PART 1 EP 2

12 1 0
                                    

Kei berdiri, dia berjalan ke arah dinding lalu bersandar.

"Boleh aku panggil kau Is?"

Iskandar mengangguk kecil.

"Aku pun sebenarnya tak tahu kita di mana bro."

Suara Kei disertai keluhan halus, ada rasa kecewa dengan situasi mereka.

"Ding~ Dong~.."

"Perhatian kepada semua peserta."

Semua mata di situ meliar, mencari punca bunyi suara yang datang.

"Peserta?!"

Gumam Iskandar sendirian, dia melihat ke arah Kei, pemuda itu juga kelihatan sedang kehairanan, sama seperti dirinya.

"Anda semua sekarang selamat berada di Nihonn Island. Anda diminta untuk saling berkenalan dengan rakan sebilik anda."

"Dilarang untuk menimbulkan sebarang pergaduhan, kami tak ingin sebarang kerosakan fizikal terhadap para peserta kami."

"Sebarang pertanyaan anda akan terjawab 30 minit dari sekarang."

Kei yang tadinya bersandar pada dinding berjalan ke arah tengah bilik, dua tangannya disimpan di dalam poket.

"Err.. Jom kita berkenalan nak?"

Kei bersuara sambil tersengih-sengih kegirangan.

"Kenapa dengan kau?! Dari tadi happy tak bertempat." Kata satu suara kepada Kei.

Kei terdiam, dia hanya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Iskandar melihat ke arah empunya suara itu, perempuan yang berambut merah kehitaman itu tajam memerhatikan Kei.

"Erm, Saya Suzy."

Sambil tersenyum manis, gadis yang berkaca mata duduk memeluk lutut di penjuru bilik memandang ke arah Kei dan Iskandar.

"Wah senyuman yang sungguh manis. Hahaha. Saya Kei, selamat berkenalan!"
Balas Kei sambil tersenyum girang.

Suzy ketawa kecil melihat gelagat Kei, dia kemudiannya berpaling ke arah gadis yang berambut merah.

"Hi, saya Suzy, awak pula?"

Tanya Suzy diselitkan dengan senyuman manis.

"Saya Misa"

Gadis berambut pendek warna merah itu tertunduk malu. Mukanya merona merah.

"Err, sekarang tinggal sorang lagi yang tak memperkenalkan diri."

Semua mata tertumpu ke arah Kei, kemudian berpaling ke arah sesosok tubuh maskulin di tepi tingkap kecil.

Lelaki yang berT-shirt hitam dengan corak tengkorak pada belakang bajunya itu tak mengendahkan pandangan mereka, dia hanya termenung melihat ke arah luar tingkap, dia jelas hanyut dengan fikirannya.

"Dingg..."

Mereka semua tersentak.

"Anda diminta untuk menceritakan tentang kebolehan masing-masing, kerana mereka yang sebilik dengan anda adalah rakan sepasukan anda nanti...."

Lelaki di tepi tingkap berpaling ke arah mereka dengan wajah serius, Kei duduk bersila sambil berpeluk tubuh.

Tanpa disedari, atmosfera yang hampir ceria tadi mulai memudar dari bilik itu, ada satu ketegangan menimpa mereka.

"Semua yang berada dalam bilik ni tak berkeluarga kan?"

Lelaki yang dari tadi mendiamkan diri bersuara, memecahkan suasana sunyi yang mula ingin mencengkam.

Kei tersenyum mendengar pertanyaan dari lelaki itu.

"Moja, panggil aku Moja."

Moja masih lagi melihat ke arah semua wajah di depan matanya, dia tahu ada sesuatu yang akan dirancang untuk mereka.

"Bro, watch this."

Kata Kei sambil melirik ke arah Moja.

Tiba-tiba, ada kepulan seperti asap dan cecair likat berwarna hitam pekat keluar dari sekeliling Kei. Semakin lama semakin merebak, Kei sendiri hampir tenggelam di dalam kegelapan. Iskandar, Suzy dan Misa terpegun. Iskandar berpaling sekilas ke arah Moja, jelas, Moja sendiri kelihatan tersenyum teruja.

Kei bangun berdiri sambil memerhati ke arah semua, kemudian dia berpaling ke arah Moja sambil tersenyum.

"Your turn bro."

Soul Game : Project SouldierWhere stories live. Discover now