BAB 4

58 5 0
                                    

"YA ALLAH, bertuah punya anak. Along bangun, makan sahur. Aidil Zafran bangun cepat." Panggil Puan Linda seraya menggoncang lembut tubuh Zafran.

"Pukul berapa ni ummi?" soal Zafran malas.

"Dah pukul 4.45 ni, cepat sikit," gesa Puan Linda.

"Ya la, kejap lagi along turun makan ya, nak cuci muka dulu," ujar Zafran sambil menahan kantuknya.

Puan linda menggeleng kepala melihat tingkah anak sulungnya. Setelah Zafran bangun dari pembaringan barulah dia mengatur langkah keluar dari bilik anak terunanya itu. Setelah membasuh muka dia turun ke dapur. Dia menarik kerusi di sebelah adik kesayangannya.

"Apa lagi along. Cepat baca doa makan," arah abinya. Zafran menadah tangan. Lalu dia membaca doa makan dengan lancarnya.

Puan Linda tersenyum menatap wajah-wajah kesayangannya itu. Tidak dapat dia bayangkan kehidupan tanpa anak serta suaminya itu. Jika sehari ketiadaan mereka saja dia sudah merasa seperti patah kaki dan tangan. Apatah lagi andai dia kehilangan salah seorang dari mereka. Sungguh ngeri untuk dia membayangkannya.

"Sayang ni kenapa? Makanlah cepat. Yang termenung depan rezeki kenapa?" tanya Encik Lazim pada isterinya yang tercinta.

Puan Linda menggeleng kepala laju. Dia menyudahkan suapan terakhirnya. Setelah itu dia mengangkat pinggan ke singki. Ain turut membantu umminya mengemas meja makan. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Segera dia menyudahkan kerjanya. Kemudian terus sahaja dia mendekati abangnya yang sedang duduk di buaian di luar rumah.

"Assalamualaikum along. Boleh adik duduk kat sini?" soal Ain lantas tanpa menunggu jawapan Zafran terus saja dilabuhkan punggung bersebelahan abangnya.

"Waalaikumussalam, pandai-pandai je adik duduk eh? Along tak bagi kebenaran pun." Seloroh Zafran sambil mengeyitkan mata nakal.

"Along!!!" Zafran hanya tersengih melihat wajah bengang adik kesayangannya itu.

Zafran sangat rapat dengan adiknya itu. Maklumlah mereka hanya dua beradik saja. Kemana-mana pasti akan berdua. Kadang-kadang hingga membuatkan orang salah tanggapan pada mereka. Ada yang menyangka mereka sepasang kekasih. Namun Zafran tidak pula menjelaskan perkara sebenar tatkala ada yang salah faham. Bukan apa, sekurang-kurangnya salah faham itu akan mematahkan angan-angan mereka yang ingin menjadikan dia sebagai menantu.

"Along, nanti temankan adik," pinta Ain seraya melentokkan kepala di bahu abangnya.

Berkerut dahi Zafran mendengar permintaan adiknya itu. Dia menoleh sekilas pada si adik. Ni kalau dah menyendeng manja ni mesti ada sesuatu yang dia rahsiakan.

"Teman ke mana? Jumpa boyfriend erk? Tak mau lah along." Seloroh Zafran.

"Nak jumpa boyfriend tak payah ajak along. Kacau daun je," ujar Ain selamba lantas disambut ketawa Zafran.

Ain menyimpul senyum melihat wajah si abang. Sebentar saja lagi along. Adik janji along pasti gembira seperti mana along bahagia 12 tahun lepas. Adik janji along. Adik harap along dan 'dia' takkan terpisah lagi.

Puan Linda hanya memerhati anak-anaknya bergurau senda. Senang hatinya melihat situasi itu. Tiba-tiba terlintas di fikiran andainya Zafran sudah berkahwin pasti rumahnya akan sunyi, kerana Zafran seorang yang ceria dan selalu saja menyakat adiknya, kadang-kadang sehingga menangis Ain dibuatnya.

"Please along, teman la adik. Jom lah," rengek Ain sambil menggoncang tubuh Zafran.

"Erm," Zafran hanya mengumam. Tidak tahu harus bicara apa lagi. Andai tidak diturut pasti adik kesayangannya itu merajuk. Lagipun dia tiada apa-apa aktiviti untuk dibuat. Kedai keknya juga ditutup untuk sementara untuk renovation.

CINTA KE BENCI?Where stories live. Discover now