BAB 3

57 3 0
                                    

"KAK, bagi saya tiket Wayang Fast And Furious 7. Nak 2 tiket ya kak," ujar Erina lantas tersenyum pada gadis penjual tiket.

Usai membeli tiket, mereka menunggu selama setengah jam sebelum masuk untuk menonton wayang. Erina mengatur langkah berhati-hati tidak mahu berlanggar dengan penonton lain. Bimbang juga andainya ada insan tidak bertanggungjawab meraba dirinya. Zaman sekarang bukan boleh percaya pada sesiapa. Kerana lebih ramai yang menjadi gunting dalam lipatan. Sering mengambil kesempatan di atas kesulitan. Huhu...

"Ramainya orang," bisik Erina.

Nadia mengangkat jari telunjuk lalu diletakkan di bibir isyarat agar Erina tidak membuat bising. Erina berdecit melihat isyarat yang ditunjukkan Nadia. Erina memaku pandangan ke arah skrin yang mula dimainkan. Sesekali dia menguyah popcorn sambil mata tidak lepas pandang ke arah skrin.

Zafran tidak dapat menumpukan terhadap wayang yang sedang dimainkan. Entah mengapa debaran di hati semakin menggila. Dia memusingkan badan ke kiri dan kanan. Namun satu apa pun tiada menarik minatnya hinggalah matanya menangkap kelibat 'seseorang'.

Spontan bibirnya mengukirkan senyuman. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat. Bertambah girang hatinya saat gadis genit itu duduk sebaris kerusi yang didudukinya.

Wayang yang sedang dimainkan sudah tidak menarik minat Zafran. Kerana matanya itu tidak lepas langsung dari menatap wajah gadis genit itu. Bukan Faiz tidak sedar, dari tadi Zafran lebih banyak menumpukan perhatian terhadap gadis genit yang duduk sebaris dengan mereka dan hanya sesekali Zafran dilihatnya memandang ke arah skrin wayang.

Erina merasa tidak selesa saat terasa dirinya diperhatikan seseorang. Lantas dia memberanikan diri menoleh pada sebelah kanannya. Sesaat! Dengan segera dia melarikan pandangan tatkala sepasang mata redup si jejaka turut merenung tepat ke arahnya.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Eh, tiba-tiba pula hati aku berdegup kencang. Macam nak melompat keluar jantung aku ni. Dah kenapa? Dan... kenapa aku rasa Zafran dekat sangat dengan aku bila aku pandang mamat ni? Hati Erina bertingkah sendiri. Senyuman dia ada iras-iras Zafran. Tapi... Ah! Mana mungkin. Bukankah Zafran berpindah ke Johor? Bukannya Kuala Lumpur. Sudahlah Erina. Janganlah kau terlalu berharap untuk bertemu dengannya kerana nanti kau juga akan kecewa bila mana jawapan yang kau nantikan adalah negative.

Entah berapa lama Erina mengelamun sedar-sedar saja bunyi yang tadinya hingar binger sudah menjadi sunyi sepi. Erina melihat keadaan sekeliling panggung wayang tersebut. Erk? Mana Nadia?

"Maaf, boleh ketepi sikit?"

Erina memanggung kepala untuk melihat gerangan orang yang bersuara itu. Pantas dia bangun untuk memberi laluan pada jejaka-jejaka itu. Melihat saja pandangan jejaka yang asyik merenungnya itu membuatkan getaran di dada kembali bergendang. Dia menelan liur menahan gemuruh.

Tanpa sebarang pamitan Erina melangkah kaki menjauhi jejaka itu. Dia menenangkan hati dengan zikrullah. Perasaan gemuruh masih terasa. Namun cepat-cepat dia mengusir rasa aneh yang kian menjalar di dalam hati itu.

Zafran hanya melibat susuk tubuh gadis itu hingga hilang dari pandangan. Entah mengapa perasaan hampa membelit diri tatkala melihat figura gadis genit itu pergi dari pandangan mata. Dia amat berharap agar gadis itu menoleh ke arahnya di belakang. Namun hampa.

"Zaf, aku nak tanya kau sikit boleh?" soal Faiz setelah kelibat Erina kian menjauh. Zaran menjongket kening.

"Kau nak tanya apa?" soalan dibalas dengan soalan. Lemah suaranya bertanya.

"Erm, aku sebenarnya kan, hairan dengan kau. Dari tadi kau macam resah je. Kenapa? Ada sesuatu yang menggangu fikiran kau ke?" tanya Faiz lagi.

Zafran menarik nafas dalam. Dia berkira-kira untuk menceritakan apa yang dirasakan kini ataupun tidak. Melihat wajah ingin tahu Faiz dia akhirnya menceritakan firasatnya. Faiz terdiam sambil mengganggukkan kepalanya.

CINTA KE BENCI?Where stories live. Discover now