Part 10

52 3 0
                                    

Hampir 2 jam Una dan yang lain menunggu di luar bilik pembedahan.

"Ma, Una nak pergi solat Zohor dulu."

"Okay. Jomlah, mama pun nak solat. Irina ?"

"Sorry. Irina cuti."

"Okay faham. Kami pergi dulu."

Una mengambil wudhu' kemudian memakai telekung yang disediakan. Dia menunaikan solat dengan penuh khusyuk sekali. Selepas memberi salam, dia berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, kaulah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. kau permudahkanlah urusan pembedahan yang dilakukan ke atas Izhad Khalis. Kau sembuhkanlah dia dari penyakit yang dia hadapi. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, jika umurnya tidak panjang, kau redhakanlah pemergiannya dari hidupku. Beri aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang kau beri pada ku Ya Allah."

Sesudah menunaikan solat, Una melipat telekung dan meletakkan di tempat yang disediakan. Dia kemudian menunggu mamanya yang masih menunaikan solat.

"Aku kena kuat. Walau apa jadi." Bisik hati kecil Una.

"Una okay ?" tanya Puan Rita setelah selesai solat.

"Okay ma. Una doakan untuk Ad."

"Mama pun doakan untuk Ad jugak. Apa jadi, Una kena terima."

"Iya ma."

"Dah jomlah."

Una berlalu pergi dengan muka yang sedih. Tiba sahaja dia di ruang menunggu di luar bilik pembedahan, seorang doktor keluar.

"Doktor, how ?"

"I'm sorry. Allah lebih sayangkan dia."

Seperti mahu gugur jantung Una apabila doktor mengesahkan Izhad Khalis sudah tiada lagi di dunia ini. Kakinya lemah sehingga dia terduduk. Airmata mengalir deras.

"Inalillahwainailaihirojiun." Ujar Encik Zarul.

Encik Akbar seperti menahan daripada airmatanya keluar. Irina pula menangis kerana tidak percaya satu-satunya abang yang dia ada sudah pergi.

"Ma, Ad ada lagi kan. Dia tak tinggalkan Una kan."

"Una, bawak bersabar. Una kena kuat."

"Ma, Una tak percaya dengan semua ni. Ad kata dia sayang Una, takkan dia tinggalkan Una."

"Una, Allah lebih sayangkan dia. Una kena terima. Ni semua dah tertulis."

Una memeluk erat mamanya sambil menangis. Encik Zarul cuba menenangkan Una.

Izhad Khalis dibawa keluar dari bilik pembedahan untuk dibawa terus ke bilik mayat.

"Ad, U hidup lagi kan. Ad, jangan tinggalkan I." Una mengejar Izhad Khalis yang sudah diselimuti dengan kain putih.

"Una, sabar Una. Ad dah takda." Encik Zarul menahan Una.

"Una tak boleh terima kenyataan."

"Una kena terima jugak. Ni semua dah tertulis olehNya."

---

Selesai solat jenazah, arwah Izhad Khalis ditanam di sebelah kubur arwah mamanya. Una menabur bunga di atas kubur Izhad.

"Ad, tunggu I kat sana okay. I sayang U sampai bila-bila." Teresak-esak Una menangis.

"Una, redhakan Ad pergi. Kesian Ad dekat sana."

"Kak Una, kan Kak Una sayang Abang Ad. Kak Una redhakan ya. Kalau Abang Ad tengok Kak Una menangis, mesti Abang Ad tak suka. Kita sama-sama doakan arwah Abang Ad ditempatkan di kalangan orang yang beriman."

Una hanya diam tetapi airmatanya terus mengalir. Dia bangun dari situ dan terus menuju ke kereta.

"Una, Una kena kuat."

"Susah ma. Ad segala-galanya bagi Una."

"Iya, mama faham. Tapi kamu kena redhakan. Takpalah, lama-lama mungkin kamu boleh terima pemergian Ad."

Pintu bilik Una dibuka dan dia terus baring di atas katil. Pipinya masih dibasahi oleh airmata.

"Ad, I'm gonna miss you so so so much. I akan rindu usikan U, gelak U, manja U. I kena belajar jugak jadi kuat. I kena redha dengan pemergian U."

Una membelek gambar-gambarnya bersama Ad di dalam telefon bimbitnya. Dia teringat apa yang Irina berikan kepadanya siang tadi.

"Kak Una, Abang Ad pernah cakap dengan Irina. Kalau satu hari dia takda, dia nak Kak Una pegang telefon bimbit dia. Dia nak Kak Una jaga telefon ni sama macam Kak Una jaga dia dulu. Nah, ambillah."

Una mengambil telefon bimbit milik Ad dari tangan Irina.

"Thanks Irina."

Dia mengambil telefon bimbit tersebut di dalam beg tangannya dan membelek.

Di fail galeri, cuma ada gambar mereka berdua sahaja. Dia membuka fail music, hanya terdapat satu lagu iaitu Mengenangmu oleh Kerispatih. Dia tahu lagu itu. Tapi dia tidak menekan untuk dimainkan. Kemudian, dia membuka fail notes dan matanya tertumpu kandungan yang terdapat di dalam fail tersebut.

25 Oktober 2015

Una, I dah prepare semuanya. I takut apa-apa jadi pada I. Mungkin U dapat handphone ni bila I dah takda. Una, kuat untuk I okay. I tahu U kuat. U pernah kata U kan kental. Susah nak nangis. I nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau I ada silap dekat U. I banyak menyusahkan U sepanjang kita bersama lebih-lebih lagi sejak I sakit. U jaga I. I terhutang budi dengan U. I tahu U sayang I. I pun sayang U sangat-sangat.

1 November 2015

Una, harini I ingat something. I ingat waktu kita sekolah rendah dulu. U pernah ejek I pendek sebab masa tu I pendek. Tapi U know what, sekarang I lagi tinggi dari U sampai U nak tepuk dahi I pun susah. Then, I teringat, dulu waktu sekolah rendah, kita sama-sama pengawas sekolah. Kita pernah dapat tugas yang sama. Waktu tu kita kena jaga kantin. So as pengawas, kita dapat keluar awal. Bila dapat keluar awal, kita dapat makan dulu before other students. I ingat sampai sekarang. U belanja I air kotak Ice Lemon Tea. Dari dulu kan suka air yang ada limau ni. I love you.

Una tidak mampu untuk baca isi kandungan yang lain. Hatinya sebak. Sememangnya, dia kena belajar untuk jadi kuat sebagaimana yang Ad mahukan.

Dia meletakkan telefon bimbit Ad di atas meja. Kemudian dia menutup dengan sehelai kain agar tidak kotor. Dia baring di atas katil dan terlelap.

Pintu biliknya dibuka.

"Una bangun. Dah solat Asar belum ?"

"Em, ma. Sorry, Una tertidur. Belum lagi."

"Dah, pergi ambil wudhu, solat Asar. Una rindu Ad?"

Una hanya mengangguk.

"Kalau rindu, doakan dia, kemudian sedekahkan Al-Fatihah untuk dia okay."

Sekali lagi Una hanya mengangguk.

Dia mencapai jam loceng di tepi katilnya. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang.

---

"Una, dah pukul 10 malam ni. Dari tadi Una tak makan apa-apa."

"Una takda selera."

"Tak boleh macam tu Una. Una tu dahlah ada gastrik. Jangan menyusahkan diri Una. Tadi dekat kenduri arwah pun Una tak makan apa-apa."

"Sorry ma. Una betul-betul takda selera."

"Em, takpalah. Mama dah paksa, kamu degil. Mama ada masak sikit untuk kamu. Kalau lapar, pergi makan."

Una kembali berbaring di atas katilnya. Sejak petang tadi, dia kelihatan tidak bermaya. Namun, dia tetap gagahkan diri untuk pergi ke kenduri arwah untuk Ad.

Dia melihat Whatsappnya bersama Ad.

Last seen yesterday at 11.28 a.m.

Dia menerima satu mesej Whatsapp daripada Irina.

"Kak Una, esok Irina datang rumah akak kejap okay. Ada barang nak kasi. Tadi lupa nak kasi."

"Barang apa?"

"Esok Irina kasi."

"Okay."

Cinta Di SanaWhere stories live. Discover now