PROLOG

75 1 0
                                    

 "SIAPA nama kau?" soal seorang kanak-kanak lelaki yang muncul tiba-tiba. Kanak-kanak perempuan itu sudah menggigil ketakutan. Takut melihat wajah kanak-kanak lelaki yang bengis itu. Dia tunduk menekur tanah.

"Woi, kau pekak ke? Aku tanya ni!" Marah kanak-kanak lelaki itu. Sepantas itu dia menolak tubuh kanak-kanak perempuan tersebut. Setelah melihat gadis kecil itu mengalirkan airmata, dia berlalu begitu saja. Langsung tiada belas kasihan tatkala melihat airmata gadis kecil itu mengalir. Geram dirasakannya kerana gadis kecil yang diminatinya itu tidak pernah melayannya.

Erina tersentak apabila bahunya ditepuk dari belakang. Dilihatnya ada sesusuk tubuh kanak-kanak lelaki lain menghulurkan tangan untuk membantunya bangun. Segera dia mencapai tangan itu.

"Terima kasih tolong kita," ucap Erina sambil menundukkan wajah.

"Kau tak apa-apa ke? Berdarah banyak tu. Mari aku tolong," ujar kanak-kanak lelaki itu pula. Erina terpana seketika.

"Nama aku Zafran. Siapa nama kau? Kenapa budak gemuk tu tadi tolak kau?" soal Zafran sebaik saja selesai meletakkan plaster di kaki Erina yang luka itu.

"Sa... err... aku Erina. Budak gemuk tu tanya nama aku. Tapi aku tak jawab soalan dia. Lepas tu dia pun tolak aku. Jahat kan dia? Benci!" adu Erina juga selesa menggunakan aku-kau. Dia tersenyum manis pada Zafran. Zafran turut membalas senyumannya.

"Kau jangan layan sangat budak gemuk tu. Dia memang suka buli budak comel macam kau." Erina tersipu malu. Dia puji aku comellah. Ei, sukanya.

"Mulai hari ni kita kawan okey?" ujar Zafran sambil tersenyum lebar. Erina menggangguk kepala setuju. Zafran menarik tangan Erina. Erina pula mengekori setiap langkah Zafran tanpa bantahan. Entah mengapa hatinya merasa girang dikala ini. Jika boleh ingin saja dia memberhentikan waktu. Agar detik indah itu tidak berlalu pergi dengan pantasnya. Namun mana mungkin itu terjadi. Kerana dia bukanlah TUHAN untuk mengubah setiap kejadian.

CINTA KE BENCI?Where stories live. Discover now