Bab 1

19.8K 541 1
                                    

WAFA IRIS mengemas meja kerjanya. Sekeping sticker note diambil lalu dia menulis sesuatu. Sticker note itu dilekatkan pada komputer supaya mudah dilihat. Punat butang tutup ditekan.

Aku berjalan keluar dari bilik itu selepas memastikan lampu bilik ditutup.
Baru beberapa langkah dirinya ditegur oleh seseorang

"Dah nak balik dak Dr. Iris? Awalnya doktor balik. Ke... Pergi blind date?"

Aku tersenyum mendengar usikan rakan sekerja ku. Blind Date? Lambat lagi! Aku bukan wanita biasa yang mahu mendirikan rumah tangga awal. Diriku penuh dengan cita-cita yang di mahu capai.

Iris pernah memberi tahu hasratnya kepada ibu bapanya bahawa dia tidak akan kahwin selagi dia tidak memegang ijazah sarjana. Semestinya ibu bapanya menolak hasratnya awal-awal lagi. Mahu menunggu lagi 2 tahun nak dapat cucu! Penat juga mendengar ibunya mengatakan selepas berkahwin boleh sambung belajar tapi entah mengapa dia lebih gemar mencapai cita-citanya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kahwin.

"Hahaha. Ada-ada je kamu ni Husna.. Mak saya call tadi. Katanya ada tetamu istimewa" Iris memberitahu tujuan sebenar dia perlu bergegas pulang awal hari ini. Selalunya pukul 9 baru dia akan sampai ke rumah

"Wah! Tetamu istimewa. Siapa agak gelaran lelaki yang merisik Cik Iris kita." sengaja Husna mengusik wanita itu. Sudah setahun dia berkerja sebagai nurse di klinik milik Cik Iris

"Ya Allah.. Lambat lagi orang merisik saya! Boyfriend pun tak ada. Mungkin awak yang kahwin dulu!"

Husna tergelak mendengar usikkan Dr. Iris.

"Dahlah.. Layan awak ni tak baliklah saya.. Nanti Dr. Balqis ganti shift saya tengah hari ni."

"Baiklah Doktor. Roger" Husna melambai Cik Iris yang berlalu pergi.

Aku mengambil langkah ke kereta myviku. Selamat menghidupkan enjin, terus dia bergerak ke rumah keluarganya.

Jam dilihat menunjuk pukul 1. Mataku melilau melihat kereta vios yang kelihatan seperti milik abang pertamanya Arif. Tapi tidak silap Abang Arif pakai kereta vios berwarna kelabu tetapi kereta vios dihadapannya berwarna hitam. Nombor plat juga kelihatan lain.

Tanpa berlengah aku terus keluar dari perut kereta dan langkah ku menuju ke pintu utama.

"Assalamualaikum.. Ma oo mama" jerit Iris dari luar memanggil ibunya.

Aku meneliti beberapa pasang kasut yang tidak aku kenali empunya. Mungkin tetamu ibu yang dikatakan?

Dengan langkah kanan aku memasuki rumah. Matanya melilau mencari mama, Puan Risma.

"Waalaikumusalam" jawab Puan Risma dari dapur. Dia terus menyambut anak perempuannya dia muka pintu.

Tangan Puan Risma aku capai lalau diciumnya. Tangan Puan Risma yang sedikit basah, mungkin menyiapkan makanan tengah hari.

Puan Risma meneliti wajah anaknya yang nampak letih kerana baharu sahaja pulang dari seharian berkerja.

"Ha ma..siapa yang mai ni?" Tanyaku sambil mata melilau melihat siapa gelaran tetamu ibunya itu

"Kawan mama datang ke? Nampak macam kereta Vios dekat luar . Ingatkan abang dah balik sebab jenama kereta sama. Tapi nombor plat macam lain je. Warna kereta pun lain! " cerita Iris.

"Bakal menan..." kata-kata Puan Risma terhenti.

"Eh kamu tengoklah sendiri tetamu kita" Puan Risma menyarankan agar anaknya melihat sendiri tetamu itu.

Aku memandang pelik melihat telatah mamakh yang agak pelik.

Aku berjalan menuju ke ruang tamu dan kelihatan sepasangan suami isteri sedang melihat wajahnya berserta senyuman di bibir mereka.

Iris membalas dengan senyuman manis lalu menyalam tangan wanita lingkungan 40-an dan tundukan serta senyuman bagi suami wanita itu. Dia juga membalas dengan senyuman manis sambil menunduk kepalanya sedikit.

Aku mengambil tempat di sebelah mama. Air yang kelihatan masih dalam teko dituangkan ke dalam cawan.

"Ni lah anak kau Ris? Lawanya anak kau.. Pandai kau jaga " kata wanita itu sambil memuji aku. Sedikit sebanyak menyebabkan hidungku kembang kempis.

"A,ah.. Iris ni seorang jelah anak perempuan aku. Yang lain semua lelaki. " kata Puan Risma sambil menepuk sedikit belakang Iris

Aku mengerang kesakitan dalam diam apabila ibu menepuk belakangku sedikit kuat. Aku mengusap belakang
ku walaupun tangan pendek aku tidak sampai.

"Lawa betul anak kau ni. Sesuai jadi menantu anak kami. Bila nak jalankan majlis perkahwinan.. Mesti anak kami tak sabar " puji Datin Mia sambil mata masih meneliti tingkah laku bakal menantunya itu

Lelaki di sebelahnya hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya menunjuk dia juga bersetuju

Aku menunduk malu apabila menerima pujian sebegitu.

Eh. Sekejap!

Tadi bukan dia cakap 'Bakal menantu' ke?

Jelas reaksi aku sangat terkejut. Aku memandang mama serta merta. Mata aku menikam anak mata mama yang cuba mama larikan.

"What? Bakal menantu? Sejak bila Ir bersetuju nak kahwin ni?" Tanya Iris kepada Puan Risma.

Terkejut.

Sangat terkejut. Bila masa aku bersetuju nak berkahwin dengan anak lelaki Datin ni?

Jelas reaksi Bakal mak mertua ku terkejut. Mungkin mereka pelik kerana aku tak tahu tentang rancangan mereka?

Aku melihat wajah ibuku kembali.

Wajah ibunya tidak dapat dibaca. Kecewa, marah, atau malu?

Tetapi entah kenapa dia tahu itu riak wajah yang amat jarang ditunjukkan oleh ibunya . Ni yang aku tak boleh ni. Aku meminta diri untuk masuk kedalam bilik untuk menenangkan diriku yang dalam keraguan.

"Takpelah Ris.. okey lah dia tu nanti" pujuk Datin Mia melihat wajah rakannya itu kelihatan kecewa dengan reaksi anaknya.

Puan Risma hanya memberi senyuman hambar. Dia sangkakan anaknya akan bersetuju dengan cadangannya. Tapi jelas jawapan yang diperoleh adalah sebaliknya.

Iris menghempaskan badannya di atas katil. Iris cuba menenangkan dirinya yang tengah runsing memikir jalan penyelesaian.

Aku ni bukan tak nak kahwin. Tapi aku lebih suka capai cita-cita aku dulu. Banyak lagi aku nak buat sebagai seorang bujang sebelum menjalani hidup berumah tangga.

Kahwin ? Huaaaa! Baby tolong aku! Aku tak nak kahwin lagi!!

Are You Jealous?! ✅[Editing] Where stories live. Discover now