Aku duduk di sebuah apartmen tiga tingkat di ibu kota. Rumah tingkat atas ni diduduki oleh seorang lelaki tua yang sangat grumpy. Pakaiannya tak terurus, rambut macam ada tak ada, beruban, dan dia jenis tak nak communicate dengan orang.
Aku selalu dengar dia keluar rumah pagi-pagi buta, dan balik malam-malam buta. Aku sendiri tak tahu apa kerja dia. Yang aku tahu, dia pemilik bangunan apartment yang aku tinggal ni.
Sepatutnya dia kaya lah kan sebab ada satu bangunan rumah yang disewakan pada orang. Tapi entah kenapa aku tengok dia ni macam gaya pengemis pun ada.
Aku dengan Rina housemate aku pernahlah cuba curi-curi naik tingkat atas, iaitu rumah dia. MasyaAllah, baru halfway naik tangga aku dah boleh bau busuk. Macam bau hanyir ikan.
Bila aku sampai depan pintu rumah dia, aku tengok banyak barang-barang bertukang macam gergaji, chainsaw, tukul besi etc.
Aku tak pelik pun sebab setiap malam bila aku nak tidur, aku akan terdengar dia duk ketuk-ketuk dinding macam nak roboh pun ada. Berdentum siling rumah aku dengar dia campak tarik barang. Aku ingatkan dia main wrestling dengan bini dia, tapi baru aku teringat, dia mana ada bini. Orang ada bini tak rupa macam tu.
Hari ni aku tekad, aku tak nak tidur malam. Aku nak ajak Rina hendap gerak-geri dia.
Aku tunggu Rina balik sebab tadi dia cakap dia nak pergi bandar tengok bunga api. Tapi event bunga api patutnya habis lepas Isyak tadi. Sekarang dah pukul satu, batang hidung pun tak nampak.
Bila aku dengar je kereta dia masuk dalam parkir, aku terus pergi kat pintu rumah aku. Aku tengok dari lubang pintu. Aku nampak dia tengah naik tangga, satu-satu, perlahan-lahan, sambil memikul beg plastik hitam kat bahu.
Beg plastik tu nampak berat sungguh. Tapi muka dia watlek watkul je. Aku pelik betul. Dia ni badang ke, padahal tengok kedut kat muka macam dah boleh mengucap syahadah.
Tak lama lepas dia naik rumah dia, dia turun balik. Lepastu aku dengar dia buka pintu garaj kat tingkat bawah. Entah apa dia simpan kat dalam garaj tu, aku tak penah tahu.
Sebab aku terlalu banyak sangat baca komik detektif conan, aku pun pergi rush naik rumah dia. Pintu rumah dia tak tutup, mungkin sebab dia turun bawah sekejap aje nak ambil barang.
Sampai kat dalam rumah dia, aku dah start rasa sesak nafas. Nak tahu sebab apa? Sebab bau hancing dengan bau tahi punyalah kuat. Aku syak dia ni jenis tak reti buang isi perut dalam tandas.
Bila aku dengar tapak kaki dia naik tangga, aku terus masuk bilik dia untuk menyorok.
Buka je pintu bilik, aku rasa jantung aku macam nak gugur. Aku nampak kat keliling bilik tu, penuh dengan balang-balang kaca. Dan dalam balang tu ada macam-macam anggota badan manusia yang direndam dalam air. Ada sebiji mata, tangan, kaki, jantung, usus, dan yang paling aku rasa nak muntah, bila aku nampak balang berisi kepala.
Kat sudut kanan bilik tu, ada empat buah balang kaca yang besar. Dalam balang-balang tu, ada beberapa badan manusia yang belum dicerai-ceraikan. Kat tengah-tengah bilik tu pulak, ada meja besi yang besar, dan tergantung di atasnya lampu berwarna putih yang terang macam lampu spotlight.
Aku dengar dia tutup pintu. Cepat-cepat aku menyorok bawah meja belakang pintu. Bertambah ngeri aku rasa bila aku tengok kat belakang pintu tu, tergantung bermacam-macam jenis alat yang sepatutnya hanya doktor je guna dalam bilik pembedahan.
Aku dah rasa tak sedap hati. Nak lari keluar tak boleh sebab dia dah tutup pintu rumah. Aku mula menyesali perbuatan bodoh aku yang terlalu memandai-mandai tak kena tempat.
Sedang aku termenung fikir nasib diri lepas ni, aku nampak dia masuk dalam bilik bersama dengan plastik hitam tadi. Dia letakkan kat atas meja besi tadi. Kemudian dia terbalikkan beg tu untuk keluarkan isinya.
Bila nampak je isi beg plastik tu kat atas meja, aku rasa nak menangis. Cepat-cepat aku tutup mulut aku tak nak bagi dia dengar.
Rina! Aku nampak Rina punya kepala dah putus dari badan, dengan kaki dan tangan dah bercerai-berai dari badan. Mata Rina nampak terbeliak, mulut Rina ternganga. Tapi bukan nampak macam sengaja dia nganga. Nampak macam mulut Rina kena koyak sebab pipi dia nampak terbelah.
Tuhan je yang tahu apa yang aku rasa waktu tu. Aku mula menggigil, nafas aku mula tak menentu. Makin kuat aku tekup mulut aku supaya dia tak dengar bunyi nafas aku.
Tiba-tiba lelaki tua tu keluar bilik. Aku dengar pintu bilik air ditutup. Segera aku keluar dari bawah meja, dan aku berjalan pantas menuju ke pintu masuk rumah dia.
Aku pulas tombol pintu rumah dia. Berkunci. Shit!
Macam mana aku nak keluar ni. Takkan aku nak terjun? Tingkat tiga ni. Aku masuk bilik dia untuk cari kunci bilik. Aku nampak kat atas meja tempat aku sembunyi tadi ada pouch bag dia. Terus aku ambil dan aku selongkar.
Mana ni? Tak jumpa pun.
Sedang aku mencari, aku terdengar suara di belakang aku menyapa...
"Kau cari ini?"
Berderau darah aku. Perlahan-lahan aku toleh ke belakang.
Aku nampak lelaki tua tadi sedang menyeringai memandang aku sambil menunjukkan segugus kunci di tangan kanan. Tangan sebelah lagi, aku nampak dia pegang kayu baseball.
Kunci dicampak ke lantai, dan kayu baseball dia hayunkan ke arahku. Lepas itu, aku dah tak sedar apa-apa.
Aku membuka mata. Perlahan-lahan aku menghembus nafas lega.
"Mimpi rupanya.." Aku bermonolog.
Aku dapat rasakan dahi dan baju aku basah dengan peluh. Tapi..
"Siapa kata kau mimpi?" Wajah lelaki tua tadi muncul di atas mukaku sambil memegang mesin gerudi di tangan.
YOU ARE READING
Seribu satu
Mystery / Thriller"Kakak tidurlah dengan Lisa malam ni. Lisa takut." Kanak-kanak kecil itu bersuara separuh memujuk. Aku mengukir senyum. "Nak takut apa. Kan kakak ada ni." "Bila kakak keluar bilik, patung clown tu selalu kacau Lisa." Lisa menunjuk ke arah patung clo...