Bab 2

9.8K 420 2
                                    

Aku bernyanyi 'kecil' di dalam bilik air. Kecil ke?

"Sabunn di bilik mandi sabun!!!!" Aku bernyanyi. Sungguh 'merdu' suaraku sehingga boleh memecahkan gegendang telinga

"Woi gila! diamlah memekak je dalam bilik air" Jerit Jebon.

"Diamkah Jebon!" Aku menjerit supaya Angah mendengar suaraku yang merdu bak air yang bergelora seperti intan yang berharga. Fuhh!

Aku keluar dari bilik air lalu memakai baju tidur Hello Kitty ku seperti biasa. Selepas selesai aku turun ke ruang tamu. Seisi keluarga sedang berehat di atas sofa sambil menonton Netflix. Stranger things season 4?  Oh yes!

Aku terus mengambil tempat di sebelah abang kedua ku, Arif

Mata kami tertumpu kepada televisyen. Satu-satu masa kami semua akan senyap adalah bila menonton movie seram.

Aku mencuri memandang Angah yang menutup separuh mukanya dengan bantal. Aku tersenyum. Selepas sejam setengah lelaki mula mengeluarkan air mata jantannya. Aku tergelak dalam diam

"Badan je ketak ketak tapi !" sengaja dia berkata sedikit kuat supaya lelaki itu terasa.

"Hey! Kau ingat lelaki takda perasaan ke! Le... Lelaki pun boleh menangis lah" kata Ameer sambil mengesat air mata. Bantal yang dipegang sudah selamat di baling ke arah muka ku tapi tersasar.

"Hoi! Nak baling janganlah kena dekat aku. Habis popcorn aku berterabur!" Arif berbunyi apabila popcorn yang dipegang berterabur di atas lantai. .

" Biasa lah.. Lelaki lembik. Sampai baling pon tak pandai!"

"Woi perempuan! Kau ni kang! " Ameer berpura-pura ingin membaling bantal yang berhampirannya tapi sempat dia halang Arif.

"Dahlah.. Macam budak - budak korang dua ni! Along dengar kau jumpa bakal menantu kau petang semalam?" tanya Arif tiba-tiba menukar topik pergaduhan kami. Kalau boleh setiap hari diorang nak bertengkar. Mungkin kerana jarak umur mereka hanya beza dua tahun manakala Arif mempunyai 6 tahun berbeza dari Iris.

"Along lah! Kalau Along ada semalam boleh Along berbincang dengan mama and papa. Harapkan Angah yang berbincang memang tak jalan lah!"

"Masalah awak suka hati babitkan kita!" Ameer membuat mimik muka. Sengaja memanaskan api amarah adik bongsunya.

"Ei Angah ni kan!"

Ameer menjelir lidah. Mata dia beralih kearah movie seterusnya. Kali ini mereka menonton animasi kartun.

"Along dengar hensem orangnya!"

"Eii! Along pon sama! Along janganlah camni. Along perlu geng dengan Ris. Sama-sama kita berjuang menegakkan keadilan!"

"Keadilan kepala otak kamu!" popcorn di tangan di baling tepat di kepala adiknya.

Iris mengusap kepalanya yang menjadi sasaran abangnya. Main kasar!

"Eloklah untuk Iris.. Nanti boleh bagi zuriat untuk mama cepat sedikit."

Tangan Iris yang baru sahaja mahu membaling bantal yang dipegang kepada Angah automatik terberhenti.

Sunyi.

"Abang tak nak kahwin lain ke?" aku berhati-hati bertanya.

Arif hanya tersenyum paksa. Entahlah. Kisah hidupnya cukup perit. Dia tak sanggup menderita lagi. Kehilangan isteri dan anaknya seperti menjadi fobia.

"Dahlah.. Along nak naik atas. Mengantuk pula" Arif berpura-pura menguap.

"Kau ar ni buat Along terasa. Kalau Along teringat balik moment tu macam mana?!" Ameer menyalahkan adik bongsunya yang menaikkan soalan yang tidak senang. Suara di perlahankan agak tidak didengari oleh abangnya walaupun Arif menangkap butiran yang di katakan oleh adiknya.

Are You Jealous?! ✅[Editing] Where stories live. Discover now