"Lebih baik kamu batalkan niat kamu nak ke tempat tu. Bahaya.."
Kata-kata lelaki kulit putih separuh abad pemilik syarikat sewa kereta itu terngiang-ngiang di telinga aku. Rasa risau di hati mula timbul.
Aku pandang kanan, memerhatikan Huda yang sedang khusyuk memandu. Aku toleh pula ke belakang, melihat Intan yang sedang tekun membelek DSLR.
"Kau rasa kita patut tak dengar cakap pakcik tadi tu?" Aku menyuarakan soalan.
"Nak buat apa? Aku rasa pakcik tu bluffing jelah." Huda membalas malas.
"Dah nak sampai dah. Kau jangan nak mengarut yang bukan-bukan lagi." Intan menambah.
Huda dan Intan memang bersifat agak kelelakian sikit. Lasak dan berani. Sedangkan aku hanya seperti perempuan biasa yang lain, punya rasa risau dan takut yang menggunung.
Hari sudah hampir gelap. Perancangan untuk menyaksikan matahari terbenam di Glenorchy diteruskan. Pemandangan indah di sekitar bandar Queenstown, New Zealand masih belum dapat memadamkan kerisauan yang menggunung.
Aku bukan saja-saja nak risau. Kami ni tiga-tiga perempuan. Mengembara pula di negara orang. Kalau apa-apa perkara buruk terjadi, kan dah susah.
Suasana senyap di dalam kereta. Masing-masing sibuk melayan perasaan sambil memerhati ke luar tingkap. Kereta semakin lama bergerak semakin jauh meninggalkan bandar Queenstown.
Sedang asyik termenung, tiba-tiba Huda bersuara.
"Intan, GPS kau ni rosak ke? Aku ikut direction yang dia tunjuk dari tadi tak sampai-sampai pun."
"Rosak apanya. Aku baru je guna sekali masa pergi Jepun itu hari. Tak ada apa-apa masalah pun."
"Kalau tak ada apa-apa masalah kenapa aku lalu kat sini lagi? Dah dekat lima kali aku nampak papan tanda ni!" Huda agak berang. Panas baran betul minah ni.
"Kau salah tengok la tu. Sinilah biar aku cari." Intan mengambil GPS yang terlekat di cermin hadapan kereta.
Aku pula pantas membuka iMaps di telefon bimbit. Mencuba untuk membantu. Selesai mendapat direction, aku hulurkan telefon ke arah Huda.
"Cuba guna map ni."
Huda menyambut dan meletakkan di atas dashboard.
"Lebih kurang je dengan GPS tadi. Kat sini pun dia tulis lagi 5 minit sampai, tapi bayang-bayang jeti Glenorchy pun aku tak nampak." Huda mendengus.
Huda cuba mengikuti map di telefon aku. Tapi malangnya kami masih berpusing di tempat yang sama. Hari sudah menginjak malam. Sunset yang dikejar sudah berlepas.
"Kita dah sesat ni! Aduh.. Hari ni je yang kita ada untuk pegi tempat tu. Esok dah nak gerak pergi Wanaka." Huda bertambah marah.
"Minyak pulak dah nak habis. Babi!" Dia menambah.
"Yang kau tak isi siap-siap tadi kenapa? Bila jadi macam ni kan dah menyusahkan kita semua." Intan membidas.
"Manalah aku tahu nak pusing tempat ni sampai sepuluh kali. Minyak tadi ada separuh. Patutnya boleh tahan sampai esok." Huda membalas.
"Dah dah jangan nak bergaduh waktu-waktu macam ni. Cari dulu mana-mana tempat berhenti. Kita bertenang dulu, cuba cari penyelesaian." Aku menenangkan.
Aku bertambah risau bila mengenangkan kami bertiga semuanya sedang haid. Masing-masing emosi tak stabil, solat pun tak boleh.
Huda memberhentikan kereta di bahu jalan. Tiada satu pun kereta yang lalu lalang di kawasan tersebut. Aku mula mencari stesen minyak berdekatan menggunakan aplikasi Google.
YOU ARE READING
Seribu satu
Mystery / Thriller"Kakak tidurlah dengan Lisa malam ni. Lisa takut." Kanak-kanak kecil itu bersuara separuh memujuk. Aku mengukir senyum. "Nak takut apa. Kan kakak ada ni." "Bila kakak keluar bilik, patung clown tu selalu kacau Lisa." Lisa menunjuk ke arah patung clo...