Mata

544 31 1
                                    

"Woi juling."

Anita tersentak dari pembacaannya. Dia segera mengangkat muka dan menoleh ke arah suara tersebut.

Munirah dan beberapa orang konco-konconya baru masuk ke dalam kelas dan menuju ke arahnya. Mukanya yang manis itu sedang memandang Anita sambil tersenyum sinis.

"Kau buat apa sorang-sorang dalam kelas?" Munirah bertanya kasar sambil menarik kerusi duduk di hadapannya.

"Nak buat macam mana, Mun. Dia nak pergi rehat dengan siapa, kawan pun takda." Kawannya yang bernama Amira membalaskan bagi pihaknya. Dia sedang mengambil tempat duduk di kerusi meja guru di hadapan kelas.

"Betul jugak. Siapa je nak kawan dengan dia. Aku pun tak nak." Seorang lagi bernama Shafiqah sedang menconteng papan putih sambil menyampuk.

"Kesiannya kau.. Forever alone, yek? Alololo meh sini aku temankan kau eh?" Munirah berkata sambil mencubit kedua-dua pipi Anita. Anita hanya mendiamkan diri.

Kaca matanya tiba-tiba ditarik kasar. "Kau ni dahla juling, rabun pulak tu. Apa kau dah buat dengan mata kau?" Munirah berkata lagi sambil membelek-belek cermin matanya.

Anita tidak membalas. Dia hanya tertunduk kaku menghadap buku teks biology di atas mejanya dengan gementar.

Bukan pertama kali hal ini terjadi. Geng-geng Munirah suka benar menjadikannya bahan ejekan dan ketawa semenjak dia pertama kali menjejakkan kakinya di sekolah itu dua minggu lepas. Lebih-lebih lagi ketika waktu rehat di mana Anita tidak akan keluar makan di kantin kerana tiada rakan untuk menemaninya.

Setiap kali itulah Anita tidak melawan. Munirah seorang pengawas. Ibunya pula guru penolong kanan sekolah itu. Pengaruhnya kuat, jadi apalah sangat nak dibandingkan Anita dengan Munirah yang sentiasa dipandang tinggi oleh seisi sekolah itu.

"Kau pernah hantar alignment tak mata kau ni?" Munirah menyarung sebentar kaca mata Anita. "Tinggi nak m****s power kau ni! Kau rabun ke buta?"

Amira tertawa mendengar kata-kata Munirah. Shafiqah pula dari tadi sibuk membuat mural di papan putih tanpa mempedulikan mereka. Anita tidak dapat melihat dengan jelas apa yang dilukis Shafiqah kerana penglihatannya kabur tanpa kaca matanya.

"Mak kau tak buat apa-apa ke masa mula-mula tengok rupa kau?"

Anita diam. Bungkam. Hatinya lantas diselubungi perasaan sedih dan muram. Ibunya sudah tiada. Ayahnya pula hilang entah ke mana. Dia hanya tinggal bersama abangnya yang sudah berumah-tangga.

"Ataupun sebenarnya dia nak buang kau, tapi tak sampai hati?" Tanya Munirah lagi.

Anita masih diam. Hatinya pedih mendengarkan kata-kata Munirah. Airmatanya lantas bergenang di tubir mata.

"Wei setan! Jawablah aku tanya ni, bangkai." Amarah Munirah terkeluar apabila tidak menerima sebarang respon dari Anita. Dagu Anita direntap kasar oleh Munirah, memaksa Anita untuk mendongak memandang sepasang mata Munirah yang cantik itu.

Pipinya ditampar sekali, walaupun perlahan, namun cukup untuk memberikan kesan ke dalam hati Anita.

Anita tersentak, lalu perasaan takutnya semakin bertambah. Dia hanya membalas pandangan Munirah yang tajam dengan hati yang kecut.

"Apa kata aku modify cermin mata kau ni? Biar lawa sikit muka kau pakai benda ni nanti." Perhatian Munirah beralih kembali pada kaca mata di tangannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seribu satuWhere stories live. Discover now