Penat

109 6 1
                                    

-syaza fahzlin-

Berhenti lah sekejap.
Aku tau kau penat kan?
Fizikal kau, mental kau.
Mental kau yang penat melayan karenah hati kau tu.
Penat memujuk, penat meyakinkan bahawa "dia BUKAN orangnya!"

Cukup la tu wahai hati.
Berapa kali perlu disakiti untuk kau sedar sebelum kau terluka?
Berapa kali perlu kau pijak dalam perangkap yang telah berkali kali kau jatuh ke dalamnya.

Penat kau tau? Bila air mata sudah jadi biasa saja untuk dia melahirkan diri.
Bila luka yang baru itu, sudah hilang rasa pedihnya, lali.

Penat kau tau?
Bila setiap kali kau bina tembok baru, mereka datang dengan baik, tetapi untuk memecahkan.

Sudah la tu wahai hati.
Kau tutuplah pintu itu serapat habis, jangan dibuka untuk si penyinggah yang hanya hadir untuk melepaskan lelah.
Jangan diintai kehadiran si penyinggah yang hadir mengetuk pintu itu
Jangan diberi dia lihat apa yang selama ini kau takutkan.

Berhenti lah sekejap ya?
Aku tau kau pun penat juga, hati.
Tapi kau ialah kau, yang penuh disematkan dengan harapan yang menggunung.
Kebahagiaan yang kau citakan itu terlampau fantasi wahai hati
Berhenti lah sekejap
Hilangkan penat disakiti itu dahulu
Hilangkan penat membasuh luka itu dahulu
Hilangkan penatnya merasakan kecewa apabila harapan kau musnah sekelip mata_

-------------

Kalau kau dah baca sampai sini kau memang power. Was it good? If yes, and kau nak lagi cerita macam ni follow la kitorang, yang tu kalau kau buat, kau lagi power dari kuasa halilintar boboboi. Kalau rasa tulisan ni dry, meh habaq kat ceq, aku baiki mana yang perlu. Wokeh? Awesome. Nak kasi muahciked kang hangpa geli pulak.

JumpaWhere stories live. Discover now