PROLOG

35 1 0
                                    

-Prolog-

2055.

Bumi bukan lagi seperti yang pernah didiami manusia, perang dunia ke-3 pada tahun 2021 menyaksikan rombakan besar-besaran struktur bumi.

Senjata berkekuatan nuklear menambahkan lagi kesan terhadap persekitaran dunia, udara yang penuh toksid, kesan radiasi pada kehidupan, semuanya khilaf ketamakan manusia yang seperti parasit kepada bumi.

Kerajaan-kerajaan yang angkuh pada permulaan perang kini tiada lagi, yang menang jadi arang, yang tewas tinggal sejarah. Kalian harus ingat, sejarah hanya ditulis oleh pemenang.

Amerika Syarikat, Rusia, Jerman, Korea Utara, China, Iran dan Persatuan Liga Arab hanyalah sejarah. Namun kehancuran mereka hanyalah permulaan bagi perang baru, perang yang menggunakan kekuatan 'MUTASI' dan segala yang tak logik mula diperkatakan.

14 tahun pertumpahan darah, 14 tahun segala dana kewangan dicurahkan demi perang, 14 tahun manusia kerugian segala teknologi, mereka lepaskan lelah untuk 20 tahun kedamaian. Setelah 20 tahun manusia merawat derita akibat perang, kini ada diantara mereka kembali dengan idea ingin memulakan kembali lembaran perang.

Permulaannya, harus diuji dahulu sejauh mana para 'MUTASI' ini bekerja untuk dijadikan senjata perang yang ampuh.

Soul Game : Project SouldierWhere stories live. Discover now