"Kamal ! Izhad pengsan !" jerit Shikin yang baru tiba dan terlihat Izhad sudah rebah.
"Takpa, aku hantar dia pergi hospital. Kau tolong settlekan hal kat sini. Ada sikit lagi tu." Ujar Kamal.
"Okay. Kau guna kereta aku dulu. Nanti apa-apa call aku." Balas Shikin.
Kamal segera memapah Izhad masuk ke dalam kereta.
"Kau kenapa Izhad ? Patutlah muka kau pucat."
Mereka tiba di depan pintu kecemasan.
"Nurse tolong. Kawan saya pengsan."
Segera jururawat di situ menolak Izhad yang sudah diletakkan di kerusi roda.
"Encik tunggu di luar dulu ya." Ujar salah seorang jururawat di situ.
Telefon bimbit Izhad yang dipegang Kamal tiba-tiba bergetar. Kamal mengangkat panggilan tersebut.
"Hello Ad. Kau kat mana ?" tanya Una.
"Hello." Balas Kamal.
"Err, hello. Ni macam bukan suara Ad. Awak siapa?"
"Saya kawan Izhad, Kamal. Izhad ada dekat hospital sekarang ni. Dia pengsan tadi."
"Ha !? Ya Allah. Macam mana keadaan dia? Dia dekat hospital mana?"
"Hospital berdekatan office kitorang."
"Okay, tunggu. Saya datang sekarang."
Una mematikan panggilan tersebut. Tangannya menggeletar. Airmata juga mengalir.
"Ya Allah Ad ! Kenapa dengan kau ? Kau sakit ke ?" tersedu-sedu Una.
Una tiba di hospital dan terus mencari parkir. Dia segera masuk ke ruang kecemasan.
"Awak kat mana? Saya dah tiba dekat ruang kecemasan ni."
"Saya pakai kemeja warna biru."
Melilau Una mencari Kamal.
"Okay, dah jumpa." Una mematikan panggilan.
"Kenapa dengan dia ? Macam mana boleh pengsan ?"
"Dia pengsan dekat construction site. Dia cakap dia pening kepala, nak ambik air dekat kereta. Tiba-tiba, officemate kitorang yang lain ternampak dia dah rebah."
Una menekup muka dengan kedua tangannya. Dia terus menangis kerana terlalu risau Izhad.
"Awak bersabar ya. InsyaAllah dia takda apa-apa."
"Saya risaukan dia. Saya taknak apa-apa jadi pada dia."
"Iya saya tahu. Saya tahu awak sayangkan dia."
"Mana awak tahu saya sayangkan Ad?"
"Izhad selalu cerita pasal awak dekat saya. Dia kata awak tetap sayang dia walau dia pernah reject awak dulu."
Air mata Una mengalir mendengar kata-kata Kamal.
"Izhad Khalis ?" tanya salah seorang doktor di situ.
"Iya saya kawan dia. Macam mana dengan dia ?" tanya Kamal.
"Dia dah dimasukkan ke wad biasa. Dia nak jumpa dengan Encik Kamal."
"Okay, terima kasih doktor."
"Saya nak ikut awak."
"Em, okay."
"Izhad, kau okay tak?" tanya Kamal apabila dia melihat Izhad yang terbaring di katil hospital.
"Una. Kau buat apa kat sini ?"
YOU ARE READING
Cinta Di Sana
Lãng mạnIzhad Khalis dan Husnatul Syara sudah lama berkawan sejak sekolah rendah lagi. Walaupun terpisah seketika, mereka bertemu semula apabila mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di tempat yang sama. Namun kehidupan Husnatul Syara berubah setel...