EPILOG

809 43 0
                                    

Pintu bilik tidur milik Qasha tiba tiba sahaja terhempas dengan kuat seperti ada angin yang begitu kuat menolak pintu itu.

Qasha terkejut.
Dia baru sahaja selesai mandi.

Qasha buat endah sahaja.
Tidak mahu terlalu takut dan berfikiran positif.
Dia mula naik ke atas katil untuk tidur

tiba tiba elektrik terpadam.

Habis seluruh rumah Qasha gelap gelita.
Tanpa bantuan cahaya,Qasha tidak mampu melihat apa apa dalam waktu keadaan sebegini.

Qasha....Qasha.....

Mendayu dayu suara si pemanggil itu.
Bulu roma Qasha menegak.
Dia ketakutan.
Dia pasti dia tidak salah dengar bahawa ada seseorang yang memanggil namanya tadi.

"Si sii siaapaa tu?"
Qasha cuba memberanikan diri bertanya.

Padahal dalam hatinya sudah 1001 satu macam perasaan melanda.

Takkan kau tak ingat aku sha?

"Pe..Pergiii!!!Jangan ganggu aku!Aku tak kacau kau!Aku tak bersalah."
Jerit Qasha.

Setelah diamati suara tadi dia seakan akan kenal.
Qasha menangis ketakutan.

1 minit berlalu.

2 minit berlalu.

3 minit berlalu.

Tiada apa apa yang berlaku.

Qasha menarik nafas lega.
Mungkin 'dia' sudah pergi.

Tetapi elektrik masih belum pulih.
Baru sahaja Qasha bergerak sedikit dari tempatnya tiba tiba rambutnya dibelai dari belakang perlahan lahan.

Qasha mula menangis kembali.

Ketakutan.

Qasha fikir 'dia' sudah pun pergi rupanya masih ada.

KAU FIKIR SESENANG TU JE AKU NAK LEPASKAN KAU?!

Jeritan Qasha kedengaran.

PENJARAWhere stories live. Discover now