-Jimmy Malek-
Apa sebenarnya itu cinta?
Bagi mereka yang masih muda dan bersekolah, mereka rasa yang cinta yang paling real adalah "cinta monyet" budak-budak masa zaman sekolah tu.
Sebab apa?
Sebab dalam fasa cinta monyet ni, dorang suka seseorang tu atas dasar suka lah. Dorang takde nak fikir hal-hal yang merumitkan. Berapa banyak duit nak kena bagi pasangan tiap-tap bulan. Rumah area mana nak duduk. Nak lepas loan, berapa banyak income nak kena dapat. Sebab bagi dorang ni, cukuplah dengan kegembiraan yang ada.
Aku suka kau. Kau suka aku. Cukup.
Dapat sepucuk surat pon dah boleh buat kau happy. Teman kau makan pon dah buat kau rasa happy. Mungkin sebenarnya kegembiraan itu tak perlukan kemewahan?
Bila dah berganjak dalam usia dewasa ni, kita seolah dipaksa berpijak pada "realiti". Realiti yang diletakkan pada kepingan kertas yang diberi nilai. Nak bercinta pon kena fikir siap-siap bila nak masuk meminang. Hantaran nak kena bagi berapa banyak.
10 ribu?
Kang ada pulak orang kata wang hantaran tu tak setanding dengan nilai perempuan tu.
15 ribu?
Ermm duit banyak ni entah mampu ke tak tah nak kumpul. Gaji pon tak seberapa. Berapa bulan aku nak kena tahan lapar ni?
Bila cerita soal duit ni, kadang-kadang kita terpaksa untuk bertahan atau buat benda yang kita tak suka/cinta pun. Kahwin dengan orang yang kita tak suka semata-mata sebab dia kaya. Ada jugak orang yang kerja dalam bidang yang dia tak suka hanya sebab duit.
Apa sebenarnya itu cinta?
Aku kenal sepasang suami isteri yang telah pun berkahwin selama lebih 30 tahun. Tapi, dorang dah berapa lama tah saling tak saling bercakap sebab bergaduh.
Jadi, adakah cinta tu bermaksud mereka kena bertahan dalam hubungan yang telah mati demi anak-anak? Kalau bercerai nanti, macam mana dengan nasib anak-anak? Mereka nak duduk mana? Antara suami atau isteri, siapa yang kena pindah?
Apa sebenarnya itu cinta?
Adakah nilai cinta tu sebenarnya diletakkan pada sejauh mana kita sanggup berkorban?
Aku ada seorang kawan ni. Dia sangat suka dekat seorang gadis ni. Tapi, tak lama kemudian dia tahu yang kawan baik dia pun suka dekat gadis yang sama.
Dalam dilemma seperti ini, dia terpaksa membuat keputusan. Kau mungkin fikir dia bodoh tapi dia tak nak jadi seorang yang pentingkan diri sendiri. Dia tak mahu sebab seorang perempuan, hubungan dia dengan kawan dia putus.
Jadi, dia undurkan diri daripada gadis tu untuk memberi ruang kepada kawan dia. Mungkin inilah harga yang perlu dia bayar untuk menggembirakan hati semua pihak.
Hanya Tuhan yang tahu sebanyak mana tangisan yang telah mengalir akibat kesedihannya.
Hanya Tuhan yang tahu berapa banyak malam yang dia habiskan dengan hanya berbaring di atas katil tak berbuat apa-apa selain mengenangkan segala memori indah.
Hanya Tuhan saja tahu.
Apa sebenarnya itu cinta?
Ada orang yang letakkan rasa cinta dia pada benda-benda yang tak "real".
Hobi, kerja, atau pun selebriti.
Seperti contoh, seorang ni mungkin boleh kerja berbelas-belas jam sehari untuk benda yang dia minat. Orang lain mungkin fikir yang dia ni gila tapi dia sorang je yang faham kenapa dia sanggup berusaha sekuat itu.
Mungkin sebab apa yang dia minat tu lah yang buat dia kuat untuk harungi hidup ini meskipun dah beberapa kali dah dia ingin berputus asa dengan hidup ni.
Apa sebenarnya itu cinta?
Dalam zaman sekarang ni, mungkin cinta tu diukur dengan berapa banyak duit yang kau mampu habiskan untuk seseorang tu. Lagi banyak kau boleh bagi seseorang tu, itu bermaksud semakin tinggi tahap cinta kau pada dirinya.
Berpegang pada logik yang sama, selain sektor perniagaan, adakah kapitalism juga telah meresap jauh lalu memberikan definisi baru untuk "cinta"?
Adakah cinta tu boleh diukur dengan makan malam mewah di hotel-hotel ternama ditemani dengan permandangan lampu kotaraya Kuala Lumpur?
Adakah cinta tu boleh diukur dengan berapa tinggi nilai hadiah atau "surprises" yang kau boleh bagi pasangan kau? Bagi sejambak bunga. Bagi barang kemas. Belikan semua benda yang dia nak.
Kalau itu definisi cinta, maka orang-orang miskin di dunia ni mestilah orang yang paling tak ada cinta dalam hati mereka.
Kalau suatu hari nanti kau dah jumpa definisi cinta sebenar, tolong kongsikan dengan aku. Mungkin kau lah orang yang boleh menjawab segala persoalan aku berkenaan dengan cinta.
Atau mungkin juga...
Hati aku telah pon mati dengan rasa cinta.
Entah. Siapa tahu, kan?
----------------------------------------------------------------------------------------------
Jauh jugak kau baca ni. Tak sangka :)
Kalau cerita ni berjaya membuatkan kau terinspirasi, tersentuh atau pun menyampah, jangan lupa untuk kongsi dan "subscribe" kami untuk tulisan-tulisan seterusnya!
Kalau ada sebaran komen atau kritikan, jangan teragak-agak untuk tulis supaya kami boleh perbaiki diri sendiri.
Sebarang cadangan untuk topik/tema yang korang nak kami tulis pun sangat dialu-alukan.
YOU ARE READING
Jumpa
RandomApa yang kita cari, tak semestinya kita jumpa. Apa yang kita jumpa, tak semestinya kita cari. Koleksi tulisan-tulisan ringkas untuk aku, kau dan kita semua. ×× And whatever it is that we're finding, might not be what we'll keep Whatever it is we had...