BAB 7

29 2 0
                                    

PUAN ZAITON merasa hairan tatkala melihat pelbagai bahan basah yang diletakkan di atas meja serta singki. Kelihatannya mereka akan menerima tetamu saja. Tetapi siapa yang ingin bertandang ke rumahnya? Dia sendiri tidak punya jawapannya. Tingkah Erina yang lincah membuat kerja itu menarik perhatiannya.

"Putri..." panggil Puan Zaiton membuatkan Erina menoleh sekilas padanya sebelum menyambung kembali kerjanya.

"Ya bu. Kenapa?" tanya Erina sambil tangan masih tidak berhenti memotong sayur.

"Ni nak buat apa dengan ikan siakap, sotong, udang, ayam segala bagai ni? Banyak sangat ni Putri. Tak membazir ke nanti?" soal Puan Zaiton hairan.

Erina hanya tersenyum mendengar soalan ibunya. Lantas tanpa menjawab soalan terus sahaja dia membersihkan ayam, sotong, udang dan ikan yang disiangnya sebentar tadi. Di dalam kepala mula membayangkan riak gembira yang bakal terukir di wajah si ibu dan ayah.

"Ish, budak bertuah ni... ibu tanya boleh pula senyum macam kerang busuk. Ni nak buat apa banyak-banyak. Membazir je. Tak usah la masak banyak-banyak. Kita makan bertiga saja Putri," leter Puan Zaiton pada anak tunggalnya itu.

"Ala, bu sekali sekala kan? Ibu kan dah lama tak makan masakan Putri," ujar Erina seraya mengedipkan mata berkali-kali.

"Suka hati kamulah. Jangan sampai membazir sudah!" tegas Puan Zaiton seraya mengatur langkah menuju ke ruang tamu.

Sepanjang hari itu Erina langsung tidak berenggang dari HTCnya. Gajet itu sentiasa berada di genggamannya. Sesekali dia menjeling HTC yang sepi tanpa sebarang sms mahupun panggilan.

ZAFRAN mencapai telefonnya yang diletakkan di dashboard kereta. Dia menekan keypad untuk menghantarkan sms kepada Erina. Gembira rasa hati apabila membayangkan pertemuan yang akan menjadi momentum terindah sebentar sahaja lagi. Sekaligus dapat juga dia melepaskan rindunya pada Erina. Wah! Tak sabar pula rasa hati. Erina tunggu Zaf datang.

+Awak masak sedap-sedap okey :) saya dah nak gerak ni. Take care.

Baru saja ingin meletakkan HTC di dalam kocek seluar tiba-tiba HTCnya bergetar menandakan ada sms yang diterima.

+Drive carefully okay :)

Zafran tersenyum manis. Tanpa membalas sms tersebut dia menyimpan telefonnya di dalam saku seluar. Lantas dia menghidupkan enjin kereta sebaik sahaja terlihat susuk tubuh ummi dan abinya yang baru saja melangkah keluar dari rumah. Adiknya, Ain awal-awal lagi sudahpun masuk ke dalam kereta.

"Kita nak ke mana sebenarnya ni?" soalan pertama yang meniti di bibir Puan Linda membuatkan senyuman di bibir Zafran semakin lebar.

"Ha'ah along, nak ke mana sebenarnya kita ni?" soal abinya pula.

"Abi dengan ummi duduk diam je kat belakang. Nanti dah sampai tahu la," ujar Zafran penuh makna tersembunyi.

"Ish, budak bertuah ni, rahsia-rahsia la pula," marah Puan Linda pada anak lelakinya itu. Marah-marah manja je.

Ain hanya tersenyum melihat wajah kelat umminya. Dia mengerling Zafran di sebelah pemandu lantas tersenyum senget. Setelah memastikan pintu berkunci dia mengundurkan kereta lalu dia memulakan pemanduan dengan lafaz bismillah.

SEMENTARA ITU di rumah Erina sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa bersama 'tetamu istimewanya'. Pelbagai juadah sudah disediakannya tanpa dibantu oleh sesiapapun.

Eheh, pandailah juga aku masak kan? Siap dengan tom yam campur, siakap stim, telur dadar. Sambal belacan pun ada. Ini dah kira bagus. Macam nak sambut bakal mertualah pula aku ni. Tak over sangat ke aku masak banyak-banyak ni? Desis Erina di dalam hati. Setelah makanan terhidang di atas meja baharulah dia terfikir. Takut juga membazir nanti. Harap tidak membazirlah. Jika tidak, pasti dia akan dileteri ibu kesayangannya nanti.

CINTA KE BENCI?Where stories live. Discover now