BAB 8

31 2 0
                                    

KINI genaplah sudah sebulan umat Islam berpuasa. Tibalah pula hari raya yang dinantikan. Usai menunaikan solat sunat Aildilfitri, Zafran dan Ain berkumpul untuk bermaafan bersama keluarganya.

"Ummi, along minta ampun minta maaf seandainya pernah mengguris hati ummi. Maaf juga kerana terlebih nakal ya ummi," ujar Zafran lantas mencium tangan Puan Linda.

"Ya, ummi ampunkan." Lantas Zafran mencium dahi umminya sebelum memberi laluan buat adiknya pula.

"Ummi, adik minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki ummi. Maaf kalau adik degil dan tak dengar cakap ummi ya," Puan Linda mengesat airmata yang luruh di pipi anak gadisnya itu.

"Ummi maafkan, ha! Kau orang tak ada duit raya ya tahun ni. Kau orang pun dah besar kan? Patutnya kau orang yang bagi duit raya pada ummi dan abi," seloroh Puan Linda pula. Encik Lazim ketawa mengekek mendengar usikan isterinya.

Zafran tersenyum mendengar gurauan umminya, serta merta ingatannya menerawang mengingatkan si dia yang jauh dari mata namun dekat di hatinya. Sedang asyik Zafran mengelamun bahunya disentuh lembut oleh Ain.

"Along berangan ya? Mesti ingat kak Rin kan?" soal Ain seraya mengjongketkan kening.

"Tau-tau saja la budak kecik ni," Zafran tersenyum seraya menarik hidung adiknya.

"Auchh! Sakitlah along," rengek Ain.

Zafran menghulur tangan pada Ain. Ain yang mengerti maksud abangnya itu pantas menyambut lalu diciumnya tangan itu. Sesi bermaafan adik beradik pun bermula.

"Maafkan adik kalau adik terlebih bergurau dengan along ke apa sebelum ni ya? Adik sayang along. Selamat hari raya aidilfitri along. Adik doakan agar along cepat-cepat kahwin. Adik nak tengok abang kesayangan adik bahagia untuk selamanya," ucap Ain dengan telus.

"Maafkan along juga. Along pun selalu je sakat Ain. Terima kasih juga dik. Kalau bukan sebab adik along ni, mungkin sukar agaknya along nak bertemu dengan Kak Rin. Terima kasih atas doanya," ucap Zafran lantas mengucup dahi adik kesayangannya.

Usai bermaafan sesama mereka, Ain dan Zafran mengatur langkah ingin menyalami Encik Lazim yang baru sahaja melabuhkan punggung di sisi umminya.

"Abi, along minta ampun minta maaf andai abi ada terasa hati dengan along selama ni ya. Maafkan along juga andai terkasar bahasa dan terlebih degil," tutur Zafran seraya menyalami tangan kekar abinya.

"Abi ampunkan along. Abi harap along pun maafkanlah kalau selama ni abi ada mendesak along melakukan sesuaratu. Soal kahwin ke apa ya," ujar Encik Lazim lantas dia mencium ubun-ubun anak sulungnya.

"Abi doakan along agar along menemui kebahagiaan along ya."

"Sentiasa abi doakan. Abi tahu apa yang ada dalam hati along," bisik Encik Lazim di telinga Zafran. Zafran mengerut dahi tanda hairan.

"Cepatlah along. Adik nak beraya dengan abi juga. Ish! Lambat betullah," sungut Ain. Dengan sengaja dia menyiku lengan abangnya itu.

"Eh dia ni baru minta maaf dengan along dah nak buat hal?" omel Zafran. Ain hanya menayang sengih.

"Adik minta ampun, minta maaf ya abi. Adik tahu selama ni adik nakal..."

"Eh, sedar rupanya yang adik tu nakal?" sakat Zafran lantas mengekek ketawa.

"Along..." tegur Puan Linda dan Encik Lazim serentak. Zafran tersengih saja. Ain menjelirkan lidah pada abangnya. Padan muka! Kacau orang lagi.

"Maafkan adik kalau selama ni adik selalu susahkan hati abi. Maafkan adik ya. Kosong-kosong tau abi," sambung Ain.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA KE BENCI?Where stories live. Discover now