10

315 41 3
                                    

Qasha hanya berlagak seperti tiada apa apa yang berlaku.Dia masih meneruskan kerjanya yang tergendala itu.Tetapi perasaan nya cukup membuatkan dia gelisah dan tidak tentu hala.dia merasakan seolah olah setiap gerak gerinya dan juga langkahnya sentiasa diperhatikan.


lembaga itu pula semakin lama semakin dekat dengan qasha.


qasha merasakan hembusan nafas di tengkuk lehernya.dia tahu itu bukan angin semulajadi yang biasa seolah olah seperti hembusan nafas seseorang lalu tanpa membuang masa dirinya langsung berpaling ke belakang.


tiada apa apa


hanya pemandangan halaman kantin yang ditumbuhi rumput rumput yang menjalar sahaja menghiasi kornea anak matanya.tiada apa apa yang menarik perhatiannya untuk melihat.


dengan perlahan qasha menoleh ke hadapan semula sempat anak matanya melilau memandang sekeliling takut takut benda yang tidak diiingini akan dilihatnya nanti.tak mahu la dia.mahu demam berhari hari.


tak sampai sesaat matanya memandang ke hadapan,anak matanya kaku memandang objek yang kini berada dihadapannya.hanya beberapa langkah sahaja dia sudah terlalu dekat dengan objek tersebut.bukan hanya matanya sahaja yang kaku malah badan dan juga keseluruhan anggota badannya juga kaku.

"Tolong aku~Qasha"

Menggeletar tubuhnya mendengar bait bait kata makhluk dihadapannya ini.

"Aku tak kenal kau! Jangan ganggu aku! "

Qasha berundur ke belakang sedikit demi sedikit.

Malang tak berbau qasha tersadung kakinya sendiri dan jatuh terduduk.Cuba untuk bangun semula tetapi kakinya tidak memberi kerjasama untuk berdiri.

Makhluk itu pula semakin mendekati.Qasha berundur ke belakang menggunakan kedua tangannya.Seolah olah mengesot diri ke belakang.

"Kau kena tolong aku!"

"Aku tak kenal kau dan aku tak akan bantu kau!"

Makhluk itu pula semakin menghampiri Qasha.Seolah olah ingin menerkam Qasha.Airmata laju membasahi pipinya.Ya waktu waktu begini dia berharap bahawa seseorang akan datang menolongnya.

"Kau kena tolong aku! Atau orang yang kau sayang akan aku bunuh!!"

Tiba tiba pergerakan makhluk itu semakin laju dan hanya dalam beberapa saat sahaja makhluk itu sudah terlalu dekat dengannya.Tangannya yang panjang itu dihalakan ke arah Qasha.Mahu menerkam.

Qasha menutup kedua matanya menggunakan kedua tapak tangannya.Bersedia diterkam oleh makhluk tersebut.Walaupun hatinya sudah cukup berdetak hebat.

"Pergi!!!Aku kata Pergi!! Jangan kacau aku! Aku tak kenal kau!!"

Meracau racau Qasha.Tangan kanannya dilayang layang ke sekelilingnya.Seolah olah ingin menghalau sesuatu dari dekat dengannya.

"Cik..Cik!"

"Pergi!!Jangan kacau aku! Pergi!!!Aku tak ada salah dengan kauu!" Qasha meracau racau tidak mahu didekati.

PENJARAWhere stories live. Discover now