BAB 7

68 7 0
                                    

"Macamana kalau Akmal dengan Ezz tau pasal benda ni?" soal Dato' Hisham kepada partnernya.

"Kita bagitau diorang dekat hujung tahun ni.Majlisnya disediakan kaum perempuan atau lelaki?" Dato' Kamarul bersuara.

"Mana-mana pun tak kisah.Terpulang pada kaulah, Rul."jawab lelaki itu.

Dato' Hisham mengemas kertas yang perlu ditandatanganinya lalu diletakkan di atas meja pejabatnya.Dia membuka pintu pejabat dan terus meluru ke kantin bangunan Syarikat Perdana Holding sdn.bhd.

×××××××

Kereta mewah milik keluarga Hisham tiba di perkarangan rumah itu.Ezzleana terhuyung-hayang keluar daripada kereta.Sesungguhnya dia amat penat dan letih semalaman mengulangkaji pelajaran.

"Isyak nanti nak kene pergi tuition lagi..Haaii.." Ezzleana mengeluh.

Ezz dan Akmal pergi tuisyen bersama kerana mereka belajar dengan guru tuisyen yang sama.Irfan pula pergi ke tempat yang agak jauh, manakala Sarah pula tidak ke tuisyen kerana kakak sepupunya mengajar kelas tambahan kepadanya di rumah.

Pak Karim, pemandu kereta itu membantu Ezzleana mengangkat beg yang berat dan penuh dengan buku itu.

Tiba di dalam bilik, dia terus melompat ke katilnya macam singa dah jumpa 'dinner'. Ezz adalah singa manakala katil saiz queen itu adalah mangsanya.Ish ish..camtulah tabiat remaja sekarang.

×××××××

"Ezz, cepatlah! Pak Karim dah tunggu dah anak oi.." jerit datin Fatimah kepada anak perempuan sulungnya.

"Ish! Budak ni kalau bersiap, jangan cakaplah, siput pun kalah" kali ini abangnya Aiman mencelah.Macam mak nyah pulak.haha..

"Tau lah.." jawab Ezzleana sepatah.

"Taulah yang adik abang sorang ni siput.Hahaha.."

"Apa-apa jelah"

Dia terus menyarung kasut but hitamnya dan menggalas beg L.V nya.Seketika kemudian, dia menyalam ibu, ayah dan abangnya yang tercegat di depan pintu itu.

"Hati-hati!" pesan ibu tersayang.

Di dalam kereta, dia menghantar whatsaap kepada Akmal.

"Akmal kuar cepat, aq dah nak sampai rumah kau dah ni.."

"Dah lama aku jadi tunggul depan pintu umah aku sendiri" balas Akmal.

Ezzleana tersenyum malu kerana mengaku dia agak lambat tadi.Tiba juga mereka di depan rumah Akmal.

"Hehehe..Sorry.."

"Senang je kau kan." Akmal menjawab dalam nada merajuk.Ezzleana mendekatkan mukanya.

"Janganlah merajuk..Sedih aku tengok kau ni" pujuk Ezzleana.'Ishh! Janganlah buat muka macam tu Ezz.Aku tak boleh tengok kecomelan kau ni tau tak..' kata-kata itu hanya terluah di dalam hati sahaja.

"Nak tau tak muka kau macamana bila buat macamtu?" kata Akmal.

"Comel?" balas Ezzleana.

"Macam nak kena lima jari je."balas Akmal selamba.

"Whaat!?"

×××××××

Markah peperiksaan percubaan SPM akhirnya keluar juga.Ezzleana, Sarah, Akmal dan Irfan melompat riang apabila keputusan mereka masing-masing cemerlang.

"Tak sangka betullah aku boleh dapat 8A's." Teriak Sarah.

"Exam nanti, kita semua mesti dapat straight A's tau.Janji?" Irfan bersuara.

Bestfriendku Suamiku?Where stories live. Discover now