PART 1 EP 3

11 1 0
                                    

25 Minit selepas itu.

Krekk...

Pintu besi bilik itu terbuka. Mereka melangkah keluar dari bilik itu, di depan mereka hanyalah semak samun, dan sepertinya mereka dikurung di dalam bandar yang telah lama ditinggalkan.

Moja menjejakkan kaki ke tanah, lalu diikuti oleh Suzy dan Misa. Iskandar yang sudah menggalas 'bag pack' yang tersedia di dalam loker pada bilik itu hanya mengeluh. Hatinya sebal.

"Bro, kau jangan fikir sangat tentang 'hal' itu. Kau percayakan kami, kita kan team-mate kau."

Kei menepuk-nepuk bahu Iskandar, memberi sedikit motivasi pada remaja yang sedang sugul itu.

"Wei korang! Cepatlah."

Kedengaran suara Misa dari depan.

************
Di suatu tempat.

"Betul ke ini cara paling tepat untuk menguji senjata kita? Cara membuat mereka saling membunuh di antara satu dan lain?"

Lelaki berkaca mata itu membetulkan cermin matanya, wajahnya tak jelas kelihatan, hanya cermin matanya yang memantulkan cahaya jelas kelihatan di dalam suasana gelap suram itu.

"Mereka semua prototaip, hanya yang terbaik akan menjadi model untuk penghasilan tentera alaf baru kita nanti."

Gumam seorang lelaki di sebalik kerusi, dia melihat senarai profil semua 'bahan eksperimen' yang baru sahaja dilepaskan tadi.

"Apa tuan fikir mereka akan berbunuhan tanpa sebab?"

Lelaki berkacamata masih inginkan kepastian.

"Jangan risau, picu untuk semua ini sudah dirancang."

Lelaki itu menamatkan kata dengan gelak ketawa yang agak menjengkelkan.

***********

Sudah hampir 1 jam mereka merayau-rayau di dalam bandar hantu tersebut. Walaupun tidak mereka suarakan, tapi jelas kelihatan yang mereka bingung. Bingung dengan arahan yang diberikan sebelum mereka keluar tadi.

**********
Flash back.

"Ding..."

Moja, Kei dan Misa kembali bertenang.

Suzy masih di dalam keadaan bersedia.

Hanya Iskandar yang memeluk lutut melihatkan kebolehan mereka semua.

"Para peserta diminta untuk fokus sebentar."

"Selepas ini kamu semua akan dilepaskan ke medan 'Soul Game'."

Mereka semua saling berpandangan kehairanan.

"Lihat loker di penjuru bilik, padanya ada menyediakan bekalan untuk senjata dan barangan keperluan diri."

"Kalian diminta untuk mengumpulkan 100 markah bagi satu kumpulan untuk bebas dari pulau ini."

"Setiap nyawa peserta bernilai 5 markah."

"Selamat berusaha!"

Mereka semua tercengang.

**********

"Is, seriuskah kau betul-betul tak tahu apa kebolehan kau?"

Moja bersuara serius, peluang untuk berbicara dengan Iskandar secara berduaan digunakan sepenuhnya.

Iskandar hanya menganggukkan kepalanya, dia berhenti di kaki lima bangunan itu. Moja juga turut berhenti.

"Ermm, saya akan bebankan team kita."

Iskandar menguis batu di hujung kasutnya, hanya dia yang tak punya kebolehan.

"Jangan risau, sekarang fokus untuk fikir, apa kebolehan kau Is."

Jelas terlihat ada karisma kepimpinan dari Moja, dia berjalan ke arah terowong bawah tanah.

Iskandar cepat-cepat membuntuti langkah Moja ke dalam terowong itu.

Iskandar melangkah secara berhati-hati di dalam kegelapan, walaupun di tangannya ada lampu suluh, namun kewaspadaan bukanlah sesuatu yang merugikan diri.

Sesekali terdengar suara Suzy dan Misa menjerit kecil bila ada tikus yang membiak di dalam terowong tinggal ini melintas berhampiran mereka.

Kei pula berjalan tanpa menyuluh ke halaman terowong, dia bersiul girang, seolah berjlan di bawah sinaran matahari. Mungkin ini disebabkan kebolehannya mengawal kegelapan.

"Diam.. Dengar.."

Mereka semua berhenti melangkah bila terdengar bisikan dari Moja, walaupun ianya bisikan, tetapi tetap ada gema yang melantun dari dinding batu terowong itu.

"Kenapa bro?"

Soal Kei separuh berbisik, tapi dia kini menjadi tumpuan mata serta suluhan lampu mereka semua. Kei seperti biasa tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Grukk..."

Misa memeluk tangan Suzy, mata Kei pula melilau mencari kelibat yang mengeluarkan bunyi itu, Iskandar pula menyuluh secara rambang.

"Grukkk..."

Mereka semua mula bersedia, jika-jika ada musuh yang cuba menyerang mereka demi markah untuk kepala mereka.

"Aku rasa korang semua dengar bunyi perut aku yang kelaparan, jadi jom kita berhenti dan makan."

Moja bersuara serius, dia sudah menurunkan bagpacknya.

Jelas terdengar suara keluhan mereka yang lain.

Soul Game : Project SouldierWhere stories live. Discover now