Hari demi hari berlalu, tinggal seminggu lagi semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ma, harini Una tak balik buka puasa tau. Una buka puasa dengan officemate."
"Ha yelah. Habis kamu pergi terawih dengan kami ke tak ?"
"Rasanya tak kot. Una pergi dengan diorang nanti."
"Okaylah macam tu. Jangan balik lewat sangat. Ha, sebelum kamu pergi kerja, mama nak cakap, Zukri dah balik Malaysia semalam."
"Oh."
"Oh je ? Taknak jumpa dia ?"
"Taknak lah. Nanti raya jumpa jugak kan."
"Eh kamu ni. Orang lain seronok kalau dapat jumpa bakal suami. Kamu pulak taknak."
"Una dah lambat pergi kerja ni. Una pergi dulu ma."
"Ish budak ni. Ada je nak mengelak."
Una menyalam mamanya dan terus keluar dari rumah.
---
"Harini plan nak buka puasa dekat mana ?" tanya Irfan.
"Ada satu kedai makan tu, makanan dia sedap-sedap. Jomlah." Ujar Shahril.
"Dekat mana ?"
"Tak silap, nama kedai tu Titanium Café. Macam-macam ada. Western pun ada."
"Taknak lah kedai tu." Ujar Una.
"Kenapa pulak Syara ? Kau ni pelik betullah."
"Takda apa-apa. Ha, aku ada cadangan satu kedai ni. Makanan utama, nasi Arab. Kita pergi situ nak ?"
"Ha boleh jugak. Dah lama aku tak makan nasi Arab." Ujar Irfan.
"Ha, okay set. Aku ada contact number kedai tu. Nanti aku tempah meja."
"Okay nice." Ujar Irfan.
---
Selesai sahaja berbuka puasa, mereka terus menuju ke sebuah masjid berdekatan.
"Kitorang pergi dulu tau." Ujar Layla.
"Okay, nanti tunggu semua dah keluar baru balik tau." Ujar Irfan.
Una dan Layla pergi ke ruang solat wanita.
Selesai sahaja melakukan solat terawih 8 rakaat, Una dan Layla pun keluar.
"Ramai jugak buat 8 rakaat je kan. Tengok tu ramai yang keluar."
"Haah kan." Balas Una.
"Syara, kau pergi kereta dulu lah. Aku sakit perut lah pulak. Nak pergi tandas kejap."
"Ish kau ni, ha yelah. Sini aku pegang telekung kau."
Una menuju ke kereta Axia miliknya. Telekung diletakkan di dalam kereta. Una mengambil botol air yang terdapat di dalam keretanya.
Dia bersandar di hadapan keretanya sambil meneguk air. Ketika dia ingin memasukkan semula botol air ke dalam kereta, dia terpijak batu dan hampir tersadung. Botol air tidak bertutup yang dipegangnya tertumpah pada seseorang.
"Haaa, alamak. Sorry, sorry. Saya tak sengaja. Saya terpijak batu ni. Sorry sangat-sangat. Baju awak basah. Kejap saya ambik tisu." Kelam kabut Una mengambil beberapa helai tisu di dalam kereta.
"Tak apa. Awak tak sengaja. Nanti kering lah baju ni. Awak okay tak ?" ujar pemuda itu.
"Err, saya okay. Minta maaf ya. Sini saya lap tempat yang basah tu."
YOU ARE READING
Cinta Di Sana
RomanceIzhad Khalis dan Husnatul Syara sudah lama berkawan sejak sekolah rendah lagi. Walaupun terpisah seketika, mereka bertemu semula apabila mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di tempat yang sama. Namun kehidupan Husnatul Syara berubah setel...