7

323 22 0
                                    

Qasha terbangun daripada tidurnya.Bukan tidur tetapi dia pengsan ya dia pengsan malam semalam.Kepalanya terasa berat untuk diangkat.Dia sadari dia kini berada diatas lantai.Itu bermakna apa yang berlaku semalam adalah benar dan bukan mimpi seperti yang diharapkan oleh Qasha.

Qasha bergerak menuju ke tingkap untuk menyelak langsir supaya sinar cahaya matahari dapat menerangi biliknya yang agak gelap itu.Sebaik sahaja cahaya menerobos masuk ke dalam bilik Qasha.Qasha langsung terjelupuk ke lantai akibat terkejut apabila melihat dinding biliknya yang penuh dengan darah.

ketakutan mula menyelubungi Qasha apabila dia membaca setiap bait kata yang tertulis didindingnya menggunakan darah.

TOLONG AKU ATAU KAU MATI.

- - - - -
Qasha mengambil sebaldi air , kain dan juga berus.Nampaknya hari ini dia terpaksa membuat operasi pembersihan rumah.

Ditonyoh dan disental setiap inci dinding biliknya tersebut.Susah juga untuk hilangkannya mungkin kerana ia sudahpun kering.

Usai membersihkan rumahnya dan juga dirinya.Qasha merehatkan dirinya di atas sofa di ruang tamunya itu entah mengapa badannya terasa panas dan lemah.

Tiba tiba pintu rumah nya diketuk beberapa kali.

"Siapa pula la datang time macam ni." Keluh Qasha lalu mengorak langkah longlai menuju ke pintu.

"Hai Qasha,Rindu kau! ni aku ada bawa buah tangan sikit untuk kau." Kata Yura riang setelah dibuka pintu oleh Qasha.Ditangan Yura ada beberapa plastik beg yang entah apa isi dalamnya Qasha juga tidak tahu.

"Oh Yura,Masuk la . Kau ni tiba tiba je datang rumah aku dah kenapa?Baru beberapa hari tak masuk kerja kau dah rindu aku."kata Qasha lalu menuju ke dapur diikuti oleh Yura.

"Ni aku ada bawa nasi ayam buatan air tangan aku sendiri tau! Kau patut rasa aku baru first time buat ni kot! Lepas kau dah rasa boleh la bagitau aku berapa bintang kau boleh bagi aku hehe." Kata Yura lalu membuka bekas makanan yang penuh dengan lauk pauk nasi ayam itu.

"Wah bau macam sedap je Yura." Kata Qasha lemah tapi kekal dengan senyuman.

"Kau kenapa? Lemah je aku tengok?Tak sihat ke?" Tanya Yura lalu dia langsung meletakkan telapak tangannya di dahi milik Qasha.

"Eh panasnya.Kau demam ni!Dah makan ubat belum?Nak aku bawak pergi klinik?" Tanya Yura prihatin terhadap kawan baiknya itu.

"Eh tak pe la aku dah telan 2 biji panadol dah tadi.Kejap lagi baik la tu.Em aku nak rehat kat ruang tamu jap.Makanannya kau tolong hidangkan lepastu bawak dekat depan ye." Kata Qasha lalu menuju ke ruang tamu meninggalkan Yura menghidangkan makanan di dapur.

Yura hanya menggangguk sahaja.Dia menghidangkan makanan nya itu dan terus membawanya kehadapan.

"Nah kau makan eh..Makan banyak banyak.Nak aku suap?" Tanya Yura sengaja menyakat.

"Eh tak payah la aku dah besar boleh makan sendiri." Kata Qasha menolak pelawaan Yura.

"Haha aku gurau je." Kata Yura.

- - - - -

Qasha sedang menukar nukar siaran tv nya itu.Yura sudah pulang 30 minit yang lalu.Kini dia berseorangan semula di rumah.

Sedang asyik menukar nukar siaran tv

Tiba tiba

"PRAANKKKKK!"

(470 words)

PENJARAWhere stories live. Discover now