Dalam Aku, Ada Hantu

104 3 3
                                    

-Jimmy Malek-

"Lama jugak aku tak ke rumah Samad ni," fikir aku seorang diri.

Aku sedang berdiri di hadapan pagar rumah Samad. Aku perhatikan sekeliling. Besar juga rumah Samad ni. Teres 2 tingkat corner lot. Baru setahun aku tak datang sini tapi dah macam-macam perubahan yang dah jadi. Dulu ada 2 je kereta dekat rumah ni tapi sekarang dah ada 5. Kereta import pulak tu.

Aku tahu keluarga Samad ni bukan jenis yang patriotik sangat. Dia mana nak beli atau sokong produk-produk tempatan ni. Citarasa mesti ada standard antarabangsa katanya. Kalau nak diikutkan logik akal, aku pun tak tahu kenapa Samad masih nak berkawan dengan budak kampung macam aku ni.

"Weh bro! Dah lama tunggu ke? Buat apa berdiri je dekat luar tu? Masuk lah!"

Samad tiba-tiba keluar dari pintu depan rumah. Dia masih lagi bertuala dan tak berbaju. Aku dah agak dah budak ni tak siap lagi. Nasib baik aku dah biasa dengan perangai Samad ni.

Dari dulu lagi jenis tak nak berbaju. Katanya, tak berbaju ni lah erti kebebasan yang sebenar. Ikut Samad, memakai baju ni sebenarnya telah mengurung kebebasan jiwa manusia. Dia ada juga kata yang manusia ni membuat darjat atau kasta berdasarkan baju yang kita pakai. Pada dasarnya, kita ni masing-masing manusia juga. Kalau ditikam, pasti berdarah,

Nampak macam bodoh tapi ada betulnya kata-kata Samad ni.

"Weh, aku nak bersiap jap. Sementara tu, kau duduk lah makan sarapan dulu dengan mak aku. Jom kita ke dapur. Aku bawa kau jumpa dengan mak aku."

Ruang makan rumah Samad ni dekat bahagian belakang rumah. Beberapa langkah melewati ruang tamu, kami tiba di meja makan di bahagian dapur.

"Ehhh Jimmy lah! Lamanya makcik tak nampak! Kamu kenapa dah lama tak datang rumah makcik ni?" soal Makcik Ina dengan penuh ramah.

"Err saya busy sikit lah makcik. Ni pun saya baru je ada kesempatan nak datang. Maaf lah ye." jawab aku ringkas.

Sebenarnya tiap kali kalau aku pergi melawat ke rumah orang, aku mesti ada bawa makanan atau buah tangan untuk aku kongsi. Aku akan rasa bersalah kalau datang dengan tangan kosong. Aku akan rasa terhutang budi kalau tak bagi apa-apa.

"Haa Makcik Ina. Ni saya ada bawak muffin sikit. Saya beli dekat kedai yang depan rumah saya tu. Sedap muffin dia. Makcik cuba lah," aku hulurkan bungkusan yang berisi 6 ketul muffin.

*Apa sebenarnya penjodoh bilangan untuk muffin? Ketul ke biji? Aku pon konpius ni woi.*

"Lahh buat susah-susah je. Terima kasih. Haa jemputlah makan sarapan ni. Makcik buat nasi lemak sambal udang. Kamu suka kan?" pelawa Makcik Ina.

Makcik Ina ni entah macam mana tah dia tahu aku memang minat nasi lemak sambal udang ni. Betul-betul jenis pandai ambil hati. Patutlah suami dia setia. Mungkin ini lah pepatah yang biasa kita dengar dekat TV3 tu. "Jaga baik-baik..." Lulz.

Samad awal-awal tadi dah naik ke tingkat atas. Daripada gaya dia tadi, macam masih belum mandi. Hmm macam lama lagi je nak siap. Ikutkan plan, hari ni nak lepak tengok wayang. Movie marathon. Ini je lah marathon yang boleh aku buat tanpa rasa penat.

Sambil menyuap nasi lemak ke mulut, sesekali aku dan Makcik Ina bertukar-tukar cerita pasal perkembangan aku dan kawan-kawan yang lain. Makcik Ina ni memang jenis yang ramah. Dia sentiasa prihatin dengan isu-isu semasa dan gosip-gosip terkini. Sebagai bukti, setiap hari Ahad je, dia mesti takkan terlepas untuk menonton Melodi.

"Masa tengah remaja ni, makcik harap korang yang muda-muda ni takdelah buat benda yang bukan bukan" tiba-tiba dia berkata.

Aku pelik. Apa sebenarnya maksud Makcik Ina ni? Apa definisi bukan bukan? Kalau nak cerita soal bukan bukan, banyak dah benda yang aku buat. Seperti contoh, kencing dalam kolam renang.

JumpaWhere stories live. Discover now