Kuari

1.2K 56 9
                                    

Adaptasi dari pengalaman seseorang yang dikenali.

Sepanjang setahun aku jaga kuari di *****, ada dua perkara misteri yang aku pernah alami.

1. Malam tu aku nak masuk tidur. Aku stay kat sebuah bangunan dua tingkat khas untuk penjaga kuari. Bahagian bawah bangunan tu ada parking yang memuatkan lori-lori kuari yang besar.

Selepas aku mandi dan bersiap-siap baring di atas katil, aku ternampak suluhan lampu di tingkap bilik tidur aku. Jadi aku pun jenguklah di tingkap.

Aku nampak lampu sebuah lori kuari yang betul-betul diparkir depan tingkap bilik aku menyala.

Kemudian lampu tersebut terpadam.

Aku ambil torchlight. Aku suluh ke arah lori tersebut untuk melihat kalau-kalau ada orang di dalamnya.

Tiada.

Namun, lampu lori tersebut menyalakan lagi lampu. Kemudian padam.

Aku suluh lagi.

Lampu lori balas suluhan torchlight aku.

Aku padam torchlight. Lampu lori padam.

Tak puas hati. Aku turun ke bawah. Aku pergi ke arah lori tersebut. Aku cek sekeliling. Tiada orang.

Aku naik bilik balik. Aku jenguk tingkap. Lampu lori menyala kembali.

Kemudian padam. Aku suluh dengan torchlight. Lampu lori membalas. Aku padam. Lampu lori padam.

Tak puas hati lagi. Aku turun lagi. Cek. Tak ada siapa.

Aku naik bilik. Jenguk tingkap. Lampu lori menyala lagi.

Aku dah rasa lain. Aku terus naik atas katil. Selimut dari kaki sampai ke kepala.

2. Aku sedang nyenyak tidur dalam bilik. Lampu bilik aku biarkan on. Hujan lebat malam tu. Guruh sabung menyabung.

Tiba-tiba, aku dengar nama aku dipanggil.

"Amir.. Oo Amir.."

Mimpi ke ni?

"Amir.."

Sekali lagi.

"Amir.."

Dalam mamai, mata aku buka perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya aku.

Di sebelah pembaringan aku, terlihat satu susuk tubuh seorang wanita berpakaian kebaya warna merah terang, dengan rambut tebal yang panjang, sedang duduk di sebelah aku.

Masalahnya dalam kuari ni tinggal aku sorang-sorang, macam mana boleh ada perempuan?

Aku mengiring ke kiri membelakangkannya. Aku tutup mata rapat-rapat.

"Amir.."

Terdengar lagi suara memanggil. Aku beranikan diri buka mata.

Wanita tadi sudah beralih tempat! Dia kini di sebelah kiri aku pula.

Ah, celaka punya syaitan.

Terus bantal di sebelah kepala aku ambil, dan aku tekupkan ke muka sehingga hari siang.

Minta maaf kalau tak seram. :-)

Seribu satuWhere stories live. Discover now