Part 22

92 6 0
                                    

Tinggal sehari sahaja lagi Husnatul Syara dan Zukri Harith bakal disatukan. Esok, selepas solat Jumaat, mereka bakal diijabkabulkan. Una juga sibuk dalam menyiapkan segala persiapan.

"Kak Una ! Tomorrow is your big day." Ujar Irina di dalam panggilan telefon.

"Hmm, yaa."

"Kenapa ni ? Macam tak happy je ? Akak nak kahwin kot."

"Happy, not happy. Tak tahulah. Akak confused."

"Nak confused kenapa pulak ?"

"Sampai sekarang akak still ingat dekat Abang Ad Irina tu."

"Jangan macam tu kak. Apa husband akak cakap nanti. Whatever it is, this is about your future. Akak kena bina hidup baru, dengan orang baru."

"Okay Irina"

"Okay. Esok Irina datang dengan baba okay. For sure you will look pretty. Macam masa tunang dengan Abang Ad dulu."

"Hehehe, ada-ada jelah Irina ni."

"Okay, I got to go now."

"Kejap Irina. Akak nak cakap sikit. Kalau akak ada buat silap dekat Irina ke, akak minta maaf ya." Ujar Una.

"Apa lah Kak Una ni. Nak nikah je pun. Sampai nak minta maaf."

"Taklah. Akak rasa tak sedap hati pulak."

"Perasaan nak nikah tu. Okaylah, don't think too much. Irina ada hal sikit. Bye."

"Bye."

Una masuk ke dalam bilik air dan mengambil wudhu'. Dia kemudiannya memakai telekung untuk menunaikan solat Zohor.

Selesai memberi salam, Una menadah kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau maafkanlah segala dosa-dosaku kepadaMu, kepada kedua orang tuaku, rakan-rakanku dan juga orang-orang yang aku kenali. Kau berkatilah juga perkahwinanku bersama Zukri Harith. Jika benar dia adalah yang sebenar-benarnya jodohku, kau satukanlah kami dengan ikatan yang halal. Amin."

Una keluar dari bilik untuk melihat apa yang mamanya sedang lakukan.

"Una. Mama lupa nak cakap. Kek kahwin kamu belum ambik lagi."

"Kek kahwin ? Masa majlis akad nikah pun ada ke ?"

"Lepas majlis akad nikah esok, ada makan-makan sikit. Haritu mama dengan mama Zukri ada order. Tapi mama sibuk sangat ni. Una ambilkan boleh ?"

"Ha yelah yelah."

"Nah resitnya." Puan Rita menghulurkan sekeping kertas.

"Una keluar kejap eh ma." Ujar Una sambil menyarungkan tudung.

"Ma.."

"Ya Una."

"Una sayang sangat dekat mama dengan papa."

"Kamu dah buang tabiat ke apa ?"

"Mana ada. Betullah, Una sayang sangat-sangat dekat mama dengan papa."

"Iyalah, mama dengan papa pun sayang kamu. Dahlah, pergi ambil kek. Nanti kedai tutup pulak."

"Okay." Una mencium pipi mamanya sebelum pergi.

Telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello Una."

"Ya Zuk."

"Mama kata awak nak pergi ambil kek kahwin ya ?"

"Haah."

"Saya teman ya."

"No need."

"It's okay. Saya tahu kedai tu, tunggu saya dekat sana."

"Em, okay."

Una mencapai kunci kereta dan terus menghidupkan enjin. Keretanya diundur dari perkarangan rumah dan dia terus berlalu pergi. Una tiba di kedai kek tersebut.

"Kak, saya nak ambik kek. Ni resitnya."

"Oh, atas nama Puan Rita ya. Sekejap ya." Ujar pekerja di situ.

"Hai Una." Zukri menegurnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam kedai itu.

"Hai." Una membalas dengan senyuman.

"Ni dia keknya."

"Okay, terima kasih ya."

"Sama-sama."

"Sini saya bawakkan."

"Takpalah. Saya boleh bawa sendiri."

"Lepasni takda nak pergi mana-mana ke ?" tanya Zukri.

"Taklah. Nak balik terus kot. Nanti cair pulak kek ni."

"Ada je alasan."

Una memasukkan kek itu ke dalam keretanya. Matanya memandang ke arah sebuah gerai kecil yang menjual pisang goreng.

"Nak pergi mana tu ?" tanya Zukri.

"Nak beli goreng-gorengan sikit." Una terus melintas jalan.

"Una ! Kereta !" jerit Zukri.

Una tidak sempat memandang ke arah kereta tersebut. Dia dilanggar dengan kuat oleh sebuah kereta yang memandu dengan laju. Badannya rebah ke atas. Berlumuran darah.

"Una bangun Una !" Zukri mengangkat kepala Una yang berlumuran darah.

Darah tidak henti-henti keluar dari mulut Una. Kepalanya terhentak kuat ke atas jalan.

"Zuk.. I'm sorry." Tersekat-sekat suara Una.

"Bang ! Tolong call ambulance ! Cepat !" jerit Zukri.

Segera pemuda itu mendail nombor kecemasan.

"Una ? Una ?" Zukri menampar-nampar pipi Una.

Dia merasa nadi Una, tapi malangnya, nadinya sudah terhenti.

Zukri menangis dengan pemergian Una. Sepatutnya, keesokan harinya mereka akan bernikah. Tapi, tidak disangka perkara sebegini akan terjadi.

Benarlah, kita hanya mampu merancang. Tapi, Allah yang menentukan.

Mungkinkah jodoh di antara Izhad Khalis dan Husnatul Syara di syurga ?

Husnatul Syara pergi di waktu dia masih tiada apa-apa ikatan dengan siapa-siapa walaupun mengenali 2 lelaki dalam hidupnya.

Dikahir cerita ini, mungkin pembaca boleh faham apa yang dimaksudkan dengan "Cinta Di Sana."

-Tamat-


Author's note :

Terima kasih banyak-banyak pada sesiapa sahaja yang sudi baca penulisan yang tak seberapa ini. Sorry sangat sebab rasa endingnya macam hambar >.< By the way, thanks a lot for those yang sudi baca.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 09, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Di SanaWhere stories live. Discover now