Gila

86 3 0
                                    

Bila bercakap soal gila ni, kita semua adalah manusia yang hipokrit.

Sejak kecil lagi kita dah diasah untuk jadi lain daripada yang lain. Jadi unik dengan cara yang tersendiri. Mereka mahu kita jadi orang yang pertama menapak di jalan yang baru.

Tapi, bila ada orang yang lain sikit atau lebih unik daripada kita, mesti kita rasa dia gila. Apa yang jadi seterusnya tak perlu untuk aku terang. Siapa je kan yang suka berkawan dengan orang gila.

Kau ingat tak zaman kanak-kanak dulu yang kau bangga dengan apa pun impian yang kau miliki? Kau tak kisah kalau kau lain sikit daripada orang. Zaman sekarang ni, aku rasa masyarakat kita cuba menyedut segala sisa baki impian dan harapan yang ada dalam diri kau.

"Eh, kenapa kau nak kerja tu? Boleh dapat duit ke?"

"Tak payah lah buat macam kerja susah-susah macam tu. Kang nanti kahwin duduk dapur jugak."

Gila. Bagi aku, selain memberikan harapan palsu, memusnahkan harapan dan impian seseorang tu pon boleh dikategorikan sebagai tindakan yang kejam. Hidup ni terlalu pendek kalau kau cuba nak puaskan hati semua orang.

"Eh, lepas habis SPM nanti, kau ambil lah diploma ni. Bagus untuk masa depan kau."

"Tapi....."

"Eh kau dah habis diploma yang aku suruh ambil haritu kan? Hah, Kau sambung lah degree dalam bidang ni. Nanti senang nak dapat kerja."

"Tapi....."

"Eh dah habiskan degree kau tu? Bagus. Kau kerja lah dekat sini. Senang masa depan kalau kau nak bina kerjaya kau nanti."

"Tapi....."

Masa pun berlalu dan semakin lama impian yang kau miliki tu secara perlahan-lahan mulai pudar. Sampai suatu masa, kau akan ada krisis dengan diri sendiri. Kau sendiri tahu, kalau kau buat apa yang kau impikan selama ni, kau akan berjaya walaupun perjalanannya bukan mudah.

Kau kena ingat, hidup yang kau lalui ini untuk diri kau sendiri. Mungkin dalam 20 tahun akan datang kau akan rasa yang kau tak bahagia dengan hidup kau. Semacam ada sesuatu yang tak lengkap. Kau mula salahkan mereka yang suruh kau buat macam ni dan macam tu. Kau tahu apa dorang akan kata?

"Lahhh. Sape suruh kau ikut apa yang aku suruh buat dulu? Itu cuma cadangan aku je. Hidup kau, kau lah yang tentukan. Kenapa kau nak ikut apa yang aku suruh pulak?"

Jadi, bila jadi macam ni, kau nak salahkan siapa?

Satu je yang aku nak pesan, teruskan jadi diri sendiri. Teruskan jadi gila. Jangan takut untuk jadi lebih unik dari orang lain. Jangan sedih kalau apa yang kau minat atau idea-idea yang kau ada tak "normal" macam orang lain.

Mujur adik-beradik Wright tak dengar segala kritikan orang lain yang kata mereka ni gila dan tetap teruskan idea yang "tak masuk akal" mereka tu. Siapa je yang cukup waras yang untuk terfikir yang suatu hari nanti, besi yang beribu tan mampu untuk terbang tinggi di langit biru.

Kalaulah dorang tak cukup gila, mungkin kapal terbang takkan pernah wujud sampai sekarang.

Semua nak jadi king macam singa sang raja rimba. Aku tak nak. Korang pergi lah jadi singa sana. Aku nak jadi serigala.

Kenapa?

Serigala tak perform dekat sarkas, bro.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih sebab sudi membaca sejauh ini. Kalau korang ada apa-apa komen atau cadangan, jangan malu-malu untuk kongsi dengan kami di sini.

Walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing, kami terus mencuba mencari masa untuk terus menulis.

Semoga terus menyokong usaha kami :D

JumpaWhere stories live. Discover now