15

259 27 0
                                    

Alyan seperti biasa akan menjemput Indira apabila tamat sesi kerja.

"Hai ."
Baru sahaja Alyan mahu membalas sapaan mesra itu tiba tiba senyumannya mati apabila melihat gerangan yang berada di hadapannya sekarang.

"Hai Alyan."
Sapaan diulang.

"Hai."
Mendatar sahaja suara Alyan.

"Tunggu siapa? Indira ke?"
Tanya Kanya mesra.

"Ya.Takkan la tunggu makcik cleaner balik kan?"
Perli Alyan.

"Oh.Awak ni dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah kan? Suka buat lawak."
Kata Kanya sambil tersenyum.

Namun Alyan hanya mempamerkan riak tidak selesa bersama Kanya.Dan Kanya sedar akan itu.

"Hal lama jangan ungkit."
Kata Alyan.

"Kenapa tak boleh?"
Duga Kanya.

"Sebab aku dah ada kehidupan baru sekarang.Bersama Indira.Jadi jangan ganggu aku."
Kata Alyan.

Belum sempat Kanya membalas tiba tiba Indira muncul.

"Hai Alyan! Lama dah ke tunggu?"
Tanya Indira mesra.

"Hai .Baru je."
Jawab Alyan bersama senyuman di bibir.

Kanya perasan akan senyuman yang ada pada Alyan apabila Indira sampai.

Lama dia tidak melihat senyuman itu.

"Eh Kanya.Maaf tak perasan pula kau."
Kata Indira.

"Its ok.Nevermind."
Jawab Kanya.

"Kau nak balik kan Kanya?apa kata sekali jalan dengan aku dan Alyan? Boleh kan Alyan?"
Tanya Indira.

Lambat lambat Alyan menggangguk.

"Haha tak apa la aku tak nak ganggu masa korang berdua. Aku gerak dulu. Bye."
Kata Kanya lalu berlalu pergi.

Indira memandang Kanya yang berlalu pergi dan pandangan nya beralih ke Alyan.

Alyan hanya mengangkat bahunya.

Beberapa saat kemudian mereka sudah masuk ke dalam perut kereta.

"Alyan,Saya ada benda nak bagitau awak."
Kata Indira

"Apa dia?"
Tanya Alyan yang sedang fokus terhadap pemanduannya.

"Saya dah buat keputusan."

"Keputusan apa?"
Tanya Alyan.

"Keputusan yang saya akan ikut awak untuk kahwin lari."
Jawab Indira dengan senyuman.

Kereta tiba tiba berhenti mengejut.

Untung keadaan jalan tiada kenderaan.Ada pun hanya sebuah dua.
Mungkin kerana Alyan sering menggunakan Jalan yang legang dan tersembunyi bagi mengelakkan jem .

"Serius?"
Tanya Alyan dengan mata yang bersinar sinar menunjukkan keterujaan nya itu.

"Iya."
Jawab Indira ringkas.
Dia juga turut gembira melihat kekasihnya yang gembira.

Tetapi kegembiraan itu hanya sementara.
Keputusan yang dibuat itu adalah langkah yang sama sekali salah.

- - -

Qasha menuju ke tempatnya dan meletakkan barang barangnya di atas meja.

Dilihat Yura langsung tidak memandangnya.

Haih, sudahlah otak serabut dengan mimpi yang dialami semalam. Bercampur pula dengan masalahnya dengan Yura ini.

Fikirnya mahu memohon minta pertukaran tempat pada Encik Ghufran tapi sedar keputusannya akan ditolak mentah mentah dan dirinya juga akan dicaci maki teruk dengan bos 'kesayangan'nya itu.

- - -

Qasha menghempaskan tubuhnya ke sofa empuk diruang tamunya setelah masuk ke dalam rumah.

Barang barangnya diletakkan di atas meja dihadapannya.

Dipicit picit kepalanya yang terasa pening itu.
Pening dengan Yura yang terlalu marah dengan dirinya.

Bukan dia tidak cuba meminta maaf tetapi sudah berkali kali dia memohon maaf.Sampai berbuih mulutnya mengucapkan kata maaf tetapi tetap tiada tindak balas dari Yura.

Qasha bangun menuju ke laci dapurnya untuk mengambil panadol.

Ditelan dua biji lalu merebahkan semula dirinya disofa tadi.

- - -

Indira sedang mengemas baju bajunya masuk ke dalam bagasi nya.

Malam ini dia akan lari dari sini dan mengikut Alyan.

Malam ini juga dia akan kahwin dengan Alyan.
Gembira tak terkata.

Setelah tepat jam 12 malam.
Indira lari melalui tingkap biliknya.

Untung rumahnya bukan jenis rumah yang bertingkat tingkat.Jadi dia tiada masalah untuk lari dari rumah.

Dia lari dan lari sehingga menjumpai perhentian bas dan berhenti untuk berehat sebentar disitu.

Menunggu Alyan datang mengambilnya.

TEXT

ME:Alyan awak kat mana?

Mesej dihantar.

Tetapi  mesej nya tidak dibalas.

Sudah 15 minit Indira menunggu.

"Alyan awak kat mana ?"
Kata Indira sendirian

Wajahnya jelas kelihatan gusar.

Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.

Laju Indira melihat skrin telefonnya.

MESEJ DARI ALYAN!

TEXT

ALYAN: jumpa saya di Thanon Sukhumvit.Saya tak dapat ambil awak.Ada hal sedikit.Awak pergi dulu.

Indira mengeluh.

"Time time macam ni la dia ada hal."

Indira bangun lalu melihat ke arah jalan.
Berharap agar ada teksi atau orang yang dapat menumpangnya ke Thanon Sukhumvit.

Beberapa minit kemudian.

Cahaya menyilaukan mata Indira

Indira cuba menyesuaikan matanya dengan cahaya tersebut sehingga imej dihadapannya kini jelas.

TEKSI!

- - -

! VOTE FOR AN UPDATE !

PENJARAWhere stories live. Discover now