PART 1

23 1 3
                                    


"Weh, tengok tu!"

"Dia bergerak, jadi?"

"Perempuan memang kejam"

"Sakit! Maaf, perempuan mem.. Sakit oi!"

Telinga Iskandar menangkap suara lelaki dan perempuan bertingkah silih berganti di sekelilingnya, dia membalikkan badan ke arah kanan lambungnya, tangan diletakkan pada telinga.

"Amboi, dia layan tidur la."

"Biarkan dia, nanti dia bangun."

"Aku nak.. Erk! Okay-okay."

Hati Iskandar mula panas, ye la, siapa tak panas bila tidur diganggu, kan?

"Ermm.. Aku agak budak ni lena balik kot."

"Oi tak boleh diam ke ha?!"

Suara Iskandar seolah bergema di ruangan itu, semua mata memandang ke arahnya. Kini Iskandar merasakan yang dia bermimpi, kerana di depannya dan sekelilingnya ada beberapa orang manusia yang dia tak kenali.

Riak wajah mereka seolah terpegun, terkejut dengan apa yang Iskandar lakukan.

"Err.. Aku masih bermimpi agaknya, okay tidur balik."

Iskandar kembali berbaring. Suasana di kelilingnya sepi, hanya kedengaran bunyi pernafasan manusia.

"Oh ya, kenapa aku tidur atas lantai?" Soal hati kecil Iskandar.

"Err.. Budak, kau tak ingat ke kau diculik?" Kali ini Iskandar merasa bahunya disentuh lembut.

"Eh?!"

Sekali lagi Iskandar terbangun, Dia memandang ke sekelilingnya. Dia melihat seragam sekolahnya, dia mencubit pipi. Sakit!

Kukkkk...

"Adeh.. Kepala aku!"

Iskandar menggosok-gosok tempat yang terasa sakit.

"Kau bukan bermimpi Iskandar."

Iskandar memandang pemuda di hadapannya, kelihatan seperti keturunan Korea atau Jepun, berjaket kulit warna hitam, rambutnya hitam likat, dihiasi sejalur warna perang pada beberapa helai rambutnya.

"Yo bro, aku ni Kei, keturunan clan Jepun, asal wilayah Los City. Iskandar dari keturunan Melaysia kan? Wilayah North Cave?"

Pemuda itu menghulurkan tangan, Iskandar terpingga-pingga.

"Rileks bro, aku tahu kau pelik, dan kau terfikir bagaimana aku tahu perkara tentang kau kan?"

Iskandar menganggukkan kepala.

Kei, tersenyum melihatkan reaksi Iskandar.

"Err.. Macam mana abang.."

"Okay stop!"

Belum sempat Iskandar menghabiskan kata, hujung jari telunjuk Kei sudah hinggap di bibirnya.

"Kau panggil aku Kei cukup, err.. Kau tahu tentang 'Psikik'?"

Mata Iskandar membulat, mulutnya ternganga, 'Psikik' itu ilmu purbakala, dan Kei ini pasti salah seorang pakar ilmu purba itu.

"Kei, kau pulangkan balik 'PD' dia. Tak payah acah-acah kau tu pandai."

Kei yang tadi tersenyum lebar kini mencebik, Iskandar dan Kei sama-sama berpaling ke arah gadis yang berdiri di hujung bilik.

"Aku cuma nak berg..."

"Aku kata bagi balik!"

Kei yang masih mencebik menghulurkan kad pengenalan diri Iskandar.

Iskandar yang masih terpinga-pinga hanya mampu terpegun, dia bersama orang-orang yang tak dikenali, semuanya berperangai pelik.

Kenapa dia di sini?!

Jeritan batin Iskandar hanya mampu didengari olehnya sahaja.

Soul Game : Project SouldierWhere stories live. Discover now