BAB 6

35 2 0
                                    

ZAFRAN tersenyum melihat umminya itu. Janji! Ya, kerana janjilah umminya bermasam muka dan tidak mahu membalas senyuman yang disedekahkan. Dia tahu itu. Dan dia yakin hati umminya akan lembut andai mendengar berita yang ingin disampaikan. Dia menarik nafas dalam sebelum memulakan kisah pertemuan semula antara dia dan juga Erina.

"Ummi," panggil Zafran lembut.

Puan Linda menoleh ke arah anak sulungnya. Dia memaksa bibir untuk tersenyum.

"Abi, ummi dan juga Ain. Okey pertama sekali along minta maaf kerana rahsiakan perkara ini. Cuma along dan juga adik yang tahu berita yang along nak sampaikan," Zafran masih bermain dengan kata-kata.

"Sebenarnya apa yang ingin along beritahu?" soal Puan Linda. Nada pertuturannya kedengaran lembut saja.

Zafran tersenyum mendengar suara umminya. Lantas dipeluk erat bahu umminya. Ain yang duduk di sisi dikerling sekilas. Dia meleraikan pelukan. Jemari ummi dan abi digenggam kemas. Ain menggangukkan kepala memberi isyarat agar abangnya itu meneruskan ceritanya.

"Cepatlah cakap. Apa dia? Ummi tak sabar nak tahu."

"Okey, sebenarnya along baru saja bertemu dengan Erina. Dia tak jauh dari kita ummi. Percayalah dia sentiasa dekat dengan kita, cuma kita yang tidak sedar." Tutur Zafran tenang.

"Betul ke ni? Rin? Put... Putri Erina Batrisya? Betul ke ni along? Betul along dah jumpa Erina? Masya-ALLAH, leganya hati ummi dengar." Spontan ucapan syukur bergema di dalam hati. Puan Linda seakan tidak mempercayai akan perkara yang baru disampaikan oleh anaknya.

Bersinar-sinar mata Encik Lazim tatkala mendengar ujaran anaknya. Di dalam diam dia memanjatkan syukur kerana ALLAH telah menemukan semula anaknya dengan Erina. Kerana jauh di sudut hatinya dia tahu benar anaknya itu sedang sarat menanggung beban. Bebanan perasaan terhadap insan yang tidak pernah tahu isi hatinya. Dan dia juga tahu bahawa anaknya itu sebenarnya mencintai gadis itu setulus hati. Moga kebahagiaan sentiasa bersamamu nak, doanya di dalam hati.

"Betul ummi, adik pun dah jumpa kak Rin. Tak sangka BUTIK ZAFRIN tu rupanya butik kak Rin," ujar Ain menahan tangis kerana terlalu gembira.

"Nanti bawa ummi jumpa Rin. Kalau susah sangat bawa saja Rin berbuka puasa bersama kita ya. Ummi dah rindu sangat pada Rin. Boleh kan along?" pinta Puan Linda penuh mengharap.

"Insya-ALLAH," janji Zafran pada umminya.

"Eh! Baru adik sedar satu perkara. Nama butik kak Rin dan juga nama kedai along sama. ZAFRIN. Ada makna yang tersirat ke?" tanya Ain sambil tersenyum nakal.

Zafran tersenyum mendengar soalan nakal adiknya itu. Tanpa menjawab terus sahaja dia berlalu menuju ke biliknya. Bersama satu azam. Satu tekad dia berjanji pada diri untuk menemukan kedua buah keluarga yang sudah terpisah lama.

ERINA tersenyum girang. Akhirnya dapat juga pulang berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Dia menyanyi kecil mengikut lagu yang diputarkan di corong radio Hot Fm. Dia menguatkan suara radio apabila mendengar lagu balik kampung yang pernah dipopularkan Arwahyarham Tan Sri Sudirman.

Balik kampung

Oo... balik kampung

Hati girang...

Sedang asyik Erina memandu tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Lantas dia memberikan signal lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan.

"Assalamualaikum," Erina terkedu mendengar suara lembut yang sedang menyapanya itu. Erk? Siapa pula call aku guna nombor telefon Zafran ni?

"Wa... walaikumsalam." Jawab Erina dengan penuh berhati-hati.

CINTA KE BENCI?Where stories live. Discover now