Heh🙊 Saya dah tukar cover baharu :) 💖 More Colourful(?) 😂 Btw enjoy ;)
Kringgg"Haishh first day dah lewat. Ergh!" sempat aku membebel apabila melihat jam di meja menunjukkan angka 7. Berdebar sangat sampai tak dapat tidur. Maklumlah lah first day masuk sekolah menegah siapa je tak berdebar.
"Mama.. cepatlah orang dah lambat ni" aku menjerit memanggil ibuku, Puan Risma selesai sahaja memakai kasut putih. Tali kasut diikat kemas kang ada pulak drama pukul 7.
"Sekejaplah.. Dia yang lambat kita yang kena pulak. Alah first day mana ada cikgu yang ambil nama pun kamu ni pun. Dia yang lambat kite pulak yang kena .. bla bla bla"
"Yelah Mama. Jomlah lambat dah ni. " aku terus memboloskan diri ke dalam perut kereta selepas pintu kereta dibuka.
Tiba sahaja di perhentian bas aku cepat sahaja mencapai tangan ibuku dan keluar berlari masuk ke dalm kawasan sekolah. Papan tanda yang terpacak tegak itu aku lihat. 1 Jejari.
Selepas menjumpai barisan kelas aku. Aku terus melabuh punggung ku.
Kawan-kawan aku dapat 1 Diameter sedihnya mesti tak leh sekelas dengan diorang walaupun beza aku dengan diorang satu A. Tapi menurut Ameer kelas ditentukan mengikut gred A yang paling banyak akan di tetapkan di kelas pertama iaitu, Diameter. Aku mendapat kelas kedua.
Cikgu mula memenggil nama-nama untuk menentukan kelas mengikut barisan
"Wafa Iris binti Hakim " laung seseorang menyentakan aku dari lamunan sendiri.
Aku terus berjalan beratur belakang seorang wanita yang aku kenali. Macam kenal?
"Maslina binti Hashim?" nama panjang gadis itu aku sebut tanpa malu.
Dia memusingkan badannya. Mata dia membesar apabila sepasang mata itu bertemu dengan aku.
"Oh. My. God!! Dah lama giler tak jumpa kau! 3 tahun kan. Rindunya!" kami menjerit perlahan. Takut pulak cikgu terdengar pulak
"Tulah pasal. Kaulah pergi tukar sekolah dekat Nelaka. Asal kau balik sini? Balik tak bagitahu aku pun!"
" Ayah aku pindah balik dekat Shah Alam.. Kerja. Biasalah tu. Aku pun terfikir nak contact kau tapi itulah phone aku tu buat hal. Habis semua contact terdelete. " Maslina atau lebih dikenali sangai Lina menceritakan kepada ku sambil langkah kami menuju ke kelas kami. Wah! Nasib kelas dengan tingkat 2 je. Kalau tingkat 4 tak ke naya!
"Kau duduk dengan siapa? Jomlah duduk sebelah aku" selesai aku berkata aku mengambil tempat di hujung sebelah tingkap. Meja tengah sudah penuh dengan penghuni. Lagi-lagi meja bawah kipas. Port paling sedap nak tidur
Suara bersenam yang kuat menyebabkan kelas menjadi senyap.
"Asslamualikum cikgu" kami memberi salam dengan hormat."Waalaikumusalam duduk" katanya.
"Alright. Nanti ada pengawas yang akan menghantar buku sila tulis nombor perolehan anda."
Kami semua menganguk faham. Atau buat-buat faham sahaja lah. Nanti ada yang tanya dua tiga kali
Kertas yang pengawas beri aku isi. Aku diminta untuk kutip oleh guru kelasku.
Aku sedari seseorang seperti memerhati ku. Setiap kali aku memusing kan kepala ku kebelakang untuk berkenalan dengan rakan baharu sekelas ku pasti aku merasakan seseorang memerhati ku. Siapa?
Kringg!! Jam loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat bagi pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.
Aku dan Lina berjalan ke kantin yang tidak jauh dari blok ku. Wow, Penuh betul!
Kami terus mengambil tempat di meja kosong. Beberapa orang rakan sekelas aku turut mengambil tempat duduk di meja kami kerana meja lain sudah penuh. Sesi temu duga bermula.
Aku menongkatkan dagu ku sambil mata melilau melihat keadaan di kantin. Sempat mata aku mencari jejaka - jejaka idaman. Huhu
Mata aku berhenti apabila mata aku bertemu dengan sepasang mata yang turut memandang ku. Senyum nakal terukir apabila mata kami bertemu untuk kali kedua. Cis! Ingat hensem? Tapi memang hensem.
"Hensem kan budak classmate kita tu?"
"Dia classmate kita? Aku ingat senior ke nampak matang muka sia. Asal aku tak nampak pun?"
"Serius lah nama . Dialah orang pertama aku nampak. Hensem kot. Baru form 1 tapi pengikut dekat Instagram menceceh 100k."
" Dia ada mix ke? He look matured"
" Mix British. Of course lah muka more matang and hensem. Tapi muka dia still more to melayu kan? Nama dia pun takda lah mat salleh sangat, Hafidz Harris. Aku dengar dia ada abang, mesti lagi hensem! " tangan Lina sudah berada di pipi.
Aku hanya terangguk-angguk. Pandangan aku kembali ke lelaki tadi. Aku melihat lelaki bernama Hafidz itu sedang berbual dengan rakannya . Senyuman dia. Fuh!
Jam loceng berbunyi menandakan tamat ya waktu rehat. Kami bergegas kembali ke kelas nasib sempat.
Cikgu masuk kami memberi salam dan dia membenarkan kami duduk tapi sebelum itu perlu memgutip sampah. Leceh ar
Aku mengutip sebanyak mungkin sampah yang berada di sekitar meja ku. Aku berjalan untuk membuang sampah hasil kutipan aku dan Lina. Pemalas punya perempuan. Aku berjalan ke belakang secara tiba-tiba seseorang mendepakan tangannya lalu menahan aku dari berjalan. Terkejut aku!
Kepala aku angkat melihat gerangan yang berani kacau kakak long. Mata berapi aku tiba-tiba bertukar seperti kucing parsi.
"Kenapa awak tahan saya?" aku bertanya dengan suara bergetar. Fuh!
Entah degupan jantung aku semakin laju. Bila masa pulak aku beli Ferrari ni. Siapa nak tukar jantung dengan aku? Proton saga pun aku terima.
Dia mengukir kan senyuman manis sebelum menurunkan tangan dan melepaskan aku pergi untuk membuat sampah. Maksud aku membuang sampah.
Aku hanya menghiraukan lelaki bernama Hafidz itu walaupun aku tahu diri aku sendiri nampak tak betul!
2 bulan kemudian
Tsk Tsk Tsk
Aku dan Lina terpaksa berpisah apabila guru kelas kami membawa list nama sepuluh orang akan naik ke kelas pertama kerana kekosongan buat pelajar yang sudah ke asrama seperti MRSM. And paling menyedihkan Si Pemilik Hati aku juga akan naik ke kelas pertama. Susahlah aku nak usya dia lepas ni!Sejak dari itu. Aku sering volunteer diri aku untuk membuang sampah, mencuci tingkap hanya untuk melihat kelas lelaki itu.
Iris tersenyum meninjau kembali Cinta Monyetnya dahulu. Masih segar diingatannya yang dia pernah menangis kerana Hafidz bercinta dengan seorang pelajar wanita terkenal semasa itu iaitu Tiara.
Hahaha betul lah orang kata muda dan bodoh tak leh dipisahkan.
"Woi! Apa tersenyum - senyum tu huh? Kau ada boyfriend eh? MAMA!! Adik ada boyfriend!!" jerit Ameer. Langkahnya laju keluar dari bilik itu dah menuruni tangga untuk menyampaikan berita kepada Puan Risma.
Tujuan Ameer untuk memanggil adiknya turun bawah untuk makan malam. Taoi setelah tiga kali berturut-turut mengetuk pintu dan tiada balasan. Dia hanya menyeroboh masuk tanpa persetujuan adiknya. Dia memerhati Iris sedang tersengih seorang diri seperti orang mabuk cinta.
"Apa? Iris ada boyfriend?!" suara Puan Risma jelas terkejut.
"Eh! Mana ada! Angah tipu ma. Jangan percaya!"
Ish! Siapa anak tunggal atau takde abang. Nak beli abang. Boleh contact aku dekat bawah. Thanks
YOU ARE READING
Are You Jealous?! ✅[Editing]
RomanceCemburu? Normal bagi semua kaum lelaki dan wanita TAPI Tidak bagi jejaka itu "Aku? Cemburu? Oh no way!" - Lelaki ego MULUT kata 'TAK' tapi Hati? "Are you jealous ?!" - Wafa Iris. Berjayakah Iris menundukan Dua jejaka Ego itu.. Cinta.. tak semestinya...