai asyik memandang mereka lain macam kerana mereka sangkakan Ezz teman wanita Aiman,dan Mina pula adik Aiman atau Ezz.Melihat keadaan sekeliling,Ezz mula bertindak."Abang,adik nak dua ketul drumstick original.Mina kata dia nak sama macam adik.Pastu kitorang nak air pepsi tau abang!" Saja Ezzleana menguatkan panggilan 'adik' dan 'abang' itu.Aiman dan Mina faham kelakuan Ezz.Orang ramai mula menyambung kerja mereka setelah mengetahui hubungan mereka bertiga.Oh..adik beradik rupanya.
×××××××
Mereka pulang dengan penatnya selepas 'membeli belah' barang sekolah.Pulang-pulang saja,bau enak semerbak meluru hidung mereka.
"Perhh!Sedapnya bau..." tegur Mina.
"Mama masak apa?"tanya Aiman.
"Issh..Ezz yang dah kenyang ni pun terasa lapar balik.Maa... Mama masak apa tu?"
"Mama masak......ikan bawal tiga rasa!Sedap tak bau?"soal datin Fatimah.
"Hmmn..Sedap!Sedap!"jawab mereka bertiga serentak.
"Pergi mandi dulu,pastu turun makan sama-sama.Kejap lagi papa balik lah tu."arah Datin Fatimah.
Mereka segera ke bilik untuk mandi dan menunaikan solat.Kedengaran bunyi kereta mewah Dato' Hisyam tiba di perkarangan rumah mereka.
Cepat-cepat mereka turun untuk makan bersama. Ezz bangun untuk menjenguk abang dan adiknya.
"Haaaaaahhh? Tidur!!!"
"Abang bangunlah...Jom makan sama-sama.."
Seketika kemudian,dia ke bilik Syamina pula
"Asal diorang tidur waktu camni?Penat sangat ke?"tanya Ezzleana sendiri.Persis orang gila pun ada.
"Mina,bangunlah..jom makan sama-sama dengan akak."kejut Ezz.Cepat-cepat gadis kecil itu bangun.Mina menggosok matanya.
"Eh,akak.Yelah!Papa dah balik ke akak? Dah boleh makan?"
"Dah,jom.Mama dah panggil dah tu."ajak Ezzleana sayu melihat adiknya yang kepenatan itu.
Setelah selesai makan,mereka naik ke atas.Ezz dengan komputer ribanya,Mina dengan novelnya,manakala Aiman dengan whatsaapnya.
🔽🔳🔼🔲🔽🔳🔼🔲
Dalam bab ni pulak,saya menunjukkan watak romantik dari Encik bengis, dato' Hisham.Tak sangka kann,dia mintak anak dia buatkan present untuk ibunya.Tu pun untuk anniversary? Biar betull..Hihihi..keep vote and comment yaa... Untuk bab depan ni,saya x buat byk, sbb sibuk dgn kerja skolah dan exam.Mintak maafya.. Kamsahamida..Uish..main bahasa Korea pulak..
YOU ARE READING
Bestfriendku Suamiku?
Teen Fiction"Paa.. Kenapa Ezz kana kahwin dengan Akmal? Dia tu kawan baik Ezz kot", soal Ezzleana sayu. "Papa tak tau nak cakap apa Ezz,Ezz kena jugak kahwin dengan anak kawan papa.Papa dah buat perjanjian,jadi papa kena tunaikan. Papa minta maaf sayang.."j...