PART 1 EP 4

20 1 0
                                    

"Ee.. Tak nak la makan kat sini Moja."

Suzy merengek, sambil membetulkan kaca matanya dengan jari telunjuk. Misa di tepi Suzy pula menganggukkan kepala.

"Kenapa? Korang diet ker?"

Kei yang sudah mencangkung di tepi Moja bertanya tanpa mengalihkan perhatian dari makanan segera di depannya.

"Ee.. Sini kotorlah, pastu bau hapak lagi, pastu ada tikus lagi."

Rengek si Suzy lagi sambil matanya sesekali melihat ke keliling, bimbang dengan kehadiran tikus mungkin.

"Aku rasa diorang diet. Sila makan brothers-ku sekalian."

Moja bersuara dengan mulut yang penuh dengan roti, sambil tangannya digayakan seolah-olah mempersilakan Kei dan Iskandar makan.

Kei dan Iskandar hanya mengangguk lalu terus melahap tanpa berpaling ke arah Suzy dan Misa.

"Grukk.."

Moja, Kei dan Iskandar berhenti dari menyuapkan makanan ke dalam mulut yang sedia ada penuh, mereka bertiga melihat ke arah dua dara yang tercegat di sisi mereka.

Suzy dan Misa menggelengkan kepala hampir serentak. Moja, Kei dan Iskandar hanya memandang tanpa emosi, kemudian berpaling dan cuba fokus kembali kepada makanan masing-masing.

"Korang janganlah mengada, kita kena survive, jom makan."

Kei bersuara lalu menyambung aktiviti mengenyangkan perut yang kosong sedari tadi.

"Grukk.. Gugrukk.. Gugrukk.."

Moja, Kei dan Iskandar terus tersedak, mereka bertiga cepat-cepat meminum air bagi melegakan anak tekak mereka.

"Korang kalau lapar, makan jer lah, bunyi perut pun dah pelik."

Kei bersuara selepas mengelap air yang sedikit tumpah pada jaketnya. Moja dan Iskandar hanya diam sambil menganggukkan kepala.

"Bukan kami."

Misa bersuara tegas, Suzy di sampingnya menganggukkan kepala.

"Eleh, cover ayu la tu. Hahaha."

Kei ketawa terbahak-bahak diikuti oleh Iskandar, Moja hanya tersenyum sinis kemudian dia makan kembali.

Dushh!

Satu sepakan tepat pada bahu Kei dihadiahkan oleh Misa, Kei jatuh terlentang. Iskandar menelan liur, Moja pula masih meneruskan aktivitinya.

"Aku cakap bukan kami bukan kami la setan! Kau Is, ikut la perangai setan tu!"

Misa membentak, Suzy pula menggosok belakang Misa untuk membuatkan dia bertenang.

"Gugrukk.. Gugrukk.. Gugrukk.."

Kei yang baru ingin memaki Misa kembali terdiam, mereka semua melihat sesama sendiri sambil kehairanan. Mereka tahu, ada sesuatu yang turut bersama dengan mereka.

"Arghh!"

Suzy direntap kasar dari belakang lalu hilang dalam kegelapan. Hanya jeritannya tadi yang tinggal, masih bergema.

Mereka terpegun.

Kei bangun dan mendepakan tangan, Moja bersahaja meletakkan bekas makanan ke lantai, Iskandar dan Misa pula masih terpaku.

"Kei, kesan di mana Suzy. Is, kau ambik senjata. Misa, kau lindungi Is."

Tenang dan bersahaja, arahan diberikan Moja kepada mereka.

Mereka mula membentuk formasi yang diarahkan oleh Moja.

Kei menyeringai, memang memanipulasi kegelapan adalah kebolehannya, tetapi dia belum pernah bertempur dengan kebolehannya itu.

Moja berdiri di belakang Kei sambil menutupkan mata, dia juga akan turut membantu mengesan musuh dan sekaligus mengesan Suzy.

Misa pula bersedia di hadapan Iskandar, kukunya mula memanjang dan berubah menjadi kuku besi yang tajam.

Sementara Iskandar masih lagi menggeledah beg, mencari senjata yang mungkin sesuai untuk digunakan.

Suasana sepi mula mencengkam, hanya deru nafas mereka yang kedengaran. Masing-masing fokus dengan persekitaran, bersedia kalau-kalau mereka diserang lagi.

Zass..

Dari arah jam sebelas, ada sekilas cahaya muncul.

"Gruakk.. Gugrukk.. Gruakk.."

Mereka tersenyum, itu kebolehan Suzy. Cahaya tadi bermakna Suzy masih hidup, dan musuhnya kesulitan.

"Bersedia, semua!"

Soul Game : Project SouldierWhere stories live. Discover now