PART 1 EP 5

19 1 0
                                    

Jeritan dari Moja membuatkan adrenalin mereka teruja, ini pertempuran mereka yang pertama.

Misa mula menerpa ke arah cahaya yang sekilas muncul tadi. Keterujaan bercampur rasa sayang kepada Suzy yang baru dikenalinya membuat dia bersemangat.

Kei yang mula berjaya mengawal kegelapan di dalam terowong tersenyum sinis, tangannya yang di depakan tadi ditepuk kuat.

Sekelip mata kegelapan di dalam terowong hilang.

Kelihatan Suzy dan seekor makhluk setinggi 3 meter saling berhadapan. Kulit makhluk itu bewarna hijau dan bergerutu, terdapat duri-duri halus berceracak di kepalanya. Dua daripada empat tangannya mengeluarkan sesuatu seperti lidah.

Mereka semua menerpa arah Suzy mengekori Misa yang di hadapan. Iskandar berlari anak sambil membawa sepucuk pistol.

Serangan balas bermula.

Suzy berpaling dan menjerit sesuatu ke arah mereka, namun terlambat. Misa sudah di sampingnya dan terus menerkam makhluk bergerutu itu.

Makhluk itu melompat, menyebabkan serangan Misa tersasar. Satu panah hitam berasap tebal meluncur laju ke arah makhluk itu, ianya serangan dari Kei, dan amat mustahil untuk mengelak di udara.

Makhluk hijau jatuh ke bumi, dia menyeringai kesakitan.

Moja meneliti pergerakan mereka, dia masih belum menyerang, namun ada sesuatu yang perlu diarahkan kepada kawan-kawannya.

"...................."

Moja terkesima, tiada suara yang keluar, dan dia baru perasan yang bahawa dia tidak mendengar sesuatu bunyi pun dari pertarungan.

Moja berpaling ke arah Iskandar yang masih menuju ke arah mereka.

".................."

Iskandar terhenti, pelik!

Iskandar pelik, kenapa raut wajah Moja seolah-olah mengarahkannya menjauh?

"Pedulikan" Satu suara membisik di dalam hati Iskandar.

Iskandar kembali melangkah. Namun hanya selangkah, tubuhnya tidak dapat digerakkan. Itu ulah Moja!

Pertarungan di antara Kei, Misa dan makhluk hijau masih berterusan, Suzy pula kelihatan seperti menjerit ke arah mereka.

Moja tidak fokus, dia perlu memastikan Iskandar tidak menghampiri mereka, dan perlu menganalisi situasi yang mereka hadapi.

Makhluk hijau menghayunkan penumbuknya ke arah Misa, namun Misa menghilang diri ke dalam kabus gelap yang dihasilkan Kei. Makhluk itu menyeringai geram.

********
Di suatu tempat.

"Hehehe, tengok ni Yun. Tak sampai 3 jam, sudah ada yang bertempur!"

Lelaki yang bergaya punk itu ketawa lagi, sambil matanya tetap melihat ke arah skrin.

Yun, panggilan bagi lelaki yang berambut panjang kemas itu hanya melihat tanpa minat. Dia tersenyum sinis kemudian terus beredar.

"Oi Yun! Ceh, Berlagak!"

**********

Kabut tebal mengelilingi makhluk itu, makhluk itu menjelirkan lidahnya beberapa kali, lidahnya berupaya mengesan haba dan bau musuh atau buruannya.

Makhluk hijau meluru ke arah laju ke arah Kei, Misa memintas dan mencakar tubuh makhluk itu.

Sekali lagi langkah makhluk hijau terhenti, darah berwarna biru mula mengalir deras dari liang luka pada tubuhnya. Kali ini dia merenggus kemarahan.

Kei melangkah tenang ke arah makhluk itu, tapak tangannya dihalakan ke arah sasaran. Kemudian Kei mengenggam, serentak dengan itu ada kepulan kegelapan menutupi kepala makhluk hijau.

Badan makhluk itu menggeletar, duri-duri mula timbul di permukaan kulit belakangnya, tangannya tergapai-gapai cuba mengalihkan bebola hitam di keliling kepalanya.

Tiba-tiba makhluk itu menghayunkan tangan ke sebelah kirinya, dan ianya tepat mengenai dada Kei.

Kei yang tidak bersedia tercampak, namun sempat di hadang oleh perisai psikik Moja dari mengenai puluhan batang besi yang terpacak pada dinding terowong.

Moja mula geram, arahan strategi perlu diberikan, tapi bagaimanakah perlu dia lakukan untuk sampaikan kepada Kei dan Misa? Dia buntu.

Soul Game : Project SouldierWhere stories live. Discover now