5

365 27 2
                                    

Hari ini Qasha menjejakkan kakinya lagi di Penjara itu.Dia sudah berdoa supaya ini adalah kali terakhir dia akan menjejakkan kakinya kesini.Entah mengapa jika dia menjejakkan kakinya kesini hati nya tidak senang.Seolah olah setiap gerak gerinya diperhatikan.

Qasha masuk ke dalam bangunan tersebut.Hm pelik dia kerana hari ini guard itu tiada seperti semalam.Malas mahu ambil kisah Qasha langsung masuk ke dalam bangunan tersebut.

Dilihatnya satu persatu bilik tahanannya yang ada di dalam bangunan itu.Semuanya ada 13 bilik tahanan.Macam macam bilik ada.Bilik gantung diri la bilik sebat akibat pengambilan dadah dan macam macam lagi.

Sedang asyik melihat lihat bilik tahanan itu tiba tiba Qasha terdengar namanya diseru.

Qasha..Qasha..

Qasha menoleh kebelakang.Mencari dari mana arah bunyi itu datang.

Tolonggg !! Tolong akuuu!

Qasha kini berdiri di hadapan bilik tahanan bernombor 13.Dia pasti disini lah suara itu berasal.Dia tak mungkin salah dengar.Tetapi Qasha tidak mampu melihat dalam bilik tersebut kerana bantuan cahaya tidak membantu.Tiada tingkap langsung dibuat di bilik tersebut.Aneh!

Sakitt..Tolong aku..tolongg

Qasha mendekatkan dirinya ke bilik itu.Tiada apa yang dilihatnya melainkan gelap.Qasha mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Dengan bantuan cahaya dari handphonenya dia dapat melihat di dalam gelap.Entah mengapa bilik ini dirasakan seram sejuk dan sangat gelap seolah olah sudah malam.

"Si...siapa tu?Tolong jawab ! Siapa awak?" Qasha menyuluh di setiap ruang sudut bilik tersebut.

"Hellooooooo..." sapa Qasha.Dia tidak melihat sesiapa di bilik ini.Dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu.Lagipula seram sejuk badannya.Meremang bulu romanya.

Setapak sahaja lagi untuk melangkah keluar dari bilik tersebut tiba tiba pintu nya terkunci.

"Eh kenapa tak boleh buka ni." Qasha mula panik.Eh setahunya tadi pintu ini tidak berkunci tetapi kenapa tiba tiba terkunci.Qasha mula tidak sedap hati.

'Kau kena tolong aku!'

Qasha terus sahaja menoleh belakang.Dia tahu suara itu berasal dri belakangnya.

"HAHH!!" Qasha terus berundur sehingga badannya bersandar di pintu bilik tahanan tersebut.Alangkah terkejutnya dia apabila dihadapannya kini berdirinya seorang gadis yang berlumuran darah.Jarak mereka sangat sangat dekat sehingga Qasha dapat merasakan hembusan nafas gadis tersebut.

Gadis itu mengangkat mukanya dan menyeringai memandang ke dalam anak mata Qasha.Dengan muka yang pucat dan berlumuran darah.Bibirnya seperti terkoyak rabak menyebabkan senyumannya semakin menakutkan Qasha.

'Jangan takut..Aku cuma nak kau tolong aku.'

Muka gadis itu tiba tiba sahaja bertukar sedih dan kemudiannya tersenyum kembali seperti semula apabila melihat Qasha menangis.

Qasha tidak mampu menahan rasa takutnya kini.Dia sungguh sungguh ketakutan.Buat kali pertamanya dia melihat makhluk yang tidak sepatutnya dia lihat.Dia tidak mampu.Berharap sungguh akan ada yang menolongnya saat saat kini.

"Kaa..kau nak apa dari aku?" Tanya Qasha perlahan.Dia menutup mata nya kerana tidak sanggup melihat muka buruk gadis itu.

'Tolong aku?'

"Kenapa aku? Aku..aku tak kenal kau!" Qasha cuba untuk menjauhkan diri dari gadis itu tetapi dia tidak dapat lari kemana mana.

'Kau tak perlu tahu siapa aku!Tolong aku atau kau mati?'

Qasha ketakutan.Dia menarik pintu bilik itu dengan sekuat hati.Kali ini pintu itu terbuka.Nasib menyebelahi Qasha.Dia terus berlari keluar dari situ tanpa menoleh sedikit pun.

GEDEBUKK!

(492 words)

PENJARAWhere stories live. Discover now