Lagi 4 bulan sahaja mereka bakal disatukan. Persiapan mereka juga sudah hampir selesai.
"U, jom keluar kejap."
"Okay, tunggu I kat tempat biasa okay."
"Harini kita pergi taman je boleh ?"
"Emm, okaylah. Tunggu I."
"Ma, Una nak keluar kejap jumpa Ad."
"Okay, jangan balik lewat sangat."
"Okay ma."
Una terus menghidupkan enjin kereta dan membuka pintu pagar. Kereta Axia milik Una berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah.
"U dekat mana ?" tanya Una apabila sudah tiba di taman.
"Dekat pondok."
Melilau mata Una mencari Izhad.
"Okay, dah jumpa."
"Hai Una."
"Hai Ad. Kenapa nak jumpa ? Rindu eh ?"
Izhad tersenyum.
"Hari-hari I rindu U. Taklah, takut ini pertemuan terakhir kita ke."
"Ad, please. Dah janji kan taknak cakap pasal ni lagi."
"I risau pasal diri I."
"I berkali ganda risau pasal U. Dahla, jangan cakap pasal ni lagi okay."
"Emm, okay. Esok U ada plan nak pergi mana-mana?"
"Rasanya takda. Why ?"
"Kita pergi tempah kad kahwin esok ?"
"Eh, kita dah tempahlah. Dah dapat pun. U lupa ke ?"
"Dah tempah ke ? Bila ?"
"2 bulan lepas sayang. Lupa ke ?"
Izhad hanya diam.
"Ad, are you okay ?"
"Yes, I'm okay. Em, kalau macam tu kek la kita belum tempah kan."
"Kek pun dah Ad. Baru minggu lepas kita pergi tempah. Itu pun U lupa ke ?"
"Sorry. I lupa."
"It's okay. U tak payah fikir sangat. I kan ada. Ni U dah makan belum ?"
"Dah. Takpalah, jom I belanja U minum."
"Okay, jom."
---
"Bang, Limau Ais 2."
"Makan ?" tanya pekerja di situ.
"Makan tak. Minum je. Terima kasih." Ujar Izhad.
"Lagi 4 bulan je Ad. I rasa nervous pulak."
"Kenapa U yang nervous pulak ? I yang pegang tangan tok kadi nanti. U duduk diam je dekat tepi."
"Iyalah, I tau. Tapi, nanti status tu berubah. I dah jadi isteri orang. Isteri kepada Izhad Khalis."
"Yes. I pun akan jadi suami U."
"Make sure U jangan salah sebut nama I. Sekali lafaz okay. Janji tau ?"
"Baiklah Husnatul Syara binti Zarul Amin."
"Yeay ! Betul pun."
"Limau Ais 2 ya."
"Okay bang, terima kasih. Bayar sekali lah."
"Oh, semuanya RM3.00."
"Okay ni dia duitnya. Terima kasih."
"Sama-sama." Pekerja itu beredar dari situ.
YOU ARE READING
Cinta Di Sana
RomanceIzhad Khalis dan Husnatul Syara sudah lama berkawan sejak sekolah rendah lagi. Walaupun terpisah seketika, mereka bertemu semula apabila mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di tempat yang sama. Namun kehidupan Husnatul Syara berubah setel...