SINOPSIS

138 8 0
                                    


SINOPSIS CINTA KE BENCI?

Putri Erina Batrisya, seorang gadis genit yang sangat polos, berkawan dengan seorang jejaka tampan yang bernama Aidil Zafran. Segala suka dan duka mereka bersama. Namun takdir telah memisahkan mereka.

Takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menyangkalnya. Kerana takdir ALLAH jualah telah menemukan kembali dua insan ini. Pertemuan semula antara dua hati ini telah mencambahkan lagi cinta yang sedia ada di hati Aidil Zafran. Namun tidak pada sekeping hati milik Putri Erina Batrisya.

Baik Zafran mahupun Erina, kedua-duanya tergamam saat mendengar rancangan untuk menyatukan mereka dalam ikatan yang sah.

'Aku tak boleh kahwin dengan Zaf. Dia kawan aku. Aku harus gagalkan rancangan ibu ni. Tak rela aku kahwin dengan sahabat sendiri.' ~Putri Erina Batrisya~

Mana mampu Erina menerima Zafran sedangkan di hati cuma mengganggapnya sebagai teman. Mana mungkin Erina mencintai Zafran sedangkan mereka membesar dan melalui suka duka bersama...

Zafran pula sebaliknya, dari mula kenal Erina sehingga besar, dia amat mencintai dan menyayangi Erina. Bagi Zafran setiap kesabaran itu akan muncul kebahagiaan, kerana Zafran percaya akan takdir ALLAH.

'Hanya aku yang tahu dimana kedudukan Putri Erina Batrisya dalam hatiku.' ~Aidil Zafran~

Pelbagai dugaan telah ditempuh. Kehadiran bekas kekasih yang menagih kembali cintanya benar-benar menyesakkan kepala. Erina runsing. Sudah pelbagai cara dilakukan untuk menyedarkan Khuzaimi akan kebenaran bahawa cintanya bukan lagi buat jejaka itu.

Saat dia keseorangan, sering kali wajah Zafran menari di matanya. Mindanya seolah tidak mahu melepaskan wajah itu. Terkadang dia merasa hairan apakah dia mula jatuh cinta pada si jejaka? Saat melihat Camelia si minah gedik yang cuba menarik perhatian Zafran, dia merasa satu perasaan aneh mula menyelinap ke dalam hati. Cemburu? Ya! Dia cemburu.

Apabila Zafran menjauhkan dirinya Erina mula merasa kehilangan. Antara CINTA dan BENCI keduanya wujud dalam hati seorang gadis polos tetapi ego seperti Putri Erina Batrisya.

Namun tanpa dia sedari hatinya mula tertarik akan keperibadian Zafran. Di dalam perasaan benci wujudnya sayang buat Zafran. Di dalam sayang hadirnya perasaan cinta. Dapatkah mereka mengharungi dugaan demi dugaan yang mendatang? Apakah tindakan Khuzaimi saat dirinya terus-terusan ditolak oleh Erina? Mampukah Camelia menerima kenyataan bahawa tiada ruang buatnya di dalam hati Zafran?

CINTA KE BENCI?Where stories live. Discover now